Penyanyi dan juga pelakon, Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee diberitakan meninggal dunia akibat kanser. Setelah sekian lama bertarung untuk memastikan dirinya bebas dari kanser, akhirnya Allah lebih menyayangi penyanyi kecil molek ini.
Perkongsian mengenai pemergiannya dikongsikan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin dalam fbnya.
LAMA dia menderita. Ketika kanser menyerang batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil membuat rawatan hingga ke negara China. Sebentar tadi khabar duka. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meninggalkan kita. Al fatihah. Damailah kau di alam sana dik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Myanaliza binti Ruslee atau turut dikenali sebagai Maya Matahari ialah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor.
Ads
Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul “Matahari” dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.
Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.
Ads
Beliau pernah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.[5]
Ads
Pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.
Sumber : Tengku Khalidah Tengku Bidin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, tular di media sosial apabila wajah pelajar sekolah menangis menahan sakit dan takut apabila perlu melalui ujian swab test. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik dan mencatat kes tertinggi dalam sejarah PKP.
Namun lain pula apa yang berlaku di Itali, pihak berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.
Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.
Ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.
Kemudiannya, air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.
Seterusnya, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya jika didapati positif.
Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.
Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini cepat hilang dimuka bumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesedapan terlampau Burger Sotong Cheese Neleh yang diusahakan oleh dua anak muda iaitu Mohd Izham Fahmi Mohamad, 25 dan Mohd Sharif Ngah, 22 menjadi viral di media sosial sehingga mereka mampu menjual 60 bungkus burger setiap hari yang berharga RM14 ke RM17 bagi setiap satu.
Menggunakan seekor sotong segar yang stoknya diambil terus dari jeti Marang, setiap hari, sotong segar ini dikelar nipis di bahagian atas badannya.
Selepas dimasak sempurna, sotong segar ini kemudiannya disalut dengan tiga jenis sos iaitu sos cili, thousand island, mayonis. Tapi apa yang paling istimewa ialah kesedapan sos lada hitam resipi rahsia turun temurun keluarga. Ditambah dengan cheese leleh, tak hairanlah rasanya begitu mengancam. Roti burger sotong ini adalah dari roti membuat oblong dan kemudian diletakkan dalam bekas yang ngam-ngam nampak penuh. Pergh, memang syok makan.
Inilah burger sotong cheese neleh yang viral di Marang
Menurut Izham, sehari dia mampu menjual sekitar 60 bungkus burger sotong cheese neleh (disebut meleleh oleh orang bandar) dan pendapatan mampu mencecah RM600 sehari.
“Pernah jualan kami capai sehingga RM1000 sehari. Tapi dalam satu malam antara jam 8-12.30 malam, jualan keseluruhan mencecah RM600 lebih,” katanya ketika dihubungi.
Kata anak muda ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka burger sotong cheese nelehnya menjadi viral dan gerainya diserbu peminat.
“Bagi saya ini rezeki dari Allah taala. Memang tak sangka akan sampai ke tahap ini,” katanya yang berkata, di masa akan datang, dia akan memperkembangkan perniagaannya ke beberapa lokasi lain berikutan permintaan hangat.
Anak muda ini memulakan perniagaan seawal jam 8 malam sehingga 12.30 malam setiap hari
Bekalan sotong segar digunakan setiap hari dan diambil terus dari nelayan di jeti Marang
Nampak sedap betulkan tapi memang sedap sehingga burger ini jadi viral. Izham (kanan) dan Sharif
Jelasnya, memang ada penduduk sekitar Terengganu iaitu di Hulu Terengganu, Ajil dan beberapa lokasi bertanya adakah boleh Cash On Delivery (COD) tapi jelas Izham dia tidak berkemampuan melakukannya.
“Kos penghantaran mahal. Lagipun kalau sampai ke tangan pengguna, tidak tahu bagaimana keadaannya berbanding datang dan makan di sini,’katanya yang agak ramah.
Di sebalik kejayaannya hari ini dengan pendapatan RM600 semalam hanya dengan menjual burger sotong cheese neleh, sebelah pagi jelas Izham dia membawa van untuk kanak-kanak ke sekolah.
“Habis saja SPM, saya bekerja di kedai Tutti Fruity dengan pendapatan RM800 sebulan. Kerja beberapa bulan saya berhenti kerana abang tawarkan kerja dengannya sebagai tukang bakar ikan. Lama-lama bila berborak dengan kawan, kami terfikir untuk berniaga sendiri. Adalah jual burger daging dan ayam tapi tak jalan sangat sampai saya syorkan try niaga burger sotong kerana tak ada orang buat lagi. Alhamdulillah berjaya. Ramai yang cakap sos lada hitam ini jadikannya special kerana cara pembuatan sos ini memang diajar oleh abang saya sendiri,”katanya lagi.
Ditanya apa harus anak muda lakukan untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, Izham memberi tips.
“Jangan takut untuk mencuba kerana tak try tak tahu.Jangan ragu-ragu dengan keputusan dibuat. Kena yakin pada kemampuan diri dan last sekali buat saja, try and error,” katanya lagi.
So, kalau korang teringin sangat nak makan burger sotong neleh yang viral dari Marang ini, mana yang datang dari bandar Kuala Terengganu, boleh lalui jalan ke Padang Midin. Nampak saja trafik light Tun Telanai, Marang, di situlah gerai burger ini berada. Manakala bagi yang datang dari Kuala Lumpur, boleh turun di exit Ajil menuju ke bandar Kuala Terengganu. Ikut jalan yang sama ya, confirm tak sesat!.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak filem-filem seram sering menunjukkan Pontianak sebagai hantu yang sangat menakutkan dengan bunyi hilaiannya mengilai. Bunyi mengilai ini biasanya sangat panjang dan pasti menyeramkan. Kalau tengah bawa kereta, confirm kereta terbabas dan melanggar bahu jalan. Pasti cedera parah seperti banyak ditunjukkan dalam drama Melayu!
Kalau selama ini kita tak sanggup pun terserempak dengan cik Ponti kerana tak sanggup mendengar hilaiannya tetapi sekarang dengan haiwan yang selalu menjadi makanan umpan ikan iaitu cengkerik pun patut kita takut!.
Hilaian pontianak memang cukup menyeramkan, seramnya sampai tak boleh nak buka mulut menjerit..
Inillah cengkerik, bunyiannya ialah MENGILAI, sudah sama dengan pontianak
Kenapa perlu takut dengan cengkerik? Bukankah dia makhluk kecil dan boleh didapati dengan mudah di kedai makanan ikan?. Bila masuk ke dalam hutan, bunyian cengkerik inilah yang sering menemani kita dalam kesunyian malam. Tak ada sebab nak takutkan?
Menurut buku kerja pelajar darjah enam yang dibiasa digunakan para pelajar, dimaklumkan bunyian bagi cengkerik ialah MENGILAI! Dah sama genglah pula dengan pontianakkan! Inilah yang menyeramkan!
Turut dipaparkan juga bunyian katak iaitu BERDENGKANG! Selama ini admin ingat bunyi katak hanya ong ong sahaja. Itik dikatakan MENGAKAK!
Hadam bunyian haiwan2 ini, separuhnya agak “pelik” tapi benar…
Bagi mendapatkan kepastian adakah benar bunyian ini ditulis dengan benar, Remaja telah menghubungi Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Rohayati Ghazali dari SK Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur.
Menurut Cikgu Rohayati, istilah itu sudah terpakai dan semakin diterima para pelajar biarpun ada antara mereka sering bertanya, adakah benar cengkerik mengilai.
“Ada pelajar menyoal, betulkah bunyian begitu. Ada antara mereka kadang kala bergurau takut dan sebagainya. Bagi saya pembuat soalan khususnya dari syarikat penerbitan mungkin sudah melakukan kajian sebelum menerbitkannya.
“Tapi saya menerangkan kepada pelajar bahawa orang tua dahulu biasanya meneliti keadaan dan bunyian alam sebelum menyatakannya,” katanya ketika dihubungi.
Bunyian binatang diambil dari orang tua berdasarkan penghayatan pada alam
Dalam pada itu Cikgu Rohayati memaklumkan, ada sesetengah pelajar yang agak bijak bertanya mengapa kerba menguak. Kata mereka bukankah kuak hanya dilakukan pada rambut dan sebagainya.
“Pelajar hari ini jauh berbeza. Ada yang begitu bijak kerana sistem pendidikan sudah jauh berubah, tambah-tambah lagi dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya lagi.
Jadi, janganlah risau ya kalau monyet MENDERIH, begitu juga Gagak MENGGAUK. Semua istilah ini dicipta bersesuaian dengan alam semulajadi dan pemerhatian orang tua-tua zaman dahulu.
Cuba dengar bunyi cengkerik ini, sama tak dengan bunyian mengilai pontianak seperti dalam cerita Melayu?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...