Selepas tempoh 11 tahun bergelar pelajar sekolah, akhirnya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh menarik nafas lega apabila masing-masing menerima keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 8 Jun 2023.
Umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali di Putrajaya pada hari ini, seramai 10,109 calon SPM 2022 telah memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Keputusan ini katanya adalah pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas apabila Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan untuk SPM 2022 adalah sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya. Nilai GPN yang lebih kecil ini menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Kecemerlangan ini juga sekaligus membuktikan bahawa fasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui oleh calon SPM 2022 sewaktu meniti tingkatan empat dan tingkatan lima sepanjang dua tahun lalu tidak membantutkan pelajaran mereka biarpun dalam keadaan yang lebih terkongkong di rumah.
Ads
Tambahnya lagi, seramai 75,322 daripada sejumlah 373,974 calon SPM 2022 pula merekodkan kepujiaan iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin baru bagi kita dan agak sedikit pelik bunyinya tapi sebenarnya Lembaga Zakat Selangor sudah memperkenalkan kadar bayaran mengikut harga beras ini sejak tahun 2018 lagi. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka tibalah masa umat Islam menunaikan tanggungjawab penting iaitu zakat fitrah.
Walau kadar sudah ditetapkan iaitu sebanyak RM7 bagi seorang individu tetapi golongan berkemampuan digalakkan membayar zakat lebih dari itu. Keputusan itu diambil bertepatan dengan kehendak hadis.
“Dalil ini disebut di dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari, Abu Said al-Khudri seorang sahabat nabi telah berkata bahawa mereka mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ makanan, mengikut apa yang mereka makan.”
Malah, hukum membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat. Dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya sekiranya :
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras
Kadar zakat fitrah mengikut harga beras turut mengambil kira jenis beras yang dimakan seperti beras tempatan, import, Basmati dan sebagainya.
Misalnya, individu hanya perlu membayar kadar fitrah umum RM7 seorang sekiranya beras yang dimakan adalah dari jenis Super Spesial Tempatan.
Manakala kadar fitrah yang dikenakan bagi mereka yang memakan beras jenis Basmati adalah sebanyak RM21 seorang.
Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras untuk negeri Selangor boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Panduan Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Mengikut Harga Beras Yang Dimakan
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula kadar bayaran zakat fitrah ini dikira untuk ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar umum.
Berdasarkan jawapan soalan lazim di laman web LZS, sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7 atas sebab kesihatan, kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum (RM7).
Sementara itu bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan, mereka dibolehkan untuk membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7 dan seterusnya.
Hal ini seperti yang telah dipersetujui Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2017 yang menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah sebanyak RM7 seorang bagi tahun 2018.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan.
Selain itu, lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.
Bagi warga Selangor yang ingin membuat bayaran zakat fitrah melalui LZS, boleh klik pautaninidan tunaikan tanggungjawab anda sekarang.
Kongsi rezeki dengan zakat. Keberkatan rezeki, nikmat dikongsi. Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang lalui situasi keadaan macam ni, korang tengah drive kereta, tiba-tiba hujan? Lagi-lagi bila hujan lebat, susah la nak nampak jalan dengan jelas… Mesti korang on kan wiper kereta korang tu cepat-cepat, kan?
Memang rasa tidak selesa memandu ketika hujan lebat kerana penglihatan akan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta mengaburi pandangan.
Kadang, bila hujan terlalu lebat penggunaan wiper juga tidak membantu akibat getah pada wiper yang cepat kembang dan rosak. Jadi, apa yang korang boleh buat?
Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter ini tentang 5 TIPS PENJAGAAN WIPER ini
1. ELAK GUNA WAKTU KERING
Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.
2. RAJIN BERSIHKAN WIPER
Korang perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapkannya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan windscreen. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali mencuci kereta.
3. PASTIKAN CERMIN KERETA BERSIH
Kalau korang sering menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.
4. PASTIKAN PENGELAP CERMIN DIPASANGKAN DENGAN SEMPURNA
Bagi yang sering menukar wiper, pastikan pengelap cermin dipasang kemas semula ditempatnya. Buka penutup skru dan tengok skru di bahagian bawah sebagaimana dalam gambar. Pengelap cermin tidak boleh terlalu ketat ataupun terlalu longgar.
5. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA
Dicadangkan untuk menukar bilah wiper pada 6 bulan. Jika anda lihat wiper anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.
Okay, lepas ni korang bolehlah try tip ini dan cuba apply pada cermin kereta.
Selamat mencuba!
Sumber: Twitter protonlala
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wangian bukan sekadar membangkitkan semangat dan keceriaan, sebaliknya haruman semerbak membuatkan penampilan lebih berkeyakinan serta selesa.
Rutin lazim sama ada lelaki atau wanita, sebelum bersiap ke pejabat, keluar bersantai atau ke mana saja urusan, tidak lengkap jika tidak menyemburkan wangian pada tubuh.
Tahukah anda selain penampilan yang kemas dan personaliti diri, antara perkara yang mampu membuatkan seorang tertarik kepada figura adalah bau yang harum?
Namun sebaliknya, individu yang mempunyai badan yang berbau, tidak dapat menyedari badan mereka berbau busuk jika tidak diberitahu. Begitu pun, teguran tentang bau badan boleh menjadi sensitif.
Sampaikan, boleh jadi pening kepala dibuatnya jikalau ada rakan yang badan berbau. Nak tegur tapi tak sampai hati kerana takut tersinggung hingga menyebabkan putus kawan.
Selain itu, kita pun kadang kala tidak menyedari bahawa diri sendiri juga mempunyai masalah bau badan sehingga boleh menggangu orang yang berada di sekeliling kita, tanpa disedari.
Kini, anda tidak perlu risau lagi. Dengan adanya wangian terbaharu, iaitu Body Mist daripada jenama AromBay, segala masalah tersebut dapat ‘dilupuskan’ dengan segera!
Didatangkan dengan botol 250ml, ini Remaja kongsikan keluaran Body Mists terbaharu AromBay:
AromBay Body Mist Amber Spell
AromBay Body Mist Blue Coast
AromBay Body Mist Wild Kiss
AromBay Body Mist Coconut Como
AromBay Body Mist Glory Sensation
AromBay Body Mist Jasmine Kiss
AromBay Body Mist Wild Kiss
AromBay Body Mist Night Seduction
Untuk info, AromBay mula menghasilkan empat jenis wangian AromBay Eau de Parfum premium dengan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Baunya akan memberikan aura yang indah kepada sesiapa sahaja. Produk yang dihasilkan oleh pengeluar berdaftar, dan mereka mempunyai pengalaman dalam industri kosmetik selama lebih 15 tahun.
Selain itu, AromBay juga telah disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), HALAL oleh JAKIM, dan mesra wudhu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!