Baru sahaja hendak dapatkan vibe hari yang ceria, kamu terus tarik muka apabila berdepan dengan bayangan diri dalam cermin. Semuanya gara-gara munculnya satu lagi jerawat pada wajah!
Hendak diikutkan, siapa je yang inginkan kehadiran jerawat secara tiba-tiba? Tambahan pula apabila kamu perlu berdepan hari yang penting, tentunya sesiapa pun ingin tampil sehabis baik demi impresi pandang pertama.
Namun itulah kehidupan remaja namanya, pimples come and go as they wish. Ia sebahagian daripada norma perubahan hormon pada diri masing-masing. Cuma part ‘go’ itu kadangkala sukar untuk diramal bila. Adakala, jerawat boleh bertindak ‘degil’ dan kekal pada wajah untuk berminggu-minggu lamanya. Mulalah terasa nak picit je kan!
Hold up, sebelum korang lakukan tindakan yang akan korang sesali.. cuba dulu lima cara home hacks yang REMAJA cadangkan ini untuk mengecutkan jerawat sepantas tiga hari sahaja.
01
Magis Ais
Siapa sangka, barangan paling mudah yang boleh kamu gunakan ada di dalam peti ais.
Ya! ais boleh menenangkan jerawat menyakitkan. Balut beberapa ketulan ais di dalam kain ataupun beg plastik sandwic. Kemudian, tekan secara perlahan pada kawasan jerawat yang meradang selama tiga ke empat minit hingga bengkak jerawat berkurangan.
02
Kurangkan Pengambilan Makanan Seperti..
Benar kata orang, you are what you eat! Kesan pengambilan makanan sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh setiap orang memberi reaksi ke atasnya.
Ada pantang-larang yang perlu dipatuhi memandangkan ada jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit.
Ads
Elakkan makanan berlemak dan bergoreng memandangkan karbohidrat serta lemak akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Glukosa berlebihan seperti yang diketahui ramai boleh meransangkan kehadiran jerawat.
Selain itu, makanan yang bukan daripada sumber asli seperti makanan yang diproses dan ditinkan berlebihan boleh menjejaskan kulit berjerawat.
Oleh itu, jagalah pantang-larang pemakanan jika ingin mengecutkan jerawat. Amalkan pengambilan makanan seimbang daripada sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari.
03
Tukar Sarung Bantal
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan wajah agar bebas daripada jerawat adalah penjagaan kebersihan di sekeliling. Sedar atau tidak, tempat paling lama kita berada pada setiap hari adalah di katil sendiri sewaktu tidur.
Oleh itu, jagalah kebersihan pada permukaan katil bermula dengan menukar sarung bantal baharu sekerap sekali seminggu. Sarung bantal adalah lokasi di mana kotoran, minyak, peluh dan rambut melekat lalu membentuk tempat pembiakan bakteria yang merbahaya pada kulit wajah. Jangan malas untuk menukar sarung bantal kamu ya.
Ads
Alang-alang tukar sarung bantal, rajinkan juga diri untuk menukar kepada tuala baharu sekerap setiap minggu.
04
Lindunginya Dengan..
Jika tiga home hacks di atas belum berkesan untuk mengecutkan jerawat kamu dengan segera, cara terbaik bagi mendapatkan semula keyakinan adalah melindungi jerawat menggunakan concealer sahaja.
Tapi ingat! Jangan memilih concealer sebarangan. ‘Laburkan’ sedikit wang untuk mendapatkan produk yang mengandungi asid ‘salicylic’ seperti Nurish Organiq Teen Anti Acne Gel yang boleh mengecutkan jerawat selepas beberapa kali aplikasi.
05
Kehebatan Minyak Tea Tree
Ads
Satu lagi bahan utama untuk mengurangkan keradangan jerawat adalah minyak tea tree. Ia merupakan kandungan popular yang telahpun diamalkan sejak turun-temurun bagi menjaga kebersihan dan seri wajah.
Sewaktu berada di farmasi , lihat terlebih dahulu pada senarai kandungan produk dan pastikannya mempunyai minyak tea tree; seperti yang ada pada Nurish Organiq Tea Tree Oil!
Produk ini mengandungi 100 peratus minyak tea tree tulen dari Australia dan ia terbukti dapat menenangkan kemerahan kulit dengan sekali aplikasi sahaja.
Terkini, Nurish Organiq Tea Tree Oil hadir dalam pek promo yang menawarkan dua produk terlarisnya; Anti-Acne Foamy Cleanser dan Anti-Acne Moisturizer secara percuma!
Kamu boleh dapatkan pek promo Nurish Organiq Tea Tree Oil ini di cawangan Watsons terpilih atau KLIK SINI untuk mendapatkannya di E-Store Watsons.
Sekali lagi, REMAJA ingin ingatkan agar kamu tidak picit jerawat pada wajah! Cuba dahulu cara-cara yang kami senaraikan di atas dan lihat hasilnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenapa Badan Sentiasa Berbau Sedangkan Mandi 3 Kali Sehari!” Mungkin ini persoalan biasa yang ada diantara kamu sering persoalkan. Seolah rasa dunia ini cukup tidak adil. Percayalah, sesiapa pun tak ingin mempunyai masalah bau badan.
Tapi sayangnya masalah ini boleh menimpa sesiapa sahaja, terutamanya dengan keadaan cuaca tropika seperti negara kita. Perkara pertama yang kamu perlu ketahui ialah setiap orang mempunyai bau badan yang khas masing-masing. Tapi kenapa badan boleh berbau?
Yang nyata jika tidak mandi, bersihkan badan dan menggunakan produk seperti sabun, deodora atau pewangi masalah itu pasti akan muncul. Tapi ada juga orang yang lakukan semua itu tetap berdepan masalah ini. Bagaimana ia boleh berlaku?
Jom ikuti 7 fakta tentang bau badan yang harus kamu tahu.
1. Badan ada dua kelenjar berbeza
Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.
2. Rambut boleh mengeluarkan bau
Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.
3. Deodoran penyelamat ketiak
Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.
4. Jalani terapi medik
Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.
5. Pengaruh makanan
Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.
6. Jangan lakukan secara berlebihan
Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.
7. Akibat stres
Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor Swift mungkin tidak berjalan di karpet merah acara American Music Awards 2022 yang berlangsung pada hari ini.
Bagaimanapun, penyanyi yang baru muncul dengan album Midnights itu nyata tidak mengecewakan apabila melakukan penampilan mengejut semasa menerima trofi bagi kategori Album Pop Kegemaran dengan mengenakan jumpsuit keemasan.
Taylor, 32 yang masih dalam tempoh promosi bagi single terbarunya, Bejeweled daripada album Midnights dilihat terus-menerus mengenakan busana mengilau di beberapa acara kebelakangan ini termasuklah di MTV Europe’s Music Awards 2022.
Menurut Swifties, ia adalah sebahagian daripada promosi kepada video muzik Bejeweled yang menampilkan Taylor dalam look serba retro.
Begitupun, jumpsuit rekaan The Blonds yang disarungkannya pada hari ini mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar tujuan promosi. Ia merupakan cara Taylor melakukan tribute kepada busana rekaan Reem Acra yang pernah dipakainya di acara anugerah yang sama, 11 tahun lalu.
Taylor bekerjasama dengan penata gaya, Joseph Cassell Falconer dan memilih mood serba glamor pada kali ini. Ia termasuklah aksesori cincin emas daripada Delfna Delettrez dan Anita Co dan gelang berlian serta anting-anting berbentuk pedang daripada Vram.
Taylor dirias ringkas dengan gincu ‘signature merah dan membiarkan rambut perangnya dialun effortless ke tepi bahu.
Selain kategori Album Pop Kegemaran bagi album Red (Taylor’s Version), Taylor juga membawa pulang beberapa trofi lain termasuklah untuk kategori Video Muzik Kegemaran, Artis Country Wanita Kegemaran, Album Country Kegemaran dan Artis Tahunan.
“Andalah yang mendorong saya dan oleh itu, lebih banyak muzik saya hasilkan lebih gembira saya jadinya. Saya harus berterima kasih kepada peminat atas kegembiraan saya dan saya sayangi anda lebih daripada yang dapat saya ungkapkan,” ucapnya.
Dalam pada itu, tahun 2022 nyata membawa makna buat Taylor yang telah mencapai pelbagai bentuk kejayaan termasuklah menerima gelaran Doktor Falsafah daripada Universiti New York.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap popular, MK K-Clique mengakui sudah berdamai dengan kisah silam yang pernah dilaluinya dan kini memilih untuk lebih menghargai kehidupan bersama keluarga.
Menurut penyanyi...