OMG sedapnya dapat makan budu dengan nasi panas. Tambah lagi dengan ikan bakar…Fuh!
Bila sebut pasal budu, pertama yang tergambar ialah baunya agak menyengat. Kalau bukan asal dari Pantai Timur, budu yang sering digunakan sebagai pencicah makanan, akan menolaknya sebab tak tahan dengan baunya.
Ermmm, kalau kita menolak kerana baunya semata, ternyata amat rugi. Ini kerana di sebalik bau menyengatnya itu kerana diperbuat dari ikan bilis dan ramuan lain, kebaikan budu sangat banyak.
Foto Via Pesona Pengantin
So lepas baca nie, bolehlah cuba-cuba makan ya.
KELEBIHAN BUDU KEPADA KESIHATAN
Budu adalah makanan tradisi yang terkenal di Pantai Timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia telah di istiharkan sebagai ‘Makanan Warisan’ (Heritage Food) oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Budu biasanya di buat daripada ikan bilis dan juga ikan-ikan lain yang diperam atau di fermentasi.
Kajian menunjukkan ia sangat berkhasiat dan membantu kesihatan dan kecerdasan otak. Budu mengandungi kuman baik probiotik yang sangat baik untuk kesihatan usus. Budu juga mengandungi bahan-bahan yang menunjukkan potensi sebagai agen anti kanser.
Ads
Budu terhasil daripada proses hidrolisis ikan dan kuman mikrobial proteases, Rasa dan aroma budu adalah di kerana tindakan mikroorganisma atau kuman proteolitik yang hidup dalam proses pemeraman budu. Biasanya gula melaka dan asam jawa di tambah untuk menjadikan warnanya coklat gelap. Nisbah diantara ikan dan garam adalah rahsia produk masing-masing dari segi rasa dan bau. Kepekatan garam mempengaruhi jenis bakteria dan aktiviti enzimatik yang menyebabkan rasa yang berbeza diantara pelbagai jenama.
Kuman bakteria atau mikroorganisma yang ada didalam budu adalah secara umumnya diklasifikasi sebagai ‘halofilik’. Kuman atau mikroorganisma ini memainkan peranan utama dalam proses degradasi atau pemecahan protin, rasa dan aroma budu ini. Kuman di dalam budu adalah kuman baik atau probiotik yang kita perlukan dalam usus kita.
Kajian menunjukkan kuman bakteria baik di dalam budu adalah micrococcus sp. (yang dominan di permulaan proses fermentasi), staphylococcus sp. – adalah kuman halofilik yang sentiasa ada sepanjang proses fermentasi yang mana kedua-duanya mempunyai aktiviti proteolitik dan lipolitik yang baik.
Ads
Bakteria baik yang di kaji yang ada didalam budu adalah:
Micrococcus luteus
Lactobacillus plantarum LP1 & LP2
Staphylococcus arlettae SA1
Saccharomycescerevisiae SC3
Candida glabrata CG2
Ini jelas menunjukkan budu mempunyai campuran pelbagai jenis bakteria baik probiotik yang berfungsi dalam proses fermentasi dan menjadi bakteria probiotik dalam usus yang baik selepas dimakan.
Tidak dinafikan bahawa budu mempunyai kandungan garam yang tinggi, oleh itu pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit tidaklah memudaratkan berbanding khasiat kuman baik probiotiknya yang sangat baik untuk kesihatan.
Ada juga sesetengah orang akan mendapat masalah alahan atau gatal-gatal apabila makan budu, maka mereka dinasihatkan tidak mengambil budu.
Rujukan: 1. Kheng Yuen Sim, Fook Yee Chye, Ann Anton et al. Probiotic potential and Antimicrobial activities of micro-organisms Isolated From an indigenous Fish Sauce (Budu). Borneo Science 31: September 2012 2. More evidence that fish is brain food”. Reuters. 2009-08-14. Retrieved 23 September 2015 3. Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia Archived September 4, 2010, at the Wayback Machine 4. Lee, YG; Kim, JY; Lee, KW; Kim, KH; Lee, HJ. “Peptides from anchovy sauce induce apoptosis in a human lymphoma cell (U937) through the increase of caspase-3 and -8 activities”. Ann N Y Acad Sci. 1010: 399–404. doi:10.1196/annals.1299.073. PMID 15033760.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bayangkan anda dianugerahkan wang bernilai RM164 ribu atas kecemerlangan di dalam akademik dan kemudiannya memberikan wang tersebut kepada orang lain. Mungkin ada dalam kalangan kita tidak akan berbuat demikian, namun inilah yang telah dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun ini.
Verde Tetteh yang merupakan pelajar di Sekolah Awam Fitchburg, Massachusetts telah diangkat untuk menerima General Excellence Award dari pihak sekolahnya yang mana seiring dengan anugerah itu dia akan disokong dengan sumber kewangan bernilai RM164 ribu untuk tempoh empat tahun pengajiannya di universiti.
Namun gadis bijak ini tidak mementingkan diri, dia yang sudahpun diterima masuk ke Universiti Harvard telah memperoleh biasiswa penuh kerajaan negeri bagi menanggung kosnya sepanjang berada di universiti berprestij itu. Oleh yang demikian, dia membuat keputusan untuk membantu pelajar lain yang mungkin tidak bernasib baik menerima sokongan kewangan.
Dalam ucapannya dia berkata, “Saya sangat bersyukur untuk anugerah ini, tetapi saya tahu yang saya bukanlah orang yang sangat memerlukannya ketika ini. Melihat ibu saya yang belajar di Kolej Komuniti dan bagaimana institusi tersebut membantunya, saya sangat berterima kasih jika pihak pengurusan sekolah mempertimbangkan untuk memberi biasiswa ini kepada rakan-rakan yang akan ke Kolej Komuniti.”
Verde bersama keluarga dan pengetua sekolah.
Dia akan menyambung pelajaran di Universiti Harvard dalam jurusan kimia dalam trek pra-perubatan. Ketika ini dia masih lagi dalam perbincangan bersama pihak sekolah untuk membahagikan wang kemenangan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Untuk pengetahuan pembaca, ibu Verda merupakan seorang imigran Ghana yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan membawa dia bersama sentiasa menekankan bahawa pendidikan adalah penting. Ibunya sendiri telah menerima ijazah sarjana muda dari Kolej Komuniti setempat pada usia 47 tahun dan semuanya dilakukan sambil membesarkannya dan bekerja 80 jam seminggu untuk menampung keluarga.
Kerajaan Arab Saudi menghabiskan hampir AS$15 bilion untuk pembinaan semula kota Al Ula atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Madain Saleh yang di mana mengikut sejarahnya pernah diminta oleh Nabi Muhammad supaya dihindari untuk ke sana.
Nabi Muhammad pernah mengelak kawasan ini kerana terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh. Bagi masyarakat Saudi pula, kawasan yang terletak 1,100 km dari ibu kota Riyadh itu juga dianggap sebagai tempat tinggal roh jahat.
Memetik laporan Arab News, pembinaan yang disasarkan siap menjelang 2035 itu akan menjadikan kota berkenaan sebagai bandar peranginan bagi menarik pelancong datang ke Arab Saudi.
Menerusi laporan Kompas, kota Al Ula telah direkodkan sebagai kawasan kediaman manusia sejak beribu tahun dahulu. Manusia difahamkan telah mengasaskan kota berdinding itu sekitar abad ke-6 SM. Lokasi Al Ula sendiri adalah di Jalan Kemenyan, yang merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Arab, Mesir dan India.
Pada abad ke-7 hingga ke-6 SM, kawasan ini telah didiami oleh kaum Thamud dari Kerajaan Dedanite. Kemudian antara abad ke-5 dan ke-2 SM, Al Ula didiami oleh Kerajaan Lihyan, yang dipimpin oleh dinasti Nabatean. Orang Nabataean memerintah sehingga kira-kira 106 AD, apabila ibu kota mereka, Petra, telah ditawan oleh orang Rom.
Orang Nabatean kemudiannya menjadikan al-Hijr atau Madain Saleh sebagai ibu kota baru mereka dan mengukir kawasan pergunungan berbatu ini sebagai rumah mereka. Tambah laporan itu lagi, selain tinggal di Madain Saleh, kaum Nabatean mengembangkan kawasan Al-Mabiyat menjadi pusat perdagangan. Kawasan ini terus berkembang sehingga 650.
Namun begitu, dalam sebuah sejarah diceritakan bahawa semasa hayatnya, Nabi Muhammad sentiasa mempercepatkan langkahnya ketika melalui Kota Al Ula. Manakala dalam satu kisah, Nabi Muhammad difahamkan tidak akan menoleh ke kanan atau kiri semasa melalui kawasan tersebut.
Selain itu, Ibn Battuta yang telah melalui kota ini dan mencatatkan bahawa kafilah yang bersama dengannya turut keberatan untuk singgah di Al Ula. Keengganan untuk berhenti ini dikatakan dikaitkan dengan Al Ula digelar sebagai kota hantu atau kota terkutuk.
Kononnya, masyarakat Arab menggelar Al Ula sebagai markas jin yang mesti dielakkan kerana Nabatean enggan meninggalkan kepercayaan mereka. Mereka dilaknat kerana tidak menyembah Tuhan, tetapi menyembah para dewa-dewi.
Selain itu, gempa bumi besar yang berlaku ribuan tahun dahulu juga telah menipiskan lapisan ozon bumi. Difahamkan bahawa para saintis telah menemui lubang besar di lapisan ozon atmosfera tepat di atas kawasan ini.
Ini menjadikan kawasan ini berisiko untuk didiami setelah terjadinya gempa bumi besar. Ia boleh merosakkan UV, mendatangkan pelbagai penyakit kulit, kanser, dan kejadian ribut semula jadi. Penyelidik juga turut bersetuju bahawa tidak selamat bagi manusia untuk tinggal di kawasan ini dalam tempoh masa yang lama.
Ini sesuai dengan larangan yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang kota tersebut. Tempat yang menjadi tanda simbol ini, tidak boleh digunakan sebagai tempat keseronokan dan hiburan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Menurut Harian Metro, dianggarkan hampir 500,000 individu rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan ketika ini.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Nasional bagi membantu memberi pertolongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pusat berkenaan bukanlah tempat penyelidikan sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai lokasi kebolehcapaian berkaitan isu kesihatan mental.
Selain kesihatan fizikal, KKM juga turut menitikberatkan isu kesihatan mental kerana kedua-duanya adalah sangat penting. Jadi, dengan adanya pusat kesihatan mental ini, mereka yang mempunyai masalah boleh datang bagi mendapatkan bantuan.
Pihak kementerian juga akan menambahbaik aplikasi MySejahtera supaya individu yang mempunyai masalah kesihatan mental ini boleh mendapatkan bantuan melalui aplikasi berkenaan.
Mengenai kesihatan mental di negara ini, Khairy berkata, laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus, ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.
Pandemik Covid-19 mengakibatkan kebanyakan masyarakat terkesan daripada segi emosi dan kesihatan mental. Isu kesihatan mental kini menjadi satu pandemik senyap (silent pandemic) dengan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).
Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.