Kunjungan team REMAJA ke lokasi kejadian di U12 Shah Alam mendapat bahawa kesemua lukisan yang telah tercemar dengan perbuatan vandalisma pada dinding di situ telahpun ‘selamat’ dicat putih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Secara kebetukan, kunjungan kami bertepatan dengan waktu kehadiran trio pelukis mural yang dilihat sedang terduduk di tepi bangunan.
Jelas riak terkilan pada wajah masing-masing. Namun, mereka memahami tindakan pihak MBSA yang mengecat semula dinding kerana enggan mempromosikan imej pemimpin negara yang telah dilemparkan dengan kata-kata kesat serta contengan tidak senonoh.
Kesempatan bertemu dengan mereka bertiga memberi kami peluang untuk bertanyakan reaksi masing-masing terhadap kejadian ini.
“Kami mula melukis mural ini pada bulan Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pagi tadi, baru kami perasan mural tersebut telah diconteng setelah owner kedai makan ‘Jom Sate’ disebelah menelefon kami mengenai insiden ini.
“Dia keluar kedai dan hantarkan WhatsApp. Kami pun terkejutlah dan terus bergegas datang ke sini. Tahu-tahu, pihak polis dan MBSA pun sudah ada,” kata salah seorang daripada mereka iaitu Suhaimi.
Tambahnya lagi buat masa ini…
Ads
pihak MBSA sudahpun dapat mengecam 2 orang pelaku yang digelar sebagai ‘pengkhianat’
…kerana sanggup berbuat sedemikian kepada wajah pemimpin negara termasuklah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Trio ini hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
CCTV di kawasan kejadianDua lagi para pelukis, Firdaus dan Hadi.
Semangat Nak Melukis Dah Luntur?
Apabila ditanya sama ada mereka sudah hilang semangat untuk melukis mural di kawasan U12 Shah Alam, kata Suhaimi buat masa ini mereka akan hentikan dulu aktiviti melukis di situ.
Bukanlah disebabkan sudah tidak bersemangat, namun mereka gentar sekiranya penyerang vandalisma yang sama ataupun pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab akan mengulang semula perbuatan tersebut.
“Awalnya, kami diminta untuk ‘touch up lukisan pada dinding. Tapi apabila kami berbincang dengan pihak polis serta MBSA sama ada untuk ‘touch up’ ataupun dicat saja putih, kami bersetuju untuk cat semula kerana besar kemungkinan mereka boleh datang semula untuk menconteng.
“Kami anggap ini sebagai tiada rezeki untuk mural ini kekal lama di sini. Lebih kurang 20 hari saja,” katanya penuh terkilan. Namun..
“Nak kata kami enggan melukis itu tak adalah. Contohnya sekarang ini, saya sedang melukis di kawasan Seksyen 4 Kota Damansara dan bertemakan frontliners juga.
“Kami lukis mural ini pun bukannya untuk popular tetapi lebih kepada rasa gembira apabila ramai pengunjung yang sanggup datang dari jauh untuk bergambar. Kami rasa seperti bakat kami dihargai,” jelasnya.
Tular di media sosial apabila negara jiran kita, Singapura khabarnya menggunakan Breathonix breathalyser test kit sebagai alat pengesan COVID-19.
Ujian pernafasan yang mudah digunakan dan dapat mengesan dengan tepat virus tersebut dalam masa satu minit telah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).
Sistem Ujian Pernafasan BreFence Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS). Breathonix diasaskan tiga siswazah NUS, Dr Jia Zhunan, Du Fang dan Wayne Wee Shi Jie bersama penasihat PhD Dr Jia, Prof T. Venky Venkatesan dengan sokongan Program Inovasi Penyelidikan Siswazah NUS (GRIP).
Program ini dilaksanakan dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 mungkin akan berlanjutan selama beberapa tahun. Ujian berulang perlu diterima pakai secara meluas sebagai strategi kesihatan awam utama untuk menyokong pembukaan semula ekonomi yang selamat dan teknologi buatan tempatan Breathonix tepat pada masanya.
Breathonix sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk menguji teknologi itu di sebuah pusat pemeriksaan. Pelancong perlu menjalani ujian pernafasan BreFence Go COVID-19 serentak dengan ujian pantas antigen COVID-19 sedia ada.
Bagaimana ia berfungsi?
Sistem itu berfungsi dengan mengesan Sebatian Organik Meruap (VOC) yang terdapat dalam nafas seseorang. VOC dihasilkan oleh pelbagai reaksi biokimia dalam sel manusia. Oleh kerana VOC daripada nafas orang yang sihat berbeza dengan yang berpenyakit, perubahan VOC dapat diukur untuk mengesan penyakit seperti COVID-19.
Ujian nafas itu juga mudah dilakukan tanpa memerlukan kakitangan terlatih secara perubatan atau pemprosesan makmal. Individu tersebut hanya perlu menghembus ke dalam penutup mulut injap pakai buang yang disambungkan dengan alat pernafasan berketepatan tinggi. Mereka yang didapati positif perlu menjalani ujian swab PCR COVID-19.
Sistem analisis nafas itu telah menjalani ujian klinikal di tiga lokasi sejak Jun tahun lalu hingga April 2021. Di Singapura, ia dijalankan di Pusat Penyakit Berjangkit dan Lapangan Terbang Changi sementara percubaan ketiga dilakukan di Dubai, bekerjasama dengan Lembaga Kesihatan Dubai dan Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan Mohamed Bin Rashid.
Mungkin ramai yang bersetuju sekiranya ujian pernafasan ini dilakukan kerana setidaknya kita tidak perlu menahan sakit dicucuk hidung. Betul tak?
Twitter sekali lagi berkuasa apabila hashtag Go Back Modi menjadi trending Worldwide! Pada mulanya, REMAJA tertanya-tanya, mengapa ia trending? Setelah melihat secara terperinci, ia berikutan kes Perdana Menteri Narendra Modi tidak melayan rakyat secara sama rata. Menurut laporan NDTV, Perdana Menteri India itu dikecam netizen setelah gagal melawat salah satu daerah Chennei yang banyak memberi sumbangan tanaman terhadap India.
Rakyat India dikhabarkan kesal dengan tindakan Modi dimana beliau memberi sumbangan kepada daerah Madurai dan menganak tirikan daerah di Tamil Nadu. Ekoran, dari itu #gobackmodi diguna oleh mereka di Twitter untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri mereka yang dianggap sebagai berat sebelah.
Seperti biasa warga Twitter India tidak akan terlepas daripada menjadikan insiden ini sebagai “bahan” hiburan. Selain daripada tweet-tweet biasa, mereka mengeluarkan memes dan troll buat Perdana Menteri yang dikatakan tidak adil itu.
#GoBackModi Thanks people of Tamilnadu who are protesting against policies of arrogant Pm who never come infront of media except some well planned interview. pic.twitter.com/R6lhlbRJAz
We can't do anything now. But we can do it? #GoBackModi trending worldwide… I don't know who tweeting with using the hashtags TNWelcomesModi & Madurai thanks Modi… Anywyz It's For yu??? pic.twitter.com/38yXXf3zwo
Insiden ini mengingatkan REMAJA terhadap apa yang berlaku di Malaysia ketika PRU14 tahun lalu. Suara rakyat hari ini, memang luar biasa. Apa-apa pun, REMAJA berharap agar negara India kekal aman.
Inilah yang dinamakan kifarah, perbuatan jahat dibalas serta merta.
Wanita asal Texas, Angela Mia Vargas telah diberkas polis dan didakwa atas dakwaan dengan sengaja cuba menyebabkan kematian. Dalam satu insiden menurut saksi, Mia dikatakan cuba membunuh anjing jenis Boxer berusia enam bulan milik jirannya yang sedang menyalak dan bermain di jalan hadapan rumah mereka.
Namun sebaliknya yang terjadi, dari tiga das tembakan yang dilepaskan salah satu peluru dari pistol tersebut telah terkena lantai dan melantun mengenai bahagian perut anak lelakinya yang berusia 5 tahun.
An ABC13 exclusive from @ABC13Miya: A woman riding a bike with her son shot a homeowner’s Boxer puppy. She missed, hitting her 5-year-old son instead! The mom is now charged with deadly conduct. https://t.co/KMXwA1SQuPpic.twitter.com/UgOPoiQ3N2
Walaubagaimanapun, anak lelakinya itu selamat dan kini dilaporkan stabil dirawat di sebuah hospital tempatan manakala anjing sasarannya pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis mengesahkan yang sikap yang ditunjukkan wanita itu sebagai berbahaya kerana dengan niat cuba mencederakan dan juga sesuka hati melepaskan tembakan di tempat awam.
Jadi apa cerita anjing tersebut?
Tuan punya anjing tersebut telah dikenakan notis kerana membiarkan anjingnya berkeliaran tanpa pengawasan!
Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans yang kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada...