Seluruh team editorial REMAJA terlebih dahulu ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Tuanku pada hari ini.
Sempena sambutan istimewa ini, penulis ingin mengimbas semula hubungan rapat di antara Baginda dengan Pemangku Raja Pahang, Rengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kini menggalas tanggungjawab pentadbiran kerajaan negeri Pahang.
Dalam satu sesi wawancara bersama rakan media di BERNAMA, putera raja sulung Sultan Abdullah dan Tungku Azizah ini berkata, baginda serta adik-beradik yang lain telah diajar untuk berdikari sejak kecil lagi.
“Sejak dari saya berumur 10 tahun, saya telah dihantar ke luar negara untuk sekolah (di Caldiccot Preparation School, United Kingdom), hanya saya bersama ayahanda dan bonda bila musim cuti.
“Tuanku ayahanda menghantar semua adik-beradik saya ke England, bukan untuk nak tunjuk kita ada kelebihan daripada orang lain di dalam negara ini, tetapi nak kita merendahkan diri.
“Ayahanda tak nak kita besar kepala tetapi mahu kita jadi rendah diri. (Pengalaman) di United Kingdom telah mengajar kita untuk berdikari dan bagaimana untuk menjadi orang biasa,” titah Baginda.
Ads
Tentunya semasa ingin melepaskan anak sulung pasangan diraja itu, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah titah Tengku Hassanal menangis kerana sedih ingin melepaskannya seorang diri di perantauan pada usia remaja.
Tengku Hassanal memperkenalkan ayahanda kepada rakan Baginda di Akademi Tentera Diraja Sandburst.
“Sebelum nak tinggalkan saya, ayahanda dan bonda dah menangis. Saya tak suka tengok mereka menangis. Saya kata, babah jangan lah menangis. Lepas tu lagi teruk mereka menangis,” katanya yang telah menamatkan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandburst, United Kingdom.
Menyifatkan ayahandanya tidak suka garang dengan anak-anak tetapi lebih suka memanjakan mereka, baginda menyifatkan bondanya ialah ‘pembawa mesej’ ayahanda jika ingin menasihatkan sesuatu kepada baginda dan adik-adik yang lain.
Ads
*
Kami cukup gembira melihat keakraban yang terjalin di antara Tengku Hassanal dan Al-Sultan Abdullah. Semoga baginda sekeluarga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan terbaik sempena Hari Keputeraan Rasmi ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tengku Hassanal, jom tonton video di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita dan menggesa menggugurkan kandungan itu.
Aniq dalam satu kenyataan berkata, dia menyerahkan kepada peguamnya berhubung isu berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu mencalar reputasinya.
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman.
“Atas nasihat peguam, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang pelakon lelaki.
Dia turut mendakwa pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.
Sekadar info, nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Aniq Suhair, Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula 1 Julai 2020, pawagam di seluruh Malaysia sudah pun dibenarkan beroperasi setelah lebih kurang tiga bulan ditutup ekoran daripada wabak pandemic COVID-19.
Tapi sebelum itu, ada perkara yang korang perlu tahu bahawa waktu operasi pawagam kini tidak lagi sama seperti sebelum ini.
Kebanyakan daripada pihak pengurusan pawagam di Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang waktu operasi perniagaan ketika PKPP sedang berlangsung.
Sebelum serbu pawagam esok, apa kata korang lihat informasi ini terlebih dahulu.
*Dapatkan parking PERCUMA di GSC IOI City Mall dan IOI Mall Puchong dengan menunjukkan tiket pebelian di kaunter khidmat pelanggan mall tersebut
TGV Cinemas
• Isnin – Khamis (12PM-9PM)
• Jumaat, Sabtu & Cuti Umum Perayaan (12PM-12AM)
• Ahad & Cuti Umum (11AM-9PM)
MBO Cinemas
• Isnin – Rabu (6PM ke atas)
• Khamis & Jumaat (3PM ke atas)
• Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12PM ke atas)
Namun begitu, terdapat beberapa cawangan pawagam MBO yang masih tutup sehingga diberi notis pemberitahuan kelak. Antaranya adalah Harbour Place Klang, Space U8, Melaka Mall, U Mall Skudai dan The Spring Kuching.
Diingatkan bahawa hanya individu berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk memasuki pawagam. Korang juga perlu memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam premis.
Pihak pawagam juga perlu memastikan kerja pembersihan dan setiap hall perlu disinfeksi selepas tayangan berakhir.
Paling penting, jangan lupa pakai face mask ya. Stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat diukur dan dibalas biar dengan segunung intan permata andai dihamparkan sekalipun. Itulah besarnya perumpamaan jasa seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Seorang ibu pula amat bertuah jika anak yang dibesarkan tidak mengabaikannya dan sentiasa meletakkan dirinya sebagai perkara utama di dalam kehidupan.
Itulah yang boleh digambarkan dengan kehebatan kasih sayang pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terhadap ibunya. Baru-baru ini menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ayda ada memuat naik momen dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.
Ayda bersama ibunya. Sumber Gambar: Instagram Ayda Jebat
Seperti yang disampaikan menerusi hantaran itu, “Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.
Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah..
Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever.”
Ayda mula menceburkan diri di dalam dunia seni apabila terpilih menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Kemudian Namanya semakin dikenali sebagai seorang pelakon dan kemudian mengukuhkan kedudukannya di dalam industry seni menerusi lagu-lagu juara carta seperti Pencuri Hati dan Temberang.
Ayda juga pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja sebelum ini.
Ayda Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi Mac 2015.Ayda Bersama Harris Baba Menghiasi Muka Hadapan Majalah Remaja Edisi April 2016.
Semoga semakin murah rezeki Ayda selepas ini.
***P/S- Untuk remaja di luar sana, sentiasalah semat di dalam hati. Sikap mengutamakan ibu bapa dan membahagiakan mereka merupakan salah satu punca keberkatan di dalam hidup kita. Jika sudah bekerja kongsi sedikit rezeki bersama mereka, jika masih di sekolah atau universiti, rajin-rajinkan tangan menolong meringankan penat mereka dengan cara mengemas rumah atau pun bahagiakan mereka menerusi keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap individu yang memiliki tubuh badan bersaiz besar (Plusize) pastinya mendambakan gaya yang mengikuti perkembangan fesyen semasa demi kelihatan cantik dan versatil seperti mereka...