Sedari tahun lalu, masyarakat di seluruh dunia sudahpun terbiasa memakai pelitup sebagai sebahagian daripada norma baharu mereka menjaga keselamatan dan kesihatan menentang wabak COVID-19 yang merebak.
Pejam celik, sudah setahun sejak masyarakat di Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.
Pelbagai jenis pelitup muka telahpun menemui pasaran. Ada yang diperbuat daripada kertas, ada yang mempunyai jumlah lapisan berbeza dan ada juga yang diperbuat daripada material kain.
Pendek kata, kita mempunyai berbagai-bagai pilihan untuk dipilih.
Justeru, kemunculan pelitup muka terbaru oleh pempengaruh media sosial, Jaja Talib menerusi jenama Brownskin Beaute HQ telah menarik perhatian penulis dek kerana rupanya yang sedikit berlainan daripada pelitup muka biasa.
Penulis sempat menghubungi Jaja setelah pelitup muka bernama #BSignatureMask ini menemui pasaran sejak Jumaat lalu. Dengar cerita, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
“Alhamdulillah, sambutan amatlah luar biasa daripada pelanggan lelaki dan perempuan kerana warna ‘Black Mamba’ dan ‘Browny Brown’ yang kami keluarkan mudah untuk disuai padan dengan apa-apa gaya. Ia bersifat uniseks, sesiapa saja boleh memakainya.
“Ada yang membelinya untuk kegunaan sendiri, malah ada juga yang memborongnya untuk diberikan kepada kenalan mereka.
Lelaki pun nampak ‘helok’ dengan pelitup muka ini!
“Idea untuk memperkenalkan #BSignatureMask ini hadir kerana saya ingin menggalakkan pemakai pelitup muka untuk lebih yakin dengan gaya mereka sambil menjaga keselamatan serta kesihatan peribadi. Pelitup muka tidak seharusnya membuatkan stail pakaian kita ‘off’.
Ads
“Lalu, apabila mood mereka serta-merta meningkat bila memakai #BSignatureMask dengan pilihan pakaian mereka, itu sudah cukup bagus untuk saya,” kata Jaja.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Jaja pernah memperkenalkan beberapa produk lain di bawah jenama Brownskin Beaute seperti lip scrub dan lip balm.
Okay.. dari segi stail, memang #BSignatureMask ‘menang’.
Pelitup muka ini didatangkan dengan rantai yang boleh disangkut pada pelitup muka. Sekaligus, lebih mudah untuk korang tanggalkan pelitup muka tanpa perlu menyimpannya ke dalam beg.
Tapi persoalan utama, adakah ia selesa untuk dipakai?
Kata Jaja, “Satin ada banyak jenis. Untuk #BSignatureMask, saya memilih fabrik satin jenis matte yang selesa pada kulit dan tidak panas. Teksturnya terasa lembut dan berkualiti premium, tetapi pada harga mampu milik.
“Rantai yang kami gunakan juga tidaklah berat, nampak saja seperti itu. Ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada stail OOTD korang. Tak perlu susah-susah untuk memilih rantai sudah,” jelasnya.
Berkenaan trend pempengaruh di media sosial kebelakangan ini yang giat mengeluarkan merchandise masing-masing, Jaja tidak berpendapat ada ‘saingan’ di antara mereka semua.
“Itu semua soal rezeki masing-masing. Sebagai influencer, saya gembira apabila ramai yang merebut peluang dan ‘masa dikenali’ ini untuk memperkenalkan produk masing-masing.
“At the end of the end, ia berbalik kepada tujuan mereka menceburi bidang perniagaan ini. Adakah ia hanya untuk mengikut trend ataupun kita ada perancangan jangka masa panjang, semua itu terpulang kepada diri sendiri.
“Yang penting sebagai pelanggan, kita wajar menyokong produk keluaran lokal okay!” katanya penuh ceria.
Haa, bagi korang yang nak dapatkan pelitup muka #BSignatureMask oleh Jaja Talib ini, korang boleh kunjungi akaun Shopee Brownskin Beaute HQ. Ia dijual pada harga RM25 tanpa termasuk kos penghantaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menyertai pertandingan ratu cantik bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya peserta perlu memberikan tumpuan 100% agar prestasi kekal terjaga sekaligus mengharumkan nama negara yang dibawa bersama.
Terbaharu daripada dunia ratu cantik Malaysia, gadis berusia 20 tahun, Dheper Reshaa Teh mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Teen Universe 2022 setelah ditunda tahun lalu dek pandemik Covid-19.
Dalam acara yang berlangsung di Dubai itu, dia telah berjaya menggondol gelaran Miss Teen Elegance.
Biarpun tidak tersenarai dalam kedudukan tiga peserta terbaik, namun sedikit sebanyak kemenangan menerusi kategori tersebut menunjukkan kesungguhan dan semangat juangnya berjaya membuahkan hasil.
“Saya sangat gembira dan berbesar hati kerana dinamakan Miss Teen Elegance. Gelaran ini adalah salah satu gelaran yang paling penting, dan seorang wanita pastinya memerlukan keanggunan!
Saya berterima kasih untuk gelaran yang diberi ini. Banyak usaha telah saya curahkan untuk pertandingan ini, dan saya gembira usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Selain itu, gdis berkulit sawo matang ini turut berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan tim Malaysia yang menyokongnya tanpa henti sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Gelaran Miss Teen Universe 2022 telah jatuh kepada wakil dari Peru, Daniela Lei. Manakala, wakil dari negara jiran Malaysia, Filipina menerusi perwakilan Kylie Luy telah berjaya dinobatkan sebagai Miss Teen Asia 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Edisi kelima Miss Universe Laos telah pun melabuhkan tirai pada Sabtu lalu menyaksikan Payengxa Lor dinobat sebagai pemenang.
Seiring kemenangannya itu, dia mendapat mandat untuk mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung Januari tahun hadapan bertempat di New Orleans, Amerika Syarikat.
Gadis berusia 21 tahun ini cukan calang-calang orangnya. Di merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Kolej Lao-American dan dalam masa yang sama bergelar seorang guru bahasa Inggeris.
Selain itu, wanita cantik ini merupakan seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang dikenali sebagai Hmong Women Network. Pertubuhan tersebut merupakan satu platform untuk memperkasakan wanita.
Setelah memenangi mahkota Miss Universe Laos, Lor mendedikasikan kemenangannya di Instagram. Dia menyatakan bahawa kemenangannya merupakan satu langkah pertama dan masih ada langkah seterusnya yang harus di lalui.
Dia juga berterima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang telah memberikan sokongan sejak permulaannya menyertai pertandingan itu.
Selain Payenxa, Phaimany Lathsabanthao dan Lattana Munvilay telah diumumkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga, manakala Soudthida Bounluetai dan Souphaphone Houngheuang menamatkan saingan sebagai 5 finalis terbaik.
Laos mula menghantar wakil ke Miss Universe pada 2017, setakat ini tiada lagi wakil negara itu berjaya menembusi jajaran semifinalis. Namun pada tahun 2018 menerusi wakilan On-anong Homsombath, Laos telah memenangi kategori Kostum Nasional terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Lebatkan Kening Guna 4 Jenis Minyak Ini, Tak Perlu Guna Pensel Celak!
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.