Penyanyi terkenal dan anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeyong baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya meraih kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan dalam latihan perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.
Memetik laporan media Korea Selatan, sejak mula menjalani latihan ketenteraan, para peminat NCT iaitu NCTZEN sememangnya sedia maklum dengan komitmen dan kemampuan Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Tae Yong (30) daripada menjadi seorang pelatih biasa dalam pasukan ketenteraan Angkatan Laut kemudian naik kepada kelas satu, koperal dan kini secara rasmi diiktiraf sebagai sarjan.
Pada masa yang sama, peminat dari seluruh dunia turut meluahkan rasa bangga mereka terhadap idola kesayangan di media sosial. Selain itu, ramai yang memuji dedikasi Taeyong dan bagaimana pelantun lagu ‘Love Theory’ dan ‘Long Flight’ mampu membawa semangat sama seperti di atas pentas ke medan ketenteraan, membuktikan bahawa beliau bukan hanya seorang idola biasa.
Ads
Walaupun jauh dari spotlight K-pop buat sementara waktu, perkembangan Taeyong dalam ketenteraan tetap mendapat perhatian serta NCTZEN menyifatkan ini sebagai satu inspirasi, terutamanya buat golongan muda yang mengikuti perjalanan kerjaya beliau sejak awal.
Kenaikan pangkat Taeyong ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kerjaya tenteranya, tetapi juga mencerminkan karakter sebenar beliau yang disiplin dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Sekadar info, pangkat koperal adalah satu tahap penting dalam struktur ketenteraan. Seorang koperal biasanya diberi tanggungjawab untuk mengawasi prestasi anggota bawahan di bawah arahannya, dengan tugasan yang datang terus daripada sarjan.
Ads
Sementara itu, dalam konteks perkhidmatan tentera, koperal dianggap sebagai antara pangkat permulaan dalam kalangan pegawai bintara dan berperanan sebagai ketua bagi satu unit kecil atau regu tentera.
Kini setelah dinaikkan pangkat, Taeyong memegang status sebagai sarjan iaitu satu pangkat yang diberikan kepada anggota tentera yang telah menunjukkan kemahiran, disiplin dan pengalaman yang kukuh, bertugas memimpin pasukan, bertanggungjawab dalam aspek latihan, kebajikan, dan disiplin anggota di bawahnya.
Menerusi status baharu sebagai sarjan, tak mustahil prestasi Taeyong akan terus menyerlah. Apa yang pasti, peminat akan terus menyokong dari jauh sehingga hari beliau kembali semula ke dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja melancarkan muzik video terbaru Lovesick Girls baru-baru ini, timbul pula isu yang dibangkitkan oleh persatuan jururawat Korea Selatan mengkritik penampilan uniform jururawat yang dikatakan tidak betul dan terlalu singkat.
Salah seorang anggota Blackpink, Jennie telah memakai uniform jururawat yang agak seksi bersama kasut tinggi di dalam video tersebut mengundang rasa tidak puas hati oleh persatuan jururawat di Korea.
Mereka mendakwa topi, skirt yang pendek bersama kasut tinggi adalah imej yang sangat bertentangan dengan uniform sebenar jururawat dan menjurus ke arah imaginasi seksual yang tidak sepatutnya.
Ekoran daripada situasi itu, pihak YG Entertainment telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan babak yang melibatkan pakaian jururawat kontroversi itu daripada muzik video Lovesick Girls.
“Kami memutuskan untuk memadam semua adegan yang melibatkan pakaian jururawat dalam muzik video Lovesick Girls dan akan menggantikan muzik video dengan versi yang diedit secepat mungkin,”
“Kami juga ingin meminta maaf kepada jururawat yang merasa tidak selesa dengan isu ini dan sekali lagi, kami ingin menyampaikan rasa hormat dan tulus kepada semua petugas kesihatan yang mengabdikan diri untuk kesejahteraan negara. Terima kasih,” jelas YG Entertainment.
Pihak pengurusan Blackpink juga menjelaskan bahawa mereka tidak menyangka adegan itu menjadi isu kerana tiada niat untuk mengguris hati sesiapa pun.
Sama-samalah kita nantikan muzik video Lovesick Girls yang bakal diedit nanti.
Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad dikejarkan ke hospital kelmarin apabila mengalami sakit perut yang keterlaluan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.
Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, isteri kepada Raja Syahiran ini menceritakan detik cemas apabila dia diserang sakit tersebut sehinga perlu dibawa ke hospital.
“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena bedah disebabkan apendiks. Saya sangat bertuah kerana apendiks tu belum pecah. Kalau tak, tak tahu lah.
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat di sebelah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh bergerak. Kalau bergerak lagi sakit. Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk pemeriksaan. Doktor terus tahan di wad,” kongsinya.
Sejurus doktor selesai melakukan pemeriksaan, dia perlu melalui pembedahan untuk mengatasi mengelakkan masalah tersebut berlanjutan.
Ujarnya, “Alhamdullilah pembedahan semalam berlangung pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di Hospital Pakar Avisena kerana menjaga Uyaina sebaik mungkin. Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga bayi di dalam kandungan sihat. Kesian Baby, Aaminn.”
Uyaina yang kini sedang berada di trimester kedua kandungan berkahwin dengan cinta hatinya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2020 yang lalu. Dia mengumumkan mengenai kandungannya kepada umum pada 2 April 2020.
Untuk pengetahuan pembaca, menurut laporan Columbia Asia, rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.
Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Karakter peramah milik Ashraf sememang dikenali di kalangan rakan selebriti, keluarga dan rakan rapatnya. Malah, apabila bertemu dengan orang baharu, Ashraf mudah untuk mendekatkan diri dengan mereka.
Karakter tersebut dilihat diturunkan kepada anak teruna sulungnya, Noah Sinclair. Sekiranya korang selalu mengikuti Vlog yang dimuat naik oleh Bunga Citra Lestari (BCL) di akaun YouTube-nya, pasti korang pernah melihat betapa friendly-nya Noah dengan orang di sekeliling.
Noah dan Ashraf merupakan pasangan ayah dan anak yang cukup rapat. Saban bulan, pasti ada sahaja momen menarik di antara Noah dan Ashraf yang dikongsikan baik oleh arwah sendiri ataupun BCL menerusi Instagram mereka.
Sebagai contoh, pada Ogos tahun lalu, Ashraf pernah ‘dinobatkan’ sebagai Ayah Terbaik apabila menerima piala bertulis ‘Best Dad Ever’ pemberian Noah. Foto tersebut kelihatan seperti diambil di kawasan sekolah Noah.
Malah menerusi salah satu Vlog BCL (baling chocolate cake for Noah – 2019), BCL sempat menunjukkan piala yang diletakkan di dapur kediaman mereka itu.
Bagi arwah, penghargaan itu adalah sesuatu yang berharga.
"It gives me the greatest pleasure to receive this award. The best award of my life so far."
"They grow up too fast…. our baby is no longer a baby…."
Allahyarham Ashraf juga pernah memuat naik foto lukisan Noah pada 30 Ogos 2019 sempena Hari Bapa.
“Im a High Daddy Dragon with Flame, Happiness, Legend and Nature elements.
I couldnt have done it better!
High Daddy Dragon!!!!"
*
Apapun, kami mendoakan agar BCL dan Noah sekeluarga terus tabah dan ceria dengan hari-hari seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.