Keghairahan warganet di seluruh dunia bagi menjalankan gerakan #CelebrityBlockout2024 masih tidak menunjukkan tanda-tanda henti.
Gerakan yang dimulakan oleh pengguna di TikTok itu adalah merupakan satu usaha warganet global bagi memboikot akaun media sosial para selebriti antarabangsa yang mempunyai berjuta-juta pengikut namun memilih untuk tidak bersuara bagi menentang tindakan kejam rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.
Beberapa nama yang terpalit dalam senarai boikot itu termasuklah Taylor Swift, Kim Kardashian, Beyonce, Justin Bieber dan rata-rata akaun media sosial mereka telahpun kehilangan sejumlah besar pengikut; lantas membuktikan gerakan boikot itu mempunyai kesan signifikan terhadap pengaruh selebriti antarabangsa.
Begitupun, tidak semua selebriti terkenal yang menjadi sasaran boikot. Ini memandangkan ada sebilangan yang tidak gentar menyebarkan mesej keamanan buat rakyat Palestin dan pembebasan negara mereka daripada cengkaman rejim Zionis. Salah seorang daripadanya ialah pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett.
Cate, 55 pada hari ini membuat kemunculan di karpet merah Festival Filem Cannes yang sedang rancak berlangsung di Perancis sempena tayangan perdana filem baharu lakonannya, The Apprentice yang merupakan sebuah biopik berkisarkan usahawan serta bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ads
Mengetahui impak kemunculannya di karpet merah berkenaan, Cate mengambil peluang untuk menyarungkan busana satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture dengan aksesori Louis Vuitton pada bahagian bahunya.
Menariknya, Cate secara ‘halus’ menyampaikan tanda solidaritinya kepada rakyat di Palestin menerusi pemilihan warna gaun terdiri daripada hitam pada bahagian hadapan dan hijau pada sebelah dalam gaun yang dapat dilihat setiap kali ia diselak.
Dari beberapa sudut, jelas Cate mewakili warna-warna bendera Palestin apabila bergambar di atas karpet merah yang terbentang.
Ads
Knowing Cate, this is not just a coincidental choice.
Tambahan pula, beliau merupakan Duta Muhibah untuk Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.
Semalam, Cate telahpun menggunakan platform beliau di Cannes untuk menggesa agar industri filem antarabangsa bergerak ke hadapan dengan memaparkan kisah-kisah yang dilalui sendiri oleh para pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan dan keganasan yang berlaku di negara asal mereka.
Ads
“Saya selalu hairan mengapa tidak banyak filem-filem yang berkisarkan kisah mereka (pelarian).
“Mereka yang tidak lagi mempunyai tempat tinggal masih mempunyai suara, mereka mempunyai kisah sendiri dan ia hebat malah memberi inspirasi.
“Apa yang ingin saya sampaikan kepada mereka (produksi dan pelakon), apabila mereka memikirkan pengarah yang mereka idamkan untuk bekerjasama atau kisah yang mereka rasakan menarik… apa kata senaraikan orang yang tidak kelihatan seperti anda, yang tidak mempunyai pengalaman seperti anda dan lihat kisah-kisah yang ingin anda sampaikan (kepada penonton antarabangsa),” katanya dalam sidang media.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asid glikolik bukan lagi asing dalam dunia kecantikan. Ramai remaja mengenalinya sebagai bahan dalam produk skincare untuk mencerahkan wajah dan merawat jerawat. Namun tahukah awak, asid glikolik sebenarnya bukan hanya untuk kulit wajah sahaja? Ia mempunyai pelbagai kegunaan lain yang mungkin mengejutkan ramai.
Pakar dermatologi, Dr. Neera, menjelaskan bahawa asid glikolik ialah sejenis pengelupas (exfoliant) kimia yang mampu menyingkirkan sel kulit mati, minyak berlebihan dan kotoran pada permukaan kulit. Selain wajah, ia juga bermanfaat untuk kulit kepala, badan, dan bahkan tapak kaki.
Mari kita tengok 4 manfaat asid glikolik yang jarang orang tahu:
1. Rawat Masalah Kulit Kepala
Kalau rambut cepat berminyak atau kulit kepala mudah mengelupas, asid glikolik boleh jadi penyelamat. Hanya sapu pada kulit kepala, biarkan selama 10 minit dan bilas dengan syampu. Amalkan 1–2 kali seminggu untuk singkirkan lebihan minyak dan kotoran yang tersumbat.
2. Kurangkan Jerawat di Belakang Badan
Jerawat badan, terutamanya di belakang, memang boleh buat rasa kurang yakin. Asid glikolik boleh disembur pada bahagian tersebut 3–4 kali seminggu. Ia membantu membersihkan pori dan mengurangkan pertumbuhan jerawat baru.
3. Atasi Keratosis Pilaris & Kulit ‘Strawberi’
Keratosis pilaris (kulit kasar berbintik) dan keadaan kulit strawberi (pori tersumbat hingga kelihatan gelap) memang biasa dialami remaja. Dengan sapuan asid glikolik 3–4 kali seminggu menggunakan kapas, kulit jadi lebih licin dan bersih. Jangan lupa gunakan pelembap urea selepas itu untuk elakkan kulit kering.
4. Melembutkan Tapak Kaki Merekah
Masalah tumit merekah bukan sahaja menyakitkan malah boleh menyebabkan bau kaki. Dengan sapuan asid glikolik secara konsisten, ia membantu melembutkan kulit keras dan menghalang bakteria daripada membiak di celah rekahan.
Cara Guna Asid Glikolik Dengan Selamat
Walaupun manfaatnya banyak, asid glikolik perlu digunakan secara berhati-hati:
Lakukan patch test sebelum guna.
Elakkan guna berlebihan, cukup beberapa kali seminggu.
Sebaiknya pakai pada waktu malam.
Gunakan sunscreen jika dipakai siang hari kerana kulit lebih sensitif pada UV.
Bonus: Kunyit Juga Baik Untuk Kulit
Selain asid glikolik, bahan semula jadi seperti kunyit turut mempunyai khasiat untuk kulit. Ia kaya dengan anti-oksidan dan anti-radang yang membantu merawat jerawat, memudarkan parut, melambatkan tanda penuaan dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
✨ Kesimpulannya, asid glikolik bukan sekadar untuk wajah. Dari kulit kepala, badan hinggalah ke tapak kaki, ia boleh membantu remaja mendapatkan kulit yang lebih sihat, bersih dan glowing. Tapi ingat, gunakan dengan cara betul supaya kulit kekal selamat dan terlindung.
Jenama solek tempatan BeauTyra baru-baru ini mengumumkan dalam mesej ringkas di media sosial bahawa mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada pembeli selepas lima tahun dalam perniagaan kosmetik dan wangian.
Pagi ini, pengasasnya, Tyra Kamaruzzaman, mengumumkan di Twitter bahawa ia akan memulakan perjalanan transformasi dan tidak akan lagi menjual produk solek ikoniknya.
Walaupun BeauTyra tidak mengesahkan sebab keputusan mendadak itu diambil, jenama itu mengakui bahawa ia memainkan peranan penting dalam kehidupan ramai wanita muda yang ingin kelihatan cantik dan manis.
“BeauTyra bukan sekadar jenama solekan. Ia memegang nilai sentimental yang kuat bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada ramai orang lain di luar sana. Produk kami bukan sahaja kelihatan cantik di atas meja solek, ia memegang banyak kisah ramai orang yang suka membuat diri mereka kelihatan lebih cantik daripada yang sedia ada.
“Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada produk solek yang menentukan diri anda dan kehidupan anda dengan cara tertentu,” tulis pengasasnya dalam satu kenyataan.
Tyra juga mengakui bahawa jenama itu telah dipuji ramai pihak kerana memperjuangkan ‘inclusivity’ sejak penubuhannya
“Saya berbangga untuk mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, kami kekal dengan apa yang kami percaya dan kami semakin gemar meletakkan nilai ‘inclusivity’ tersebut dalam perkara yang kami cipta,” kata Tyra.
Sejak diperkenalkan pada 2018, BeauTyra telah mengeluarkan beberapa barangan solekan yang terbukti popular di kalangan pelanggannya, termasuk body mist, gincu dan pemerah pipi, yang kesemuanya tidak akan dijual lagi.
Jenama itu juga menjadi tajuk utama tahun lepas apabila mengumumkan kerjasama rasmi dengan Disney dalam mengeluarkan barisan produk kosmetik mereka sendiri.
Aloooo….min dahlah suka sangat produk Beautyra! Agak-agaknya kenapa eh mereka tutup perniagaan? Kalian rasa sebab apa?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Beautyra
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan adanya teknologi yang semakin luas diterokai sekarang, bukan hanya industri utama dunia yang memperoleh manfaat. Industri kreatif seperti fesyen juga sudah semakin aktif menggunakan kepakaran teknologi bagi menghasilkan sesuatu yang boleh memberikan manfat kepada alam sekitar.
Haa, jangan ingat teknologi yang akan merosakkan bumi kita.
Dengan teknologi juga, kita boleh menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada bahan buangan tau!
Inisiatif ini telah diambil oleh dua jenama ‘adik-beradik’ pada akhir tahun ini iaitu H&M dan Monki. Mana tahu selepas ini korang juga akan memakai baju yang dihasilkan daripada kertas yang telah dikitar semula?
.
.
H&M
Seperti tahun-tahun sudah, H&M kembali semula dengan koleksi H&M Conscious Exclusive bagi musim luruh/sejuk 2020.
Kali ini, bahan-bahan yang ditransformasi menjadi pakaian dan aksesori yang boleh dibeli di stor ini telah betul-betul dipilih daripada bahan buangan dan membuktikan bahawa teknologi mampu merealisasikan misi penghasilan produk H&M yang mesra-alam.
Untuk pengetahuan, terdapat fabrik yang diperbuat daripada sisa pokok (wood pulp) bagi menghasilkan pakaian baru yang selesa dipakai, cantik dipandang dan menyerlahkan lagi stail seorang pemakain. Selain itu, penulis juga tertarik dengan aksesori wanitanya yang bold dan edgy. Apabila mengetahui ianya diperbuat daripada besi buangan dan bahan biomass, kami seakan tidak percaya hasilnya bole menjadi secantik ini.
Menariknya, kali ini H&M mengembalikan helaian pakaian untuk lelaki bagi koleksi ini. Ia termasuklah pilihan kemeja, jaket, seluar dan tuksedo!
.
.
MONKI
Koleksi Monki Green Machine merupakan usaha jenama tersebut untuk membantu pengilang operasi membezakan material kapas dan poliyester serta mengitar semula dua material tersebut menjadi koleksi fesyen terjual.
Misi ini menjadi realiti dengan sistem ‘Mesin Hijau’ hasil penyeidikan yang dilakukan di antara H&M Foundation dan HKRITA (Hong Kong Research Institure of Textile and Apparel).
Bahan fabrik yang dikitar semula menjadi material baru.
Koleksi pertama Monki menggunakan sistem ini telahpun dijual melalui laman web rasmi mereka dan ia terdiri daripada beberapa pakaian yang biasa kita gayakan seperti hoodie, seluar trek dan sebagainya. Walaupun projek ini masih pada skala yang kecil, namun Monki bercita-cita untuk memperluaskan lagi penciptaan koleksi fesyen mesra-alam ini pada musim luruh 2021.
*
*
Khas untuk musim percutian akhir tahun ini, H&M turut memperkenalkan koleksi khas yang boleh korang miliki.