Malam tadi diberitakan lapan buah kenderaan terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Tapah.
Dalam kemalangan ngeri melibatkan treler dan beberapa buah kenderaan lain, dua mangsa maut di lokasi kejadian iaitu Beh Xiu Zhung, 5, yang merupakan penumpang SUV Pajero dan Salwati Yaakob, 28, iaitu penumpang hadapan Perodua Myvi seperti disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.
“Wanita yang maut itu merupakan isteri kepada pemandu Perodua Myvi berkenaan iaitu Azman Syahh. Mayat kedua-dua mangsa maut telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Apa yang amat menyedihkan, arwah Salwati Yaakob baru saja melangsungkan perkahwinan tiga hari dan belum sempat kenduri sebelah lelaki.Di dalam fb milik arwah, Atiey Watiey, pasangan ini baru melangsungkan perkahwinan pada 9 November lalu.
Berita menyayat hati dan sedih ini dikongsikan di fb kawannya iaitu Nurul Suhananaini kira-kira tiga jam lalu.
Dalam catatan di fbnya, Nurul berkongsi bahawa dirinya baru berbual dengan arwah yang juga merupakan sahabat rapatnya.
Ads
Innalillah. Ya Allah, still masih tak percaya Atiey Watiey. Sedih sangat. Dialah sahabat yang sangat rapat masa kat kolej INSTEDT dulu. Serius, sedih-sedih sangat. Still tak percaya, baru saja arwah call bagitahu dia nak kahwin. Ya Allah, sedihnya.
Masa tu excited sangat nak tengok dia kahwin belah Selangor. Baru je dengar suara dia rasa.
Ya Allah, baru tiga hari dia jadi isteri orang. Subhanallah. Ya Allah. Mari kita sama-sama sedekahkan AL FATIHAH untuk arwah Salwati binti Yaakob, batch INSTEDT DPP Bandar Penawar Johor. Semoga arwah dicucuri rahmat ke atasnya.
Innalillah…… Ya Allah still masih tak percaya Atiey Watiey. Sedih sangat dialah sahabat yg sgt rapat masa kat kolej INSTEDT dulu. serius sedih sgt² still xpercaya rasa baru je arwah call bagitahu dia nak kawin yaallah sedih nyee..masa tu excited sgt nak tgok die kawin belah selangor… baru je dgr suara dia rasa.. yaallah baru 3 ari dia jadi isteri org.. subhanallah yaallah..mari kita sama² sedekahkan ALFATIHAH untuk arwah salwati binti yaakob batch instedt DPP Bandar penawar johor.. semoga arwah dicucuri rahmat ke atasnya.
Ads
Sementara itu, laporan Astro Awani memaklumkan, kemalangan pada Selasa malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler dengan muatan kertas hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki dua lelaki sebelum melanggar bahagian kiri Honda Accord.
“Treler tersebut turut bergesel dengan treler muatan gula sebelum melanggar Mitsubishi Pajero yang dinaiki empat sekeluarga.
"Impak kuat dari pelanggaran itu menyebabkan Pajero tersebut tersepit antara treler berkenaan dan sebuah lori kurier menyebabkan kanak-kanak berusia lima tahun maut,” katanya.
Ads
Menurutnya, hentaman kuat tersebut menyebabkan lori kurier tersebut bergerak lalu melanggar belakang Perodua Myvi yang dinaiki sepasang suami isteri dan rakan mereka.
Menurut Wan Azharuddin, susulan kejadian, pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu berkenaan ditahan untuk menjalani ujian air kencing dan sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia," kata Wan Azharuddin.
Kemalangan kira-kira jam 10.50 malam pada Selasa di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan ini turut melibatkan enam kenderaan lain.
Keseluruhan mangsa yang terlibat ialah 14 orang iaitu sembilan lelaki, tiga perempuan dan dua kanak-kanak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedai serbaneka kegemaran masyarakat Malaysia, FamilyMart sekali lagi telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mewujudkan vending machine serbaguna kepada pelanggan.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di laman Facebook rasmi FamilyMart Malaysia, kiosk pintar itu telah pun diperkenalkan di Shell Karak Highway 2.
