Bukan calang-calang insan boleh mengenepikan nama-nama besar seperti Hafiz Suip, Alif Satar dan Syamel dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) pada malam kemuncak muzik terbesar Malaysia, Anugerah Industri Muzik (AIM).
Justeru sebaik nama Arddley Nicholas diumumkan sebagai penerima kategori vokal lelaki terbaik menerusi single berjudul Pilu, penonton terus tertanyta-tanya siapakah gerangan penyanyi yang membuktikan populariti bukan segala-galanya?
Arddley Nicholas
Nah, kami senaraikan empat fakta menarik mengenai Arddley yang pastinya kini bakal menjadi pelapis kepada barisan penyanyi lelaki dengan kekuatan vokal tersendiri di Malaysia.
01
Arddley merupakan seorang guru muzik dari daerah Tambunan. Kini berusia 31 tahun, Arddley telah menjadi vokalis lelaki pertama dari Sabah yang pernah memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) di AIM.
02
Katanya kepada rakan media, “Kemenangan ini tidak boleh diungkapkan dalam kata-kata memandangkan ia merupakan satu kejutan yang cukup bermakna dalam hidup. Apa yang boleh saya katakan adalah saya amat teruja apabila keputusan itu diumumkan.
“Ini seperti mimpi dan terasa seperti ini bukanlah dunia yang nyata. Bila tercalon sahaja dalam kategori ini bersama nama-nama besar yang lain, sebenarnya saya sangat segan. Untuk tercalon sahajapun sudah merupakan kemenangan besar untuk saya,” katanya.
Ads
03
Selain Pilu, Arddley juga muncul dengan beberapa lagi lagu berkualiti termasuklah Sonsodo nyanyiannya bersama juara Big Stage 2022, Elica Paujin, Nafas (2019) dan Bersamaku (2018).
Arddley sinonim dengan genre lagu RnB Soul Blues sebelum ini. Namun menerusi single Nafas, ia mempertaruhkan genre Pop Retro Dance demi memberikan nafas baharu kepada pendengar.
Cer dengarkan lagu-lagu nyanyian Arddley di sini:
04
Dalam ucapannya semalam di belakang pentas, Arddley berterima kasih kepada Alejandro Jun untuk susunan lagu Pilu.
Ads
Dia menyambung,” Terima kasih juga kepada keluarga saya, ibu-bapa saya dan rakan-rakan saya kerana menyokong. Terima kasih juga kepada Four Forty Records yang mewakili lagu Pilu. Juga kepada Juwita Suwito dan Gina Yap.”
05
Arddley mula mendapat keyakinan untuk bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian selepas mengenali rakannya bernama Jeremiah yang merupakan seorang penari dari Miri, Sarawak. Jeremiah yang juga pernahh muncul dalam video muzik Nafas bersama kumpulan tariannya, The Vessels kata Arddley telah memberi banyak dorongan untuknya mengatasi masalah kemurungan yang pernah dihadapinya serta mengejar peluang berbekalkan bakat yang dimiliknya.
Arddley juga mengimpikan untuk mencipta lebih banyak muzik yang dapat menginspirasikan masyarakat terhadap pelbagai mesej penting seperti kesedaran kesihatan mental.
Ads
06
Biarpun namanya kini semakin dikenali di Semenanjung Malaysia dek kemenangan di AIM ke-23, Arddley sebagai anak seni kelahiran Sabah sentiasa ingin mengetengahkan bumi asalnya itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Katanya kepada rakan media lagi, Sabah semakin giat melahirkan ramai pendatang baharu yang berpotensi dalam mengeluarkan muzik serta video yang berkualiti. Ia secara tidak langsung menyumbang ke arah kemajuan industri muzik di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu perkauman atau racism yang melanda masyarakat Asia di negara Barat masih berleluasa, tidak kiralah sejauh mana korang popular ataupun tidak.
Terbaru, kumpulan sensasi Bangtan Boys (BTS) telah menjadi mangsa komen perkauman seorang penyampai radio Bayern 3 di Bavaria, Jerman yang dikenali sebagai Matthias Matuschik.
Ketika keudara dan memainkan audio persembahan lagu Coldplay ‘Fix You’ yang dinyanyikan semula oleh BTS di program MTV Unplugged baru-baru ini, Matthias berkata cover mereka teruk dan menyamakan kumpulan tersebut kepada ‘wabak penyakit yang perlu segera dicegah dengan vaksin’.
Aigoo!
Walaupun Matthias mempertahankan dirinya dengan berkata dia tidak mempunyai niat buruk untuk mempersendakan Korea Selatan dan pihak stesen radio pula berkata Matthias hanya menyampaikan pendapatnya bahawa dia tida begitu berminat dengan versi ‘Fix You’ nyanyian BTS, ramai pihak tampil mengutuk komen berbaur perkauman itu.
Bukan hanya di kalangan ARMY tegur, tetapi juga beberapa selebriti Hollywood popular yang mempertahankan BTS.
Halsey sebagai contoh berdiri rakan ‘Boy With Luv’-nya itu.
“Saya tergamam membaca komen yang dibuat oleh Matthias Matuschik. Isu perkauman dan xenophobia (takut terhadap seseorang yang berbeza daripada kita) tidak boleh dianggap sebagai ‘jenaka radio’.
“Kenyataan tidak bertanggungjawab dan jijik ini yang memburukkan lagi tanggapan, keganasan dan kebencian terhadap komuniti Asia. Ini tidak boleh diterima.
“Saya berharap mereka akan keluarkan semula permohonan maaf kepada BTS dan komuniti Asia di seluruh dunia,” kongsinya di Instagram Story.
*
*
Ini pula beberapa lagi selebriti yang tampil mempertahankan BTS.
Steve Aoki
“Cara penyampai radio Matthias Matuschik bercakap tentang kebencian dan perkauman secara ama dan dituju kepada rakan saya ini tidak boleh diterima.
“Saya bersama-sama BTS mengecam kebencian dan prejudis seperti ini, kita perlu sama-sama menolaknya. Spread love not hate.”
.
.
Zara Larsson
“Ewwww saya baru mendengar klip penyampai radio itu. Pertama sekali, kamu mencari pasal setelah kamu menyentuh BTS, Army tidak akan melepaskan kamu. Saya harap kamu tidak akan mendapat tidur yang lena apabila kamu mengetahui karier kamu telah berakhir kerana sifat perkauman.
“Kita semua perlu berani menolak tindakan seperti ini untuk menunjukkan bahawa tindak tanduk seperti ini mempunyai implikasinya.”
.
.
Lauv
“Saya menyokong rakan BTS dan semua orang yang terus menerima tempias perkauman seperti yang kita dengari di corong radio Bayern 3. Tiada siapa yang harus berdepan isu ini dan kita perlu sama-sama menghentikannya.”
*
*
Terdahulu, Coldplay telah memuji versi Fix You nyanyian BTS dengan menggelarnya, “Beautiful.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban musim dalam kalendar dunia fesyen, pengarah kreatif untuk jenama besar seperti Gucci akan memikirkan idea baru yang ingin dipertontonkan kepada masyarakat dunia.
Idea baru ini bakal digunakan semasa pertunjukan fesyen, penggambaran fesyen mahupun untuk klip video kempen masing-masing. Mereka pastinya tidak mahu mengulang semula idea yang telah diguna pakai pada musim lepas.
Jadi, apabila Gucci di bawah arahan Alessabdro Michele membawa masuk elemen ‘unik’ seperti kepala manusia, ular (yang sudah menjadi simbol jenama Gucci) dan baby dragon ke pentas peragaan di Milan semalam, ramai yang ternganga dan tertanya-tanya, WHY?
Penulis tak dapat nafikan bahawa koleksi pakaian Autumn Winter 2018 pada kali ini membidik tepat ke arah identiti Gucci yang mempunyai sejarah sejak tahun 1906 lagi. It nicely represents the brand.
But i can guarantee you, majoriti daripada netizen sedunia tak akan bercakap tentang pakaian baru Gucci hari ini, esok ataupun seminggu dari sekarang. Mereka akan bercakap tentang konsep persembahan di pentas peragaan mereka
Alessandro menjelaskan bahawa untuk koleksi kali ini, dia ingin mencabar maksud di sebalik ‘apa yang normal’ dan ‘apa yang tak normal’.
Dia menolak elemen yang sudah terlalu kerap diulang tayang. Menurutnya, jenama fesyen sedunia sudah terlalu kerap bermain dengan elemen ‘human’ (pakaian yang mudah disuai padan) dan ‘animal’ (pakaian yang diilhamkan daripada binatang).
Alessondra inginkan kedua-dua elemen ‘human’ dan ‘animal’ itu digabungkan saja sebagai satu.
Sampaikan terkeluarlah baby dragon di atas pentas peragaan. Macam episod Games of Thrones pun ada juga. Hehe..
Alessandro juga ingin ‘meraikan’ identiti si pemakai melalui pakaian mereka. Ini bermaksud, pemakai boleh menjadi diri sendiri dengan mudah.
Situasi ini mengingatkan penulis kepada pertunjukan fesyen Cristian Siriano di New York pada minggu lalu.
Christian Siriano telah menggunakan model wanita pelbagai bentuk, warna, latar belakang dan umur untuk ‘meraikan’ kepelbagaian si pemakai koleksinya.
Berbeza dengan Gucci di Milan, Alessandro menggunakan rekaan baju dan aksesori badan untuk melakukan perkara yang sama; ‘raikan si pemakai’
(Dari Kiri): Koleksi Christian Siriano yang diperagakan oleh model oversized, Ashley Graham dan (Kanan) imej lelaki berturban di Gucci.
Antara yang menarik perhatian penulis adalah imej seorang lelaki berturban dengan sepasang sut oversized dan gelang dempak, persis gelang yang dipakai oleh penari India. Sesuai sekali dengan identiti dan imej modelnya.
Seperkara lagi, Alessandro ingin menyampaikan mesej bahawa fesyen adalah cara seseorang untuk berinteraksi dengan si pemerhati. You can be who you want to be and let your fashion speaks for it self.
Di bahagian tengah pentas peragaan semalam, terdapat sebuah katil bedah hospital. Mungkin ini adalah simbol bahawa si pemakai mempunyai hak untuk menjadi siapa diri mereka tanpa perlu memikirkan tentang pendapat orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada hati teringin untuk berhibur di hujung minggu, sensitiviti masyarakat terhadap pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel tetap dijaga erat oleh KFC Malaysia.
Susulan itu, mereka sebentar tadi mengumumkan penangguhan acara Kepci Music Fest ketiga. Konsert yang sepatutnya dilangsungkan pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) di Arena Larkin dengan kehadiran artis-artis ternama termasuklah Datuk Amy Search dan Dato’ SriSiti Nurhaliza itu ditangguhkan buat masa ini demi menghormati saudara kita yang sedang bergelut di sana.
Menerusi kemas kini di akaun KFC Malaysia, ia memohon maaf kepada semua yang menantikan Kepci Music Fest dan memahami kesulitan yang pastinya dialami oleh semua pihak termasuklah pengunjung, vendor serta mereka yang terlibat dalam penganjurannya.
“Kami berharap untuuk dapat mengumumkan tarikh baru di kepcimusicfest.com pada masa akan datang,” catatnya lagi selain berterima kasih kerana setia meminati jenama KFC.
Dalam pada itu, di pihak selebriti yang dijadualkan untuk menyanyi pada hujung minggu ini pula, mereka turut memohon maaf di atas kesulitan tersebut dan berterima kasih kepada pihak yang menyokong tindakan mereka untuk menangguhkan konsert.
Tinta Datuk Amy Search, “InsyaAllah saya akan bertemu dengan anda semua bila tarikh baharu diumumkan kelak.” Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula berkata, “Kata sepakat ini dipersetujui (olehnya bersama rakan artis dan penganjur) kerana konflik kemanusiaan yang melanda Timur Tengah. Saya sangat menghargai sokongan dan timbang rasa anda semua.”
Lebih baiklah begini kan? Dengan apa yang berlaku sekarang pun, pastinya ramai dalam kalangan pengunjung yang tidak lagi bersemangat untuk berhibur. Kita jumpa next time ya di Larkin!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.