Budaya ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) dan ‘You Only Live Once’ (YOLO) kini menjadi punca utama golongan muda di Malaysia terjebak dalam masalah kewangan.
Berikutan itu, dengan lebih 53,000 individu di bawah umur 30 tahun menanggung hutang terkumpul sebanyak RM1.9 bilion.
Pakar kewangan, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, memaklumkan bahawa situasi berkenaan amat membimbangkan.
Beliau menjelaskan bahawa ramai remaja mengambil keputusan untuk meminjam wang bagi membeli barang keperluan harian seperti makanan, sewa rumah, dan kereta.
Ads
“Dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berhutang untuk kelangsungan hidup,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut menambah, kebanyakan remaja berani berhutang untuk mendapatkan gajet terkini dan mengikuti trend semasa tanpa memikirkan kemampuan kewangan mereka.
Ads
“Ramai yang sanggup meminjam hanya untuk membeli telefon bimbit terkini, dan ini adalah satu perkara yang sangat serius,” katanya lagi.
Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 28% daripada rakyat Malaysia yang bekerja juga meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.
Ads
Dengan kemudahan pinjaman yang mudah diakses, seperti sistem ‘beli sekarang, bayar kemudian’, banyak pelajar kini terjebak dalam kitaran hutang.
Oleh itu, Profesor Mohamad Fazli menasihatkan agar remaja perlu menilai kembali kewangan mereka dan membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat keputusan untuk meminjam.
“Hutang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, dan penting untuk kita bijak mengurus kewangan,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian, Foto Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama di Malaysia beroperasi hari ini di pusah beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Bermula sebagai satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengenalan kiosk ini adalah untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.
Terdapat 90 perkhidmatan kerajaan yang telah dikenal pasti untuk Kiosk Sentuhan Madani menerusi enam kiosk agensi dan syarikat berlainan; semuanya di satu tempat yang sama..
Ini termasuklah kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.
Selepas Alamanda Putrajaya, Kiosk Sentuhan MADANI juga akan ditempatkan di 38 kawasan tumpuan terutamanya pusat beli-belah agar sebarang urusan rakyat dengan agensi kerajaan boleh dilakukan di luar waktu pejabat.
TANGKAP LAYAR: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki yang handal di dapur ini dan bergelar chef selebriti tersohor ini dengan karakternya yang garang, tegas dan perfectionist.
Anak kelahiran Scotland ini juga selalu muncul dalam program TV antara yang popular ialah Kitchen Nightmares, Hell’s Kitchen, MasterChef, dan The F Word.
Sepanjang kariernya, lelaki berusia 56 tahun ini telah memenangi berpuluh-puluh bintang Michelin sehingga layak digelar antara chef terbaik dunia.
Jutawan dan chef kedua terkaya di dunia
Celebrity Net Worth mendedahkan kekayaan Ramsay kini melebihi 220 juta Dolar AS, sementara gaji tahunannya pula lebih AS$60 juta! Bukan saja jutawan, Ramsay juga chef kedua terkaya di dunia selepas Jamie Oliver.
Berikut 5 info menarik mengenai Chef Gordon Ramsay: –
GAGAL JADI PEMAIN BOLA SEPAK
Ramsay pernah menetap di England pada usia lima tahun, membesar di sana dan pernah berimpian untuk menjadi pemain bola sepak.
Rupa-rupanya sejak kecil lagi Ramsay sudah ‘jatuh cinta’ dengan dunia bola sepak sehinggalah dia mendaftar di sebuah kelab bola sepak terkenal di bandar tempatnya tinggal antaranya Oxford United, Glasgow Rangers dan Warwickshire.
Suatu hari Ramsay mengalami kecederaan kaki yang serius. Akibatnya, Ramsay terpaksa menguburkan impiannya untuk bergelar atlet bola sepak.
DARI PENGURUSAN HOTEL KE INDUSTRI MAKANAN
Selepas tamat belajar dalam bidang pengurusan hotel, Ramsay menceburi bidang kulinari. Pada tahun 1987, Ramsay berjaya memperoleh ijazah dalam bidang tersebut.
Dari situ, Ramsay menimba pengalaman bekerja di Wickham Arms termasuk Hotel Wroxton House. Ramsay kemudiannya berpindah ke London dan bekerja di beberapa restoran tempatan.
Selama tiga tahun, dia bekerja di Harvey di bawah pengawasan chef terkenal Marco Pierre White. Ramsay juga belajar masakan Perancis dan bekerja di Le Gavroche di Mayfair.
Ramsay kemudiannya ke Paris dan bekerja di bawah bimbingan Guy Savoy serta Joel Robuchon. Ketika berusia 27 tahun Ramsay kembali ke England.
Setelah bergelar ketua chef di Aubergine, dua tahun kemudian Ramsay meraih penghargaan dari Catey Awards sebagai Newcomer of the Year.
MILIKI PULUHAN RESTORAN EKSKLUSIF
Bermula dengana masalah kewangan yang dialaminya ketika di Aubergine, tercetusnya idea untuk Ramsay membuka restoran sendiri di London pada 1998.
Tiga tahun kemudian, Ramsay memperoleh 3 bintang dari Michelin Guide. Sejak itu, Ramsay mengasaskan banyak restoran walaupun ada di antaranya terpaksa diberhentikan atas pelbagai faktor.
Ramsay memiliki lebih 35 restoran di seluruh dunia. Di London sahaja, terdapat lebih 15 restoran. Seterusnya ialah di seluruh Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Asia dan Timur Tengah.
‘GARANG’ TAPI PEMURAH
Kejayaan, populariti dan kekayaan tidak menjadikan Ramsay hilang jiwa sosialnya. Di sebalik sosoknya yang tegas dan garang sebagai seorang chef, Ramsay sebenarnya seorang yang peramah dan penyayang.
Bersama isterinya, Ramsay menubuhkan yayasan amal bagi menyokong pembiayaan hospital kanak-kanak.
BINTANG RANCANGAN TV
Pertengahan 2005, nama Ramsay melonjak naik selepas menjadi juri America Hell’s Kitchen di FOX. Popularitinya terus melonjak apabila menjadi ketua juri dalam program MasterChef.
Ramsay semakin disegani kerana pengaruhnya yang besar terhadap budaya popular British. Dengan gaya masakan Inggeris, Perancis dan Itali sebagai tunjang utamanya, Ramsay menulis berpuluh-puluh buah buku.
Bapa lima anak ini turut muncul dalam rancangan MasterChef Junior.
Kesimpulannya, setiap orang di dunia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Namun jangan pernah mengalah dengan bila sekali korang gagal. Seperti kisah ini, walaupun gagal bergelar pemain bola sepak namun Ramsay kini berjaya sebagai seorang chef terkemuda dan jutawan. Belajarlah dari kegagalan untuk kita melakar kejayaan yang lebih baik pada masa depan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit Foto: Instagram Gordon Ramsay
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang jenis suka layan YouTube, mesti kenal MrBeast, atau nama sebenar dia Jimmy Donaldson. Dari video cabaran RM1 juta, derma rumah kepada gelandangan, sampai bina semula 100 sekolah di negara membangun. Ini semua projek gila-gila ni buat dia digelar “Raja YouTube.”
Tapi yang ramai tak tahu, MrBeast bukan datang dari keluarga kaya. Dia tak warisi harta jutaan dolar, tak hidup dalam rumah mewah masa kecil, dan segala kejayaan dia dibina sendiri dari bawah.
Terkini, pencipta kandungan dengan nama sebenar Jimmy Donaldson itu secara rasmi menjadi satu-satunya bilionaire muda pada usia di bawah 30 tahun.
Pada umur 27 tahun, MrBeast yang bukannya anak orang kaya tetapi berjaya tersenarai bilionaire ke-8 termuda di dunia.
Lapor Celebrity Net Worth, dianggarkan jumlah kekayaan yang terkumpul ialah sebanyak RM8.35 bilion. Fuh!
Hidup Sederhana, Tapi Mimpi Besar
Jimmy mula buat video YouTube masa umur 13 tahun, dari dalam bilik tidur, guna laptop lama dan kamera murah. Waktu tu, MrBeast yang berasal dari Greenville, North Carolina tak tahu langsung macam mana nak edit video atau tarik perhatian orang.
Ketika itu, beliau menggunakan nama MrBeast6000 dan aktif membuat konten selepas nekad berhenti belajar di sebuah kolej.
Tapi apa yang dia ada?
Konsisten
Minat yang gila-gila
Keinginan nak ‘crack’ algoritma YouTube
Dari Video Biasa-Biasa… Ke Ribuan Views
Pada awalnya, dia buat video game biasa, lebih kepada komen permainan video, video reaksi dan kompilasi kelakar macam Minecraft dan Call of Duty. Tapi video tu tak meletup. Sampai satu hari, dia buat satu video bertajuk Counting to 100,000 yang ambil masa 44 jam untuk siap menjadi viral pada tahun 2017, pemuda genius itu mula dikenali ramai.
Video pelik tapi unik tu jadi viral. Dari situ, dia mula kaji apa yang orang suka, apa yang buat video trending.
Reinvest Segala Duit Yang Masuk
Bila dah mula jana duit dari YouTube, MrBeast tak beli kereta mewah atau jam branded. Dia guna balik semua duit tu untuk buat video yang lagi besar dan lagi gempak.
Boleh dikatakan pendapatannya datang daripada gabungan hasil iklan, penajaan dan jualan merchandise. Perincian seperti berikut:
Hasil iklan video cecah puluhan juta views dengan purata CPM $5, beliau menjana sekitar $1.4 juta sebulan daripada iklan jer.
Penajaan. Boleh dikatakan MrBeast kenakan caj $1 juta sebulan untuk slot penaja utama kat channel utamanya, belum campur lagi $1 juta daripada channel lain.
Merchandise. Jualan merchandise memang laku keras apabila mencatat hampir 50 peratus daripada jumlah $54 juta pendapatan tahun 2023.
Gabungan semua sumber itu menyumbang $5.4 juta pada bulan Mac saja iaitu lebih kurang $174,000 sehari! Patut pun jadi Bilionaire termuda.
Pada tahun 2023, Majalah TIME pernah senaraikan lelaki tersebut sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia. Tak cukup dengan itu, beliau juga tersenarai top carta Forbes sebagai pencipta YouTube dengan pendapatan tertinggi 2024 dengan nilai kekayaan mencecah $1 bilion.
MrBeast kini:
Ada lebih 685 juta subscribers seluruh dunia
Jalankan pelbagai bisnes – termasuk Feastables (coklat), MrBeast Burger, dan syarikat pengurusan konten
Menjadi YouTuber pertama yang bernilai lebih USD1 bilion (RM4.7 bilion) – semua sebelum umur 30 tahun
MrBeast dah buktikan yang asal bukan penghalang, minat adalah permulaan. Korang pun boleh jadi “MrBeast Malaysia” asalkan ada identiti sendiri, passion, dan semangat ‘buat sampai jadi’!