Antara pilihan makanan yang boleh didapati di vending machine ini ialah onigiri, sandwic, pemanis mulut dan banyak lagi produk FamilyMart lain yang korang selalu beli sebelum ini. Jangan risau, setiap produk makanan yang dijual adalah segar, baru dihasilkan dan diedarkan pada setiap hari.
Bukan setakat itu, kiosk pintar ini juga menggunakan sistem automatik di mana pegguna boleh membeli tanpa sentuhan, tanpa pembayaran tunai dan hanya menerima kredit, kad debit atau pembayaran e-dompet. Ia direka untuk gaya hidup yang lebih selesa, memudahkan pengguna dan selamat; seiring dengan norma baharu yang kita lalui sekarang.
Sebelum ini, FamilyMart pernah membuka cawangan pertama drive-thru di Klang. Dengan pengenalan kiosk pintar ini, ia dilihat sebagai satu lagi usaha mereka untuk memberi kemudahan maksima kepada pelanggan. Diharap lebih banyak kiosk pintar yang akan disediakan di kawasan lain.
Kes keganasan senjata api bukanlah perkara luar biasa di Thailand.
Semalam, dunia dikejutkan dengan satu kes tembakan secara rambang yang membabitkan seorang remaja yang baru berusia 14 tahun menembak mati dua mangsa dan enam yang lain cedera.
Kejadian yang berlaku di pusat beli-belah terkenal, Siam Paragon, di Bangkok itu mengakibatkan keadaan menjadi kelam-kabut dengan orang ramai termasuk kanak-kanak bertempiar lari keluar dari pusat beli-belah itu.
Selain itu, menerusi video tular di media sosial, orang ramai dilihat berlindung dalam gelap di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Siaran langsung di televisyen pula menunjukkan kesesakan lalu lintas teruk dengan keadaan hujan lebat di luar premis berkenaan.
Individu yang dikatakan penembak terbabit, yang memakai seluar kargo khaki serta topi besbol itu telah pun disoal siasat oleh Jabatan detektif polis Metropolitan, menerusi laporan di Facebook milik jabatan tersebut.
Hasil soal siasat mendapati, remaja lelaki tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.
Menurut Polis Thailand, Lt. Jeneral Achayon Kraithong, beliau memaklumkan suspek berkenaan dikatakan telah pun berhenti mengambil ubat.
“Suspek adalah pesakit di Hospital Rajavithi dan tidak mengambil ubatnya.
“Suspek terdengar bisikan seseorang yang menyuruhnya menembak orang. Ia adalah hasil siasatan awal kami,” katanya.
Tambah beliau lagi, remaja tersebut juga didapati berada dalam keadaan keliru ketika diberkas polis.
Sekadar info, dua orang, seorang Cina dan seorang Burma, disahkan terbunuh semasa tembakan itu, walaupun laporan awal menyatakan terdapat tiga yang terbunuh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isunya apabila syarikat berkenaan menghapuskan bayaran gaji mengikut jam, komisen penghantaran lewat malam (selepas jam 11 malam) dan bayaran pembatalan pesanan oleh pelanggan.
Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Pengarah Urusan Foodpanda berkata pekerja yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada rider lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.
“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,”
Kenyataan itu mengundang rasa marah netizen yang turut bersimpati dengan nasib rider Foodpanda, malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyifatkan pihak pengurusan terbabit bersikap angkuh (Berita Harian).
Malah, mereka juga khabarnya ingin memboikot syarikat penghantaran makanan tersebut.
Kami harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kepada semua rider yang berhadapan dengan situasi ini, diharap korang semua dapat mencari jalan keluar bagi menyelesaikan segala bebanan yang ditanggung. InsyaAllah, kalau dah rezeki tak kemana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!