Penyanyi dan pelakon, Dafi melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat pertama Asasi Pentadbiran Perniagaan, KLIEC, London Board Of Examination dan University of Gloucestershire United Kingdom.
Berita gembira tersebut dikongsikan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri Yaakob itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Selain itu, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu memaklumkan selepas ini akan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pula.
Ads
“Alhamdulillah, selesai dengan Foundation of Business Administration di KLIEC.
“Langkah seterusnya, pengajian dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), London Board Of Examination and University of Gloucestershire, UK,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wajah kegembiraan Dafi yang segak mengenakan jubah konvokesyen selepas berhempas pulas untuk menamatkan pengajian itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti termasuk Anuar Zain, Azira Shafinaz, Marsha Milan dan Zoey Rahman turut menzahirkan rasa bangga selain mengucapkan tahniah buat penyanyi berusia 35 tahun itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, seorang bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS), Dr. Stanley Tulis Missun mencuri perhatian apabila mencatat satu lagi kejayaan peribadi selepas berjaya menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi UUM, Dr. Stanley yang juga bekas pembaca berita RTM Sabah dan kini berkhidmat sebagai pegawai pendidikan daerah serta kaunselor bertauliah, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan yang tidak pernah dijangka.
Perjalanan Penuh Inspirasi & Ketabahan
“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila akhirnya berada di tahap ini. Tidak pernah saya sangka bahawa saya akan berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD di UUM,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau menyifatkan kejayaan tersebut bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi perjalanan hidup yang penuh dengan pembelajaran, ketabahan dan kesyukuran. Bagi Dr. Stanley, pendidikan merupakan landasan utama untuk mengubah kehidupan.
Pendidikan Sebagai ‘Game Changer’
“Hanya pendidikan satu-satunya perkara yang akan mengubah nasib mereka. Pendidikan ialah Game Changer,” tegasnya lagi. Kenyataan ini bukan sekadar kata-kata, tetapi manifestasi kepada kepercayaan bahawa ilmu mampu mengubah masa depan sesiapa sahaja yang berusaha.
BACA: Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan Raih PhD Komunikasi UUM Pada Usia 59 Tahun
Dalam pada itu, beliau turut menerima dua anugerah berprestij daripada AHSGS iaitu Pelajar PhD Terbaik dan Graduated On Time (GOT) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Zainudin Omar. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa semangat dan disiplin mampu membawa seseorang ke puncak kecemerlangan.
Berbekalkan semangat luar biasa, Dr. Stanley membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan pelbagai pencapaian termasuk dinobatkan sebagai International Youth Icon in Tourism, Culture & Performing Arts di Argentina serta dilantik sebagai Cultural Ambassador di Nepal. Beliau juga pernah dijemput ke World Travel Market di London dan berjaya mencipta dua rekod dalam The Malaysia Book of Records semasa menuntut di UUM.
Dedikasi Dalam Pendidikan & Komuniti
Selain aktif dalam bidang akademik, Dr. Stanley juga merupakan aktivis pendidikan dan sosial yang memperjuangkan akses pendidikan tinggi kepada anak-anak Sabah yang kurang berkemampuan melalui NGO di bawah Jesselton University College, Kota Kinabalu. Dengan pengalaman lebih dua dekad, beliau kini dikenali sebagai kaunselor profesional, penceramah motivasi dan pendukung kesihatan mental yang telah memberi inspirasi kepada lebih 300,000 individu di seluruh dunia.
Menariknya, sebagai penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh Bersama Biasiswa, Dr. Stanley memberi tumpuan penuh terhadap pengajiannya sambil mengekalkan keseimbangan hidup melalui aktiviti kesukarelawanan, senaman dan kerja komuniti. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri, ibu bapa dan adik-beradik yang menjadi sumber kekuatan sepanjang tempoh pengajian.
Kisah kejayaan Dr. Stanley Missun menjadi inspirasi bahawa tiada apa yang mustahil apabila seseorang berpegang pada prinsip ketekunan, disiplin dan kepercayaan bahawa pendidikan adalah jalan terbaik untuk mengubah kehidupan.
Sumber artikel & foto: FB UUM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah pandemik COVID-19 menyerang dunia pada akhir tahun 2019, ia merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat. Bukan hanya memberi impak dan kesan pada kehidupan harian malah ia juga menggugat ekonomi dunia.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Malah, menurut laporan The Malaysian Insight, Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa rata-rata siswazah yang memasuki dunia pekerjaan tahun lalu menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019. Lebih kurang 50% pengurangan gaji dari tahun sebelumnya.
Bukan itu sahaja, menurut ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah siswazah yang memasuki alam pekerjaan tahun lalu juga turut merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan lepasan graduan.
Kebanyakan siswazah memperoleh gaji hanya paras gaji minimum yang ditetapkan, RM1,200 pada tahun 2020. Jumlah tersebut adalah sama dengan gred gaji untuk lepasan diploma yang turut memperoleh antara RM1,001 hingga RM1,500.
Manakala, bagi lulusan PhD dan sarjana di sini dilaporkan memperoleh pendapatan bulanan antara RM5,0001 hingga RM10,000.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tom Cruise kembali sebagai watak utama dalam francais filem Mission Impossible. Pada tahun 2023, Mission Impossible akan mengeluarkan filem ketujuhnya, berjudul Dead Reckoning Part One.
Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, Dead Reckoning pastinya akan tetap menyajikan cerita menarik dengan adegan aksi yang mengujakan. Jom baca sinopsis dan maklumat menarik lain!
Justeru itu, Remaja berbesar hati nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One ini. Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF memulakan misi berbahaya untuk mencari senjata dan menundukkan mereka. Senjata ini mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan, ia boleh mengancam manusia jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Ethan akan menemui halangan apabila dia bertemu dengan musuh misteri bernama Gabriel. Bolehkah Enthan Hunt menakluki senjata dan menyelamatkan bumi untuk kali ini?
Diarahkan oleh Christopher McQuarrie
Ditulis oleh Christopher McQuarrie & Erik Jendresen
Berdasarkan siri televisyen ciptaan Bruce Geller
Dihasilkan oleh Tom Cruise, Christopher McQuarrie
Penerbit Eksekutif David Ellison, Dana Goldberg, Don Granger, Tommy Gormley, Chris Brock, Susan E. Novick
Pelakon: Tom Cruise, Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Esai Morales, Pom Klementieff, Mariela Garriga, Henry Czerny, Shea Whigham, Greg Tarzan Davis, Charles Parnell, Frederick Schmidt, Cary Elwes, Mark Gatiss, Indira Varma, Rob Delaney.
REMAJA nak belanja korang sepasang tiket untuk menonton filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One pada:-
Tarikh: 10 Julai 2023
Masa: 9:05 PM
Tempat: GSC LALAPORT BBCC, HALL 5
Caranya jawab 2 soalan di bawah ini beserta slogan kreatif. Goodluck korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.