Untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik, bukan hanya rupa menjadi perhatian tetapi kecerdasan minda turut menjadi taruhan. Terbaharu, Divita Rai, 23, yang merupakan seorang arkitek dan peragawati telah berjaya memenangi pertandingan Miss Diva 2022 sekaligus menggalas gelaran Miss Universe India 2022.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Miss Diva ditubuhkan pada 2013 merupakan sebahagian daripada pertandingan ratu Miss India Femina, yang bertujuan untuk memilih wakil India ke pertandingan Miss Universe, salah satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang berprestij tinggi.
Sejurus selepas kemenangan gadis cantik ini menyatakan keterujaan dan juga rasa terkejut setelah diberi kepercayaan untuk memegang jenama tersebut. Ujarnya, “Saya akhirnya mempunyai mahkota ini di kepala saya. Ia sukar dipercayai, saya benar-benar tidak mempunyai kata-kata.”
Merupakan graduan Kolej Senibina Sir J.J, Divita yang berasal dari Kartanaka menerima mahkota daripada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang juga merupakan pemenang Miss Diva Universe 2021.
Ads
Satu fakta menarik tentang kemenangan Divita, semnagat yang dimilikinya merupakan sebuah lambang tidak putus asa. Dia sebenarnya merupakan seorang finalis Miss Diva 2021 dan mendapat tempat ketiga. Kembali lagi tahun ini dia membuktikan yang di berhak mewakili India ke pentas antarabangsa.
“Ramai di antara kita mempunyai persepsi bahawa wanita harus mempunyai rambut panjang, mereka harus mempunyai jenis rupa dan badan tertentu. Tetapi dengan setiap pemenang, saya rasa kita cuba memecahkan stereotaip tersebut. Saya rasa seseorang hanya perlu mempunyai hati yang baik, niat yang baik dan minda berorientasikan matlamat.
Ads
“Jika anda boleh melakukannya dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri, anda boleh mewakili diri anda dan negara anda dengan baik. Dan itulah perkara yang harus kita sentiasa bincangkan, kecantