Dah jadi kebiasaan masyarakat Malaysia sering mengambil peluang untuk shopping di luar negara ketika pergi bercuti. Malah, ada juga yang memang pergi semata-mata untuk membeli-belah.
Mesti ramai yang tahu tentang Black Friday dan Boxing Day, sales gila-gila yang ramai orang tunggu. Namun, selain black friday, ini ada beberapa lagi acara jualan murah atau sale yang wujud di seluruh dunia.
White Friday
Pada tahun 2014, sebuah laman web berpangkalan di arab telah lancarkan versi black Friday untuk rantau timur tengah tersendiri yang dipanggil White Friday dan biasanya akan berlangsung selama empat hari.
Nama berkenaan diambil sempena penghormatan kepada hari Jumaat yang biasanya dikenali sebagai hari ibadah dan hari untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul di negara arab.
Untuk rekod, pada tahun 2016 sebuah laman web e-dagang di Amerika berjaya menjual 1.2 juta barangan pada hujung minggu white friday tersebut selain peningkatan pelawat ke laman web sehingga 10 kali ganda.
Single’s Day
Ads
Jualan murah hari ‘single’ merupakan sambutan hari jualan terbesar di China yang lebih besar dari gabungan acara Black Friday dan juga Cyber Monday.
Malah, pada tahun 2017, ia mencatatkan keuntungan 4 kali ganda selain bukan sahaja menjadi fenomena di China tetapi juga seluruh dunia! Namanya diambil sempena tarikh tersebut iaitu 11.11 dan mula diperkenalkan oleh pelajar universiti sekitar tahun 1990-an.
Untuk rekod, jualan hari single terbesar direkodkan adalah pada 2017 dengan keuntungan melebihi 25 bilion USD dan paling mengejutkan, mereka berjaya mencatatkan jualan lebih 1 billion USD hanya selepas beberapa minit selepas tengah malam tarikh berkenaan.
Ads
El Buen Fin
Acara jualan El Buen Fin ini ‘disambut’ di Mexico seminggu sebelum the Dia de la Revolucion atau Hari Revolusi yang merupakan salah satu daripada cuti hari patriotik Mexico yang paling diraikan.
Secara tradisinya ia disambut setiap hari Isnin ketiga dalam bulan November untuk memperingati kebangkitan menentang pemerintahan diktator Porfirio Diaz yang bermula pada hari itu pada tahun 1910.
Sepanjang tempoh tersebut, kedai-kedai di Mexico akan menarik pelanggan dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, tawaran kredit serta pakej-pakej yang menarik. Tidak hairanlah pada 2017, jumlah kutipan jualan yang diperoleh semasa hari El Buen Fin ini mencecah 2.48 billion pesos, atau sekitar 500 juta ringgit!
Ads
Kalau korang berpeluang untuk pergi travel waktu-waktu ini, janganlah lepaskan peluang. Kalau dah alang-alang sampai, boleh la merasa pengalaman berada di hari sales mereka kan. Mungkin peluang macam ni hanya dapat sekali seumur hidup.
Tapi sekiranya korang memang berduit, bolehlah pergi setiap tahun. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, khabar angin yang ‘bertiup’ beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya disahkan juga. Pembukaan kedai makan popular, Jollibee yang pertama di Malaysia semakin menghampiri kita semua!
Sebelum ini, ramai tertanya-tanya sama ada sebuah tempat makan baharu yang akan dibuka di pusat membeli-belah Sunway Pyramid benar-benar dimiliki jenama popular dari Filipina, Jollibee?
Ini berikutan warna blok dinding yang menutupi kerja-kerja pengubahsuaian stor tersebut menyerupai warna rasmi merah Jollibee berserta tulisan berbunyi, “Siapakah yang menyediakan (ayam goreng) paling rangup?”.
Tidak lama selepas itu, ia diganti dengan rekaan berlainan. Kali ini, ia lengkap dengan logo Jollibee. Lalu, sahlah bahawa stor baharu ini adalah francais pertamanya di Malaysia.
Terletak di hadapan pasaraya Aeon dekat Blue Atrium, Jollibee akan menemui pembeli di Malaysia pada Januari 2022.
Dapatlah kita merasakan hidangan popular ayam goreng ‘Chickenjoy’ yang dimasak agar ia rangup di luar, empuk di dalam dan lengkap dengan perisa yang cukup melazatkan.
Satu lagi hidangan popular Jollibee ialah Jolly Spaghetti dengan sos ‘signature’ yang sedikit manis berserta kepingan sosej daging dan taburan keju di atasnya.
Korang juga tidak harus melepaskan peluang untuk memesan Spicy Chicken Burger bagi pencinta menu yang lebih pedas daripada biasa.
Untuk pengetahuan, di Filipina; Jollibee merupakan francais makanan segera ayam goreng yang lebih popular berbanding dua pesaing kuatnya, KFC dan McDonald’s tau!
Ia merupakan perniagaan francais paling pantas berkembang hingga ke negara di rantau Asia Tenggara. Lebih 100 buah stor telah di Vietnam dan ia kini francais makanan segera nombor satu di Brunei. Kejayaan mengembangkan perniagaan ini telah membuka peluang untuk Jollibee melebarkan sayap ke Singapura, Hong Kong dan negara-negara seperti UAE, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sepanyol. Kanada dan di banyak negara lain.
Kini tiba pula giliran rakyat Malaysia untuk mencuba. Confirm beratur panjanglah nanti di Sunway Pyramid!
Hehe, pastikan korang patuhi SOP semasa sakan membeli ya.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tunggang kuda mainan pun boleh menang medal? Kenali sukan Hobby Horsing yang sedang trending dan kini mendapat perhatian remaja di seluruh dunia.
Walaupun nampak pelik pada awalnya, aktiviti ini bukan sekadar hobi suka-suka tetapi sudah menjadi sebuah sukan rasmi dengan pertandingan, juri dan piala kemenangan.
Sumber: Instagram (@keppihevostalli_kayet)
Fenomena ini mula tular selepas seorang atlet Poland dikenali sebagai Kayet (@kayet.dressage) berkongsi video di TikTok ketika menyertai kejohanan Hobby Horsing. Dari luar mungkin nampak macam permainan kanak-kanak, tetapi sebenarnya ia memerlukan stamina, kreativiti dan disiplin tinggi seperti sukan ekuestrian sebenar.
Hobby Horsing berasal dari Finland sekitar awal 2000-an. Peserta akan “menunggang” kuda mainan – biasanya kepala kuda kain pada batang kayu – sambil melakukan rutin seperti dressage (gerakan disiplin kuda) dan show jumping (melompat palang). Ada palang setinggi 1.2 meter yang perlu dilompat, sama seperti acara lompat tinggi!
Menurut CNN, sukan ini lebih popular di kalangan gadis remaja kerana ia bukan sahaja melibatkan kecergasan, malah memberi ruang untuk mengekspresikan diri melalui rekaan kuda mainan yang unik.
Sumber: LarDen
Dari Hobi Ke Kejohanan Dunia
Pada awalnya, kuda mainan ini dibuat secara buatan tangan di rumah. Namun, kini rekaan kuda semakin moden dengan saiz, berat dan bentuk yang direka khas untuk prestasi terbaik. Sejak 2022, kejohanan antarabangsa mula dianjurkan di Eropah.
Di Jerman, Persatuan Hobby Horsing ditubuhkan pada tahun 2023 dengan hanya 13 ahli. Kini, jumlah itu meningkat kepada lebih 5,000 atlet aktif dengan lebih 200 kelab – bukti sukan ini bukan sekadar trend sementara.
View on Threads
Kenapa Remaja Patut Cuba?
Selain nampak fun, Hobby Horsing juga bawa banyak manfaat:
Kuatkan otot & stamina – melompat dan berlari sambil pegang kuda mainan bukan kerja mudah.
Asah kreativiti – reka bentuk kuda sendiri, penuh gaya peribadi.
Tingkatkan keyakinan diri – peluang beraksi depan juri dan penonton.
Erati persahabatan – banyak aktiviti dilakukan secara berkumpulan.
Walaupun masih belum popular di Malaysia, siapa tahu ia bakal jadi trend baru tidak lama lagi? Jadi, kalau anda ternampak video orang “tunggang kuda mainan” dengan penuh semangat, jangan gelak dulu sebab itulah Hobby Horsing, sukan moden yang kini trending di seluruh dunia!
Berapa kali orang di sekeliling anda terpaksa berpaling setiap kali anda mengeluarkan kasut atau sarung kaki anda? Kaki berbau adalah masalah yang patut dipandang serius.
Baru-baru ini seorang doktor ada berkongsi tip hilangkan kaki berbau ini.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebooknya boleh dicuba buat korang yang alami masalah ini.
1. Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
2. Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
3. Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
4. Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
5. Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
Jangan jadi begini ya, kucing pun pengsan baunya…
6. Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
7. Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
8. Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
9. Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
10. Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.