Pelakon popular Korea, Yeo Jin Goo, baru-baru ini mencuri perhatian peminat K-Drama apabila mengumumkan penyertaannya ke dalam latihan ketenteraan menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang penuh emosi. Pengumuman itu dibuat semasa siri jelajah ‘Blank Space’ bersempena ulang tahun ke-20 yang berlangsung di beberapa negara Asia.
Difahamkan, di setiap perhentian jelajah tersebut, pelakon yang dikenali menerusi drama popular seperti Hotel Del Luna dan The Crowned Clown itu menghadiahkan surat tulisan tangan kepada peminatnya sebagai tanda penghargaan dan juga untuk berkongsi berita penting tersebut.
Menerusi suratnya, Jin Goo menulis setiap butiran ayat dengan penuh perasaan dan penuh kasih sayang.
“Ketika menulis surat ini, hati saya dipenuhi rasa syukur, teruja, dan sedikit sedih. Masa telah tiba untuk saya menjauh seketika daripada anda semua dan memulakan pengalaman baru,” katanya.
Pelakon berusia 28 tahun itu turut meluahkan betapa bermaknanya peluang untuk bertemu dan ketawa bersama peminat dalam jelajah terakhirnya sebelum berangkat. Jelasnya, kenangan itu akan kekal sebagai memori paling berharga sepanjang kerjaya beliau.
Ads
“Sejak awal perjalanan saya sebagai pelakon hingga sekarang, anda semua yang sentiasa menyokong dan memberi semangat tanpa henti. Disebabkan kasih sayang dan dorongan anda, saya mampu terus maju dengan penuh semangat,” tulisnya lagi.
Dalam surat yang sama, Jin Goo berjanji akan kembali dengan versi diri yang lebih matang dan kuat selepas rasmi tamat latihan ketenteraan nanti. Beliau juga sempat menitipkan pesanan kepada peminat tersayang agar sentiasa menjaga kesihatan dan terus hidup dengan gembira sepanjang tempoh ketiadaannya.
Menutup suratnya dengan nada berseloroh, Jin Goo berkata, “Jangan terlalu sedih! Anda masih ada 30 drama, rancangan variety dan 20 filem untuk mengingatkan anda tentang saya! Bila rindu, tonton semula ya (anda akan tunggu, kan..?).”
Sementara itu, di media sosial pula, para peminat di seluruh dunia mula membanjiri komentar dengan ucapan semangat dan doa agar Yeo Jin Goo menjalani perkhidmatan ketenteraan dengan baik serta kembali ke industri hiburan dengan lebih kuat daripada sebelumnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin ramai remaja berjaya membuktikan kemampuan membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. Jika dahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pembelian rumah kedua (ya KEDUA!) oleh penyanyi, Masya Masyitah.
Kali ini, tiba giliran pelakon, penyanyi serta ikon fesyen tempatan, Daiyan Trisha pula untuk menempa kejayaan yang sama.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, Daiyan telah berkongsi beberapa keping gambar dan video banglo mewah dua tingkat yang dibelinya dengan penuh keceriaan.
Bintang drama bersiri Projek: Anchor SPM ini menerusi bahagian kapsyen meluahkan rasa syukurnya terhadap rezeki Allah SWT sehinggakan dia mampu membeli rumah mewah tersebut.
“Level up. Alhamdulillah gadis anda mendapat rumah baru!”
Perkongsian anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pujian daripada rakan selebriti dan pengikut.
Malah, kejayaan ini juga dilihat sebagai contoh terbaik kepada anak muda untuk bekerja keras bagi mengumpul aset. Jika ada usaha pasti kejayaan akan mengiringi kita, bukan?
Semoga kisah Daiyan miliki rumah pada usia muda ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai remaja di luar sana untuk terus berusaha.. Tiada apa yang mustahil tau!
Namun sekiranya kita masih belum mampu untuk mencapai cita-cita tersebut, jangan pula berasa sedih dan rendah diri. Rezeki orang lain-lain, mungkin Allah hendak berikan korang rezeki yang lain pula kan?
Terdahulu, REMAJA pernah juga berkongsi mengenai pengalaman pelakon dan penyanyi ini semasa dia membeli rumah pertamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan rambut ponytail Ariana Grande?
Okay…ARIANA GRANDE memanglah seorang penyanyi dengan vokal mantap, semua remaja mengenalinya. But THAT ponytail, now THAT is iconic.
Ariana tidak pernah jemu untuk menggayakan rambut tocangnya ke mana-mana saja untuk bertahun-tahun lamanya. Tak kisahlah jika warga net sedunia mengecamnya kerana stail rambut yang sama, Ariana masih akan mengikat rambut panjangnya ke atas seperti kebiasaannya.
Jadi apabila REMAJA mendapat tahu penyanyi Thank You, Next itu bertindak memotongnya, tentulah kami terkejut!
Tapi relax, ia hanyalah bagi tujuan video promosi bagi minyak wangi terbarunya yang dinamakan – drum roll please – Thank You, Next!
Sebelum ini, Ariana pernah melancarkan beberapa wangian lain seperti Sweet like Candy, Ari, Moonlight dan Cloud. Kini dengan wangian Thank You, Next, Ariana memilih untuk melakukan parodi terhadap klip video lagunya sendiri.
Ia bermula dengan babak sama mirip filem Mean Girls seperti..
“I heard that Ariana has a new perfume.” dan
“Rumor has it, she put part of her ponytail in it.” Hhm, setelah pelakon klip tersebut menyebut ayat tersebut, Ariana muncul serta merta dan memotong rambut tocangnya dan memasukkannya ke dalam botol wangiannya. Tonton klip promosi tersebut di bawah.
Kami tahu ia hanyalah gimik semata-mata. Takkanlah Ariana sanggup menggadaikan rambutnya, after all she BOUGHT it – remember?
Namun ia adalah gimik yang menjadikan klip promosi ini lebih menarik dan akan menjadi viral di kalangan peminatnya.
Wangian Thank You, Next.
Untuk pengetahuan korang, wangian Thank You, Next ini menggabungkan bauan seperti pear putih, rasberi putih, kelapa, kelopak mawar merah jambu dan musk. Buat masa ini, masih belum ada berita sama ada ia boleh didapati di pasaran Malaysia.
Tapi kami pasti ia boleh didapati kelak di laman web seperti di Lazada, Shopee dan lain-lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pelawak serba boleh, Ebby Yus, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art) oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS).
Pelakon berusia 59 tahun itu menzahirkan rasa kesyukuran dan rendah diri apabila menerima anugerah tersebut.
Menurut Ebby, yang terkenal dengan filem I Know What You Did Last Raya itu, pada awalnya dia menolak pencalonan untuk anugerah berkenaan.
“Ketika pihak mereka menghantar surat pencalonan dua minggu lalu, saya jawab secara baik menolak kerana saya rasa tak layak,” katanya.
Baginya, dia merasakan ilmu persilatannya belum cukup untuk menerima penghargaan tinggi itu. Namun, sokongan dan nasihat dari rakan baiknya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin, mengubah pandangan Ebby.
Menurut Ustaz Ashraf, pelawak itu terpilih kerana sumbangannya dalam memartabatkan seni silat dalam industri hiburan tanah air.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka, dan disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.
Ebby menerima anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan sumbangannya terhadap seni silat.
“Walaupun saya tidak mengharapkan anugerah, apabila diberi, saya terima dengan hati terbuka. Ini adalah satu penghargaan atas kerja keras saya selama ini dan juga menjadi motivasi untuk terus memartabatkan silat,” jelas Ebby lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!