Filem aksi lakonan teraju utama Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie, The Assistant akhirnya sudah menemui penonton di pawagam selepas penangguhan tayangannya awal tahun ini. Filem arahan Adrian Teh ini juga telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali.

The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Bermula episod balas dendam kerana Zafik ingin mencari pembunuh yang membunuh isteri dan anak lelakinya ketika dia berada di dalam penjara.

Bukan Sekadar Filem Aksi, The Assistant Lari Daripada Plot Klise
Foto: Sony Pictures

Apa yang boleh kami katakan, korang bakal menyaksikan sebuah filem yang lari daripada kebiasaan kerana mempunyai jalan cerita yang agak berbeza daripada filem-filem Malaysia sebelum ini. Namun begitu, sedikit kelemahan yang kami lihat adalah penonton rasanya boleh meneka sebahagian daripada plot filem ini dan ia membuatkan penonton rasa sedikit hilang teruja untuk melihat babak-babak seterusnya.

IKLAN

Namun, pujian perlu diberikan kepada pelakon utama filem ini kerana Iedil dan Hairul berjaya membawa watak dengan baik, lebih-lebih lagi lakonan emosi yang ditonjolkan oleh Iedil Dzhuhrie. Babak-babak aksi yang dipaparkan dalam filem ini juga boleh diberikan pujian kerana tidak terlalu keterlaluan jika kami katakan ia sebaris dengan filem aksi luar negara.

Bukan Sekadar Filem Aksi, The Assistant Lari Daripada Plot Klise
Foto: Sony Pictures
Bukan Sekadar Filem Aksi, The Assistant Lari Daripada Plot Klise
Foto: Sony Pictures

Cuma, di akhir filem ini agak meleret dan kami rasanya ia patut lebih awal dihabiskan bagi mengelakkan penonton menjadi bosan. Walau bagaimanapun, filem The Assistant masih berbaloi untuk ditonton dan pastinya ia menjanjikan satu kelainan untuk korang.

IKLAN

Jangan lupa saksikan The Assistant yang kini sudah pun ditayangkan di pawagam. Selamat menonton!

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI