Cecah RM200 Sepokok, Lidah Jin Dicuri Kerana ‘Berharga’ Sekarang!

Share

Snake Plant atau pun lebih dikenali sebagai pokok lidah jin katanya telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah.

Memang dengar macam tak masuk akal, tapi ia benar-benar berlaku di Terengganu.

Kalau sebelum ini, ramai yang cuba ambil kesempatan untuk menjual tumbuhan tersebut dengan harga yang tinggi. Seorang penggangur nekad mencuri pokok lidah jin gara-gara terperdaya dengan tular yang mendakwa harga pokok hiasan itu dikatakan boleh mencecah sehingga RM200 sepokok.

Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kuala Berang kira-kira 6.15 petang pada 24 Jun lalu.

Katanya, kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan pusat asuhan berkenaan disedari seorang pengajar.

“Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek memaklumkan singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum beredar.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.

BACA: Tanam Snake Plant Tidak Boleh Hilangkan Habuk Di Rumah, Ini Penjelasan Yang Korang Perlu Tahu

“Susulan laporan dibuat, suspek berusia 37 tahun ditahan di rumahnya di daerah ini kira-kira 5.30 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman tiga hari sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Untuk info. tular di media sosial baru-baru ini bahawa tanaman lidah jin ini mampu untuk menghilangkan habuk jika diletakkan di dalam ruang kediaman dan menyebabkan masyarakat berpusu-pusu mencari pokok ini.

Walaubagaimana pun, menanam tumbuhan di rumah memang bagus untuk mengurangkan stress dan memberi kesan positif pada mood individu dan tenaga.

Adehhh…so min kena simpan elok-elok lah pokok viral ni dalam rumah. Takut nanti lesap pula…macam-macam la dorang ni pokok pun jadi dicuri.huhuhu

Sumber : Mymetro

IKLAN