Di sebalik kecemerlangan dan dunia glamor milik penyanyi pop Amerika Syarikat, Britney Spears, seluruh dunia dikejutkan dengan kisah sebenar yang perlu dihadapi oleh penyanyi kesayangan ramai itu selama 13 tahun yang lalu.
Terkini, Britney Spears mengumumkan berita gembira kedeluruh dunia apabila berbadan dua dan hamil anak ketiga selepas lima bulan hakim menamatkan kebenaran hak jagaan dan aset yang dipegang oleh bapanya selama 13 tahun.
Menerusi hantaran di Instagram, Britney Spears menyatakan dia merasakan perubahan terhadap perutnya tetapi hanya menganggap itu adalah kerana penambahan berat badan.
Namun selepas membuat ujian kehamilan, Spears mendapati positif hamil.
Bukan hanya mengumumkan kehamilan tetapi ikon pop ini turut mengumumkan bahawa dia telah berkahwin dengan tunangnya, Sam Asghari.Hal ini demikian kerana Britney Spears memanggil tunangnya sebagai suami dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini, Britney Spears pernah berkahwin bersama Kevin Federline lalu dikurniakan dua orang anak yang bernama Sean Preston dan Jadyen yang kini masing-masing berumur 16 dan 15 tahun.
Ads
Britney Spears juga sebelum ini pernah menyampaikan hasrat bahawa dia ingin mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata lagi selepas bebas dari conservatorship bapanya.
Menurut perkongsiannya lagi, Britney Spears banyak memberi pandangan mengenai kemurungan perinatal yang dihadapi oleh wanita mengandung dan berasa bersyukur kerana lebih ramai wanita berani bercakap mengenai perkara tersebut.
Ads
Britney Spears yang kini sedang menulis memoir tentang kehidupannya turut berkata bahawa dia akan melakukan yoga setiap hari untuk memudahkan kehamilan kelak. Tahniah untuk Britney Spears.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Statement nie mungkin akan buat perempuan bengang, tapi kenalah fikir dalam-dalam ya!
Perkongsian seorang lelaki, Darul Azzuan Rosman di fb mengenai niat baiknya menolong seorang “kakak” yang berhenti di tepi jalan kerana tayarnya pancit pagi tadi telah mendapat perkongsian sebanyak 2.6 k.
Kalau diikutkan niatnya hanyalah mahu membantu tapi ternyata perempuan memang misteri! Sebab itulah orang kata jangan gaduh dengan perempuan, dia orang gerenti nak menang saja.
Baca perkongsiannya!
Jangan sesekali kau bergaduh dengan perempuan!!
setiap kali aku nampak kereta berhenti tepi jalan dengan tayar pancit, memang aku akan stop & tanya sama ada perlu bantuan nk tukar tayar spare atau tak.. especially kalau driver perempuan. sebab aku assume if tayar kereta bini aku pancit, akan ada orang lain bantu. kira what you give, you get back la..
tapi maruah aku sebagai lelaki betul2 tercabar pagi ni.. aku stop bila nampak kereta stop tepi jalan dengan tayar flat.. driver perempuan.. aku pun tanya:
aku : kak, nk sy tolong tukar tayar spare tak?
akak : akak rasa tayar akak ok ni.. belum pancit lagi.
aku: tayar dah flat ni kak. nk tukar dlm 5-10 minit je ni.. bley la akak drive tayar spare sampai kedai tayar nti..
akak : kamu tgk tayar akak.. belah bawah je kempis, belah atas ada angin lagi.. takyah nak tipu akak la.. kalau belon takde angin, kan kempis semua.. tayar akak ni ada angin lagi.. aku : rosak tayar kalau akak jalan lagi ni.. kalau akak taknak sy tolong, sy gerak dulu ye..
akak : lain kali kita ni kena jujur dik baru hidup berkat.. takkan la pasal tayar pun kita sanggup nak tipu.. lagipun kalau betul2 tayar akak pancit, tau ke kamu repair? kamu pun bawak motor je..
Aku berlalu sambil mengesat air mata lelaki.. teringat kata2 arwah bapak aku, jangan sesekali bergaduh dengan perempuan bila diorang start bercakap.. ko cakap la camne pun, ko akan kalah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut contoh Makcik Kiah ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi sebentar tadi, nama makcik Kiah terus trending di Twitter.
Ada bertanya Siapa Makcik Kiah, Adakah Makcik Kiah mempunyai anak lelaki, Makcik Kiah shoping di mana seolah-olah rakyat terhibur mendengar nama ini disebut sebagai contoh bagaimana pengiraan seseorang individu di bawah B40 menerima manfaat di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin ini yang membabitkan jumlah RM250 bilion. Malah mereka yang mempunyai restoran atas nama itu juga di post di media sosial, seolah membawa rezeki buat golongan mereka yang membuka restoran atas nama ini.
Tweet lucu bertanya adakah Makcik Kiah ada anak lelaki bujang, hahaha
Ternyata rakyat Malaysia sangat kreatif dan lucu kerana banyak masa di rumah. Ditambah data percuma bulan depan, pastinya rakyat akan menghabiskan lebih banyak masa untuk melayari internet mendapatkan maklumat tepat mengenai isu COVID-19 ini.
Bacalah teks penuh ucapan PM mengenai Makcik Kiah sekaligus trending di twitter sekaligus sesiapa individu yang bernama Makcik Kiah ini menerima tempiasnya. Tq PM kerana prihatin dengan masalah rakyat di sebalik keresahan wabak COVID-19 ini.
Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.
Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.
Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664.
Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, di hari Jumaat penghulu seluruh hari, sekali lagi seluruh dunia tertumpu ke New Zealand. Dalam keadaan sebak, sayu dan pelbagai lagi perasaan timbul tatkala satu persatu jenazah 50 mangsa korban tembakan pengganas dikebumikan.
Jika di Malaysia, kita begitu terasa dengan pemergian adik Mohd Haziq, 17 tahun yang turut menjadi korban dalam tragedi sukar dilupakan dunia ini.
Arwah adik Haziq antara korban tembakan pengganas di New Zealand. Di saat kepulangannya dinanti, rupanya arwah antara yang menjadi korban.Keprihatian Ayden mendapat perhatian dunia. Malah dirinya turut menerima ancaman bunuh ekoran sikap prihatinnya itu
Sikap prihatin ketua negara New Zealand yang diketui Perdana Menterinya, Jacinta Arden serta seluruh rakyatnya yang bertindak menjadi benteng tatkala umat Islam bersolat Jumaat semalam adalah satu pemandangan luar biasa sekali.
Di sebalik kisah ini, tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku semasa proses memandikan 50 jenazah mati syahid inikan.
Ikuti pengalaman seorang sukarelawan yang berkongsi kenangannya.
Jika di negara ini, sebaik seorang meninggal dunia, beberapa jam kemudian jenazah akan dimandi, kemudian dikafan dan dibawa ke tanah perkuburan. Kurang dari 24 jam semua proses pasti selesai kerana tidak mahu menyeksa jenazah.
Jenazah diusung satu persatu untuk dikebumikan
Namun dalam kes di New Zealand ini, memandangkan jumlah jenazah banyak, para sukarelawan mengambil masa selama tiga hari untuk melakukan semua pengurusan jenazah.
Sebelum itu, satu pasukan khas dibentuk bagi memandikan 50 mangsa tembakan Jemaah Masjid Al Noor dan Linwood ini. Dalam satu temubual dengan AFP semalam, seorang sukarelawan yang mahu dikenali sebaga Mo berkata, dia sengaja datang dari Brisbane, Australia dan menjadi sukarelawan memandikan 50 mangsa tragedi menyayat hati ini.
Bersama pasukan yang dia tidak kenali pun yang terdiri dari 10 orang sukarelawan dan tiga orang doktor selain dibantu oleh ahli keluarga mangsa, Mo berkata, disebabkan skala jenazah agak besar, mereka memandikan 47 jenazah lelaki dan tiga lagi jenazah wanita dilakukan oleh sukarelawan wanita.
“Para doktor melakukan pekerjaan yang sangat luar biasa dengan membuat jenazah amat sempurna dipandang. Luka tembakan dijahit begitu sempurna menjadikan jenazah kelihatan amat elok dipandang,” katanya sambil menambah, jenazah dimandikan tiga kali.
“Pertamanya menggunakan air suam bagi membersihkan semua luka-luka ditubuh. Keduanya menggunakan air berasal dari pohon yang dianggap suci. Setelah itu, jenazah dimandikan menggunakan air beraroma wangi. Tubuh sebelah kanan merupakan bahagian pertama dimandikan dan kemudian di sisi kiri.
Penuh dengan umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat selama di New Zealand
Allah sebaknya bila baca perkongsian Mo ni.
Katanya, pasukan sukarelawan melakukan semua tugasan memandikan jenazah seperti keluarga sendiri. Saya mandikan mereka seperti saya memandikan jenazah ayah atau saudara saya,” kata Mo sambil menangis.
Selepas itu bahagian yang sering dikenakan ketika mengambil wuduk seperti kaki, tangan dan wajah dibersihkan untuk terakhir sekali dengan kain basah.
Selepas selesai, jenazah diberikan wangi-wangian. Tahap terakhir adalah mengapankan jenazah menggunakan kain kapan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Mo berkata, dalam kejadian itu, pasukannya turut memandikan seorang sukarelawan lain yang meninggal akibat kemalangan kereta di negara tersebut.
Mo mengakui, dia dan pasukannya tidak mendapat tidur yang cukup selama tiga hari ini kerana mereka mula memandikan jenazah pada jam 8 pagi di akhiri jam 2 pagi. Dan jenazah terakhir yang mereka mandikan adalah pada jam 2.00 petang hari Jumaat sekaligus menyelesaikan semua jenazah yang menjadi korban pengganas.
Mengakui suasana selepas selesai memandikan itu berlangsung penuh emosi, Mo mengakui seluruh anggota sukarelawan menangis berpelukan kerana mereka sudah menyelesaikan tugasan fardu kifayah ini dengan penuh rasa sebak.
“Ini adalah kenangan yang membahagiakan kerana kami tahu telah melaksanakan satu tugas mulia kepada para korban syahid ini. Biar saya hanya dapat tidur satu jam selepas proses selesai tetapi itulah tidur terlena yang pernah saya rasakan,” katanya penuh sebak.
Semoga Allah memberikan limpahan pahala berganda buat para sukarelawan yang membantu 50 korban ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
sooka menawarkan drama viral Malaysia, K-Drama popular, filem dan aksi sukan antarabangsa yang menjadi bualan ramai. Ketahui rancangan paling hangat yang wajib ditonton sekarang.