Menjadi seorang puteri mungkin menjadi impian sesetengah gadis di luar sana. Lahir sahaja ke dunia, segala keperluan tersedia dan dengan status sebagai seorang puteri. Namun bukan semua orang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga DiRaja. Sesetengah status puteri pula tidak diperoleh menerusi hak kelahiran, sebaliknya menerusi perkahwinan.

Itulah yang terjadi kepada wanita anggun berusia 48 tahun ini. Letizia Ortiz Roscalono kini merupakan Permaisuri Sepanyol dan dikenali oleh khalayak antarabangsa sebagai Queen Letizia of Spain.

Dilahirkan pada 5 September 1972, baginda dibesarkan penuh sederhana dalam keluarga rakyat biasa. Ayahnya juga merupakan seorang wartawan manakala ibunya pula merupakan seorang jururawat. Membesar sebagai seorang wanita bercita-cita tinggi, Letizia merupakan graduan dalam bidang Sarjana Muda Kewartawanan dan juga Sarjana Kewartawanan Audio Visual.

Dari Wartawan Ke Takhta Permaisuri Sebuah Negara
Baginda aktif dalam isu kemasyarakatan dan juga kesihatan.

Menjejak langkah seperti ayahnya yang merupakan wartawan berpengaruh, baginda memulakan kerjaya di akhbar La Nueva Espana sebelum berhijrah ke akhbar ABC yang merupakan antara akhbar tertua Sepanyol. Selepas itu dek semangat kewartawanan yang tinggi baginda berkhidmat pula dengan agensi berita EFE. Kerjayanya berkembang pesat sehingga berjaya menempatkan diri di syarikat besar seperti Bloomberg dan juga CNN+. Baginda juga pernah bergelar seorang pengacara untuk rancangan bual bicara pagi.

IKLAN

Sebelum bertemu dengan King Filipe VI yang ketika itu merupakan Putera Mahkota Sepanyol, Letizia sebenarnya pernah berkahwin selama setahun, namun ia hanya dilakukan secara sivil dan bukannya di gereja. Oleh itu, statusnya sebagai seorang janda tidak menjadi penghalang untuk mengahwini putera mahkota ketika itu.

Dari Wartawan Ke Takhta Permaisuri Sebuah Negara
Momen bahagia hari perkahwinan 17 tahun yang lalu.

Dari Wartawan Ke Takhta Permaisuri Sebuah Negara

IKLAN

Sebaliknya menurut laporan Hello, desas desus berita bahawa bakal seorang permaisuri akan berasal dari orang kebanyakan menjadi satu perkara yang positif dalam kalangan media, ahli politik dan rakyat Sepanyol. Mereka menganggap Leitizia sebagai seorang permaisuri abad ke-21 yang moden dan bijak.

IKLAN

Mengikat tali pertunangan pada 1 November 2003, Letizia telah diarah untuk tinggal di Istana Zarzuela sehingga hari pernikahannya berlangsung pada 22 Mei 2004. Selepas bernikah baginda dikenali sebagai Princess of Asturias kerana ketika itu suminya dikenali sebagai Prince of Asturias. Gelaran ini merupakan gelaran tertinggi kepada waris pertama yang bakal mewarisi takhta DiRaja Sepanyol.

Dari Wartawan Ke Takhta Permaisuri Sebuah Negara
Leonor mewarisi kecantikan bondanya.

Letizia menjadi seorang permaisuri apabila suaminya menaiki takhta pada 19 Jun 2014 dek kerana ayahandanya melepaskan takhta. Hasil perkahwinannya dengan King Felipe VI, baginda dikurniakan dua cahaya mata perempuannya. Anak sulungnya Leonor,Princess of Asturias akan menjadi seorang Permaisuri pemerintah apabila King Filipe meninggal dunia atau melepaskan takhta.

Sumber gambar: Instagram Queen Letizia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI