Seperti yang pernah disiarkan menerusi artikel REMAJA sebelum ini, Azeem Fahmi merupakan seorang atlet muda yang menempa kejayaan sama naik dalam dalam bidang sukan dan akademik.
Anak jati Perak ini sudahpun mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sekaligus mendapat peluang untuk berlatih bagi memperhebatkan lagi skil lariannya.
Terbaharu, Azeem yang ketika itu ditemui pihak media di lapangan terbang sebaik sahaja tiba dari Colombia berkongsi mengenai keputusannya untuk menyambung pengajian ke Amerika Syarikat. Kongsinya, dia sudahpun mendapat tawaran ke University of Houston yang terletak di Texas ataupun Auburn University yang terletak di Alabama.
“Di Houston, komuniti Islam di sana besar yang mana sedikit sebanyak dapat membantu saya dan menjamin keadaan saya di sana. Dari segi latihan, Universiti Houston sudah melahirkan ramai jaguh pecut bertaraf dunia.
Ads
“Shaun Maswanganyi dari Afrika Selatan yang turut beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut dilahirkan di universiti itu. Ia juga terkenal kerana ketua jurulatihnya adalah Carl Lewis,” ujarnya. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Carl Lewis merupakan pemenang pingat emas Olimpik sebanyak sembilan kali dan ini menjadi kelebihan bagi pelari pecut berusia 18 tahun ini untuk mendapat bimbingan terbaik.
Walaupun begitu pemegang rekod baharu acara pecut 100-meter kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat ini turut mepertimbangkan untuk ke Auburn University dek kerana kecemerlangan akademik yang ditonjolkan oleh universiti berkenaan.
“Baru-baru ini saya juga mendapat tawaran daripada Universiti Auburn di mana mereka lebih bagus dari segi akademik berbanding universiti-universiti lain. Setakat ini, dua universiti tersebut berada dalam fikiran saya sekarang.
“Kedua-dua universiti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagaimanapun, kedua-dua universiti ada dalam divisyen satu (saingan olahraga AS), jadi ia beri peluang kepada saya untuk menyertai kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan Liga Berlian,” kongsinya lagi.
Ads
Belum lagi membuat keputusan universiti mana yang bakal bakal dipilihnya, Azeem berkata lagi bahawa dia akan melakukan perbincangan bersama keluarga serta jurulatih untuk membuat keputusan yang terbaik bagi masa depannya.
REMAJA mengucapkan Syabas kepada Azeem dan semoga terus menjadi contoh terbaik kepada anak muda Malaysia di luar sana yang turut mahu bergiat aktif sebagai seorang atlet.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan yang diraih Nor Farhatul Fairuzah binti Haji Panut cukup membanggakan. Gadis berusia 22 tahun ini sememangnya wajar dijadikan contoh terbaik kepada golongan remaja masa kini.
Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-61 ini acap kali terlibat dengan pelbagai program di lapangan mahupun bersiaran di kaca televisyen dan radio dalam usahanya menyebarkan kebesaran Al-Quran.
Atas jasanya memartabatkan Al-Quran sehingga peringkat antarabangsa dia telah dipilih sebagai salah seorang penerima darjah dan kebesaran negeri Selangor sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember 2022.
Cantik berbaju kurung rona biru laut yang dihias dengan perhiasan jemeki pada labuh lengan dan baju, Farha dilihat anggun berselendang yang dipadankan bersama tas tangan berona hitam. Penampilannya cukup manis!
“Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Sempena Menyambut Ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S). Semoga Tuanku Dan Permaisuri dipanjangkan Usia, Sentiasa diRahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Instagram.
Selain aktif sebagai jemputan di televisyen dan majlis-majlis keagaaman, penuntut pengajian Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ini banyak menjadikan platform media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk membangkitkan rasa cinta remaja lain kepada Al-Quran.
Memiliki lebih 729 ribu pengikut TikTok dan sejuta pengikut di laman Instagram, nilai-nilai dan perkongsian positif yang ditonjolkan ternyata memberi inspirasi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Murid: Kita dapat lihat pada paparan media ejaan “maha” dalam frasa Yang Maha
Kuasa dieja dengan huruf besar, mengapa pula perkataan mahasiswa dan mahaguru dieja dengan huruf kecil pada pangkal katanya?
Persoalan ini sering diajukan murid, malah pengguna bahasa lain juga kurang pengetahuan mengenainya. Menjawab kepada persoalan murid tersebut, bagaimana untuk kita membezakan penulisan “maha” dan “Maha”?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata maha bermaksud “amat”, tersangat atau “paling”. Kata “Maha” perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (misalnya Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang) untuk merujuk kepada sifat atau gelaran khas bagi Allah. Manakala, kata “maha” yang ditulis dengan huruf kecil pada pangkal kata, boleh bergabung dengan kata nama am seperti;
maha + karya = mahakarya
maha + siswa = mahasiswa
maha + guru = mahaguru
Selain itu, penulisan sesuatu kata yang merujuk kepada Allah SWT mestilah tepat. Kita perlu menggunakan kata singkatan yang dibesarkan huruf awalnya dan disertakan dengan sempang sebelum singkatan tersebut. Misalnya dalam contoh di bawah:
Aku panjatkan doa pada-Mu.
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.
Marilah kita memohon rahmat-Nya.
Maha Suci-Mu.
Dalam keempat-empat ayat, singkatan ‘Mu’ dan ‘Nya’ perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata dan disertakan dengan tanda sempang sebelum singkatan kerana kata ‘Mu’ dan ‘Nya’ menggambarkan perwakilan Allah SWT.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Nor Fazilah binti Noor Din.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya sudah semakin pulih dan sihat selepas dikejarkan ke hospital apabila keadaan kesihatannya kurang sihat sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik (BOB) di Kelantan baru-baru ini.
Malah, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) itu juga memaklumkan sudahpun mendaftar keluar dari wad.
Sebelum ini, ramai pengikutnya di media sosial hanya mengetahui tentang jangkitan bakteria tetapi akhirnya usahawan kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu berkongsi dengan lebih spesifik mikro-organisma yang menjadi penyebab kepada cirit-birit luar biasa dihadapinya.
Ujarnya menerusi perkongsian di aplikasi X, beliau terkena jangkitan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau lebih dikenali sebagai E. coli ketika melakukan misi bantuan banjir.
Kredit: Khairul AmingKhairul Aming Bersama Sukarelawan Misi BOB
Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
“Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. coli masa buat bantuan banjir last week”
“Severe diarrhea for five days sampai dehydrated badan. Now Alhamdulillah sudah fully recovered and back to work,” kongsinya.
Khairul Aming Ketika Menerima Rawatan Di Hospital
Sekadar info, Khairul Aming terkenal dengan video masakan kreatif serta produk Sambal Nyet terdahulu terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik susulan cirit-birit teruk yang membuatkan tubuhnya lemah.
Sementara itu, meh kami kongsikan beberapa info menarik mengenai jangkitan E. coli:
Merupakan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar.
Mudah merebak melalui makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak.
Pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak setiap jenis hidangan dengan sempurna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!