Kereta mewah Bugatti Veyron milik pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan mengalami kerosakan selepas merempuh dinding sebuah kediaman di Sepanyol.
Difahamkan, kereta mewah yang berharga £1.7 juta (RM9.1 juta) itu dipandu seorang pekerjanya dan pemandu tidak mengalami kecederaan serius serta dipercayai terdapat lebih daripada seorang berada di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.
Melihatkan kepada foto tular, bahagian hadapan kereta tersebut mengalami kerosakan yang agak teruk. Polis masih sedang menyiasat mengenai kemalangan itu dan tiada sebarang kenyataan dibuat secara rasmi.
Ronaldo dan keluarganya berada di Pulau Majorca, Sepanyol bagi menikmati percutian dan dua buah kereta miliknya, termasuk Mercedez-Benz G-Class turut dibawa bersama.
Untuk info, Ronaldo dan pasangannnya, Georgina Rodriguez baru sahaja kematian seorang bayi kembar kira-kira dua bulan yang lalu. Ini merupakan percutian pertama keluarga mereka selepas kelahiran anak kedua bersama teman wanitanya itu.
Ads
Hm, agak-agaknya pekerja yang memandu kereta Bugatti tersebut kena bayar ganti rugi ke ya? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam semasa berucap untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau ada mendengar rungutan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak. Jelasnya, ada permohonan yang ditolak kerana mendaftar dengan SSM, gaji pasangan mencecah RM8000 dan lain lagi.
Walau sudah tamat tempoh rayuan malah keputusan semakan sudah diketahui pada 9 Mei lalu tapi disebabkan atas rasa sayangnya kepada rakyat, Perdana Menteri memaklumkan semalam, mana-mana rayuan bagi mereka yang ditolak sebelum ini dilanjutkan sehingga 31 Mei akan datang. Malah permohonan boleh dibuat sesegera mungkin dan jika layak akan mendapat bantuan tersebut.
PM berkata beliau mendengar ada rungutan mengenai permohonan ditolak. Jadi beliau mengumumkan rayuan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini walau sudah ditutup pada 9 Mei sebelum ini
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion. Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini. Status permohonan boleh dibuat di pautan https://bpn.hasil.gov/my.
Dalam pada itu sejak dua hari lalu, timbul persoalan kenapa ada orang bujang gaji dibawah RM2000 mendapat RM500 dan ada yang dapat RM800. Ini kerana pada pemahaman awal mereka, mana-mana individu dibawah gaji RM2000 akan mendapat RM800 bagi yang memohon.
Ternyata, inilah sebabnya kenapa ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM800 walau gaji sama!
Untuk pengetahuan orang bujang, bagi permohonan lama yang dahulunya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), secara automatik korang akan menerima RM800 dan bayaran dibuat dua kali. Pertama akan dapat bayaran RM300 dan baki selebihnya RM500 akan dibayar pada 15 Mei akan datang.
Tapi bagi pemohon baru yang bukan penerima BSH sebaliknya Bantun Prihatin Nasional (BPN), tertera syarat yang telah dikemas kini oleh LHDN bahawa orang bujang akan menerima RM500 sahaja.
Tak kiralah korang bekerja dan bergaji di bawah RM200 atau korang menganggur sebab baru kehilangan kerja, korang akan dapat sekaligus RM500 (contohnya kalau korang bekerja sendiri, jual burger tepi jalan akan hanya dapat RM500 sahaja).
Tapi kalau korang bekerja dan gaji di bawah RM2000 dan majikan korang berdaftar dengan KWSP, korang akan dapat RM800 tu.
Dan kalau korang bekerja dan majikan berdaftar dengan KWSP dan gaji di antara RM2001-RM4000 maka korang akan dapat RM500 BPN tu.
Harap janganlah ada mengeluh dapat sikit ke banyak ya sebaliknya bersyukurlah dapat duit terpijak ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah banyak kes penipuan penyeludupan berlaku di lapangan terbang yang kebanyakkannya melibatkan oleh orang asing.
Modus operandi mereka ni senang saja. Berpura-pura minta tolong untuk membawa bagasi mereka sehingga melepasi di security checkpoint dengan memberi alasan beg yang dibawa terlalu banyak dan tak cukup tangan.
Korang kena berhati-hati sebab mereka mungkin saja ingin menyeludup dadah. Silap haribulan, dengan korang sekali meringkuk dalam penjara.
Gambar hiasan
Selain daripada menyuruh korang tolong bawakan bagasi mereka, keldai dadah ni ada macam-macam cara nak seludupkan ‘barang panas’ di bagasi orang lain.
Korang boleh baca perkongsian yang telah dibuat oleh Zainuddin Omar di laman Facebooknya tentang bagaimana seorang wanita yang tidak dikenali cuba approach untuk meminta bantuan agar bagasinya dibawa masuk ke security checkpoint.
Situasi ini dikongsi untuk korang lebih berhati-hati dan tidak sewenangnya mempercayai individu yang tak dikenali.
Selepas check in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). Banyak seat santai kosong kerana flight kami malam memang tak ramai travellers.
Selepas check in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). Banyak seat berihat yang kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.
Sambil menikmati sandwich sardin, datang seorang perempuan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi yang kosong. Dalam hati terlintas takkan ada orang nak ngorat saya dalam umor sebegini ? (mesti kembang wife saya bila dia baca ni). InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.
Saya bagitau rakan rakan,
“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”
Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan,
“Where are you going sir”
“Bangkok, you” saya bertanya balik secara polite.
“I am going to Colombo, can you help me sir”.
Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.
“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you” ucap saya.
Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita. Mesti ada udang disebalik mee.
“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”
Gambar hiasan
Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.
Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint.
Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.
“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya bagitau dia.
“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.
Saya nampak dia diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ. Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.
“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa didalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.
Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.
Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya. Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.
Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.
Diharap kisah ini dijadikan teladan. Bukan tak mahu membantu, tapi zaman sekarang ni memang kita perlu lebih berhati-hati. Bukan apa, dah banyak sangat kes jenayah sebegini yang berlaku. Diharap kita semua dijauhi daripada perkara-perkara seperti ini. InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar jam 7 pagi, ratusan penyokong bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan buat beliau. Hari ini, akan ada sebutan kes sama ada beliau didapati bersalah atau tidak daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Memakai pakaian biru dan merah sebagai tanda sokongan selain melaungkan perkataan Malu Apa Bossku, penyokong DS Najib dilihat berhimpit antara satu sama lain.
Apa yang menjadi persoalan, berdasarkan gambar-gambar dari akhbar-akhbar utama yang menyiarkan kes DS Najib secara langsung dari awal pagi ini, dapat dilihat penyokong beliau langsung tidak mempedulikan penjarakan sosial? Walau sebahagian memakai pelitup muka namun ia masih menjadi persoalan mengapa penjarakan sosial langsung tidak dijaga?
Mungkinkah selepas berakhirnya kes ini akaa ada kluster mahkamah pula?
Menjadi persoalan kepada orang awam juga, mengapa mereka yang duduk di kedai-kedai makan disaman RM1000 kerana tidak menjaga penjarakan sosial (buktinya Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Shah Alam yang mana pekedai dan pelanggan disaman RM1000 kerana tidak menjaga penjarakan sosial) sedangkan bukti di mahkamah ini begitu jelas tiada penjarakan sosial! Ini hanya sebahagian satu contoh penguatkuasa begitu tegas menyaman individu yang tidak menjaga penjarakan sosial. Tahniah atas ketegasan ini. Kita semua sayangkan Malaysia dan mahu bebas dari COVID-19. #kitajagakita.
Apa pun kita tidak mahu ada double standard dalam memberi saman kerana semua rakyat Malaysia tidak terkecuali dari undang-undang dan peraturan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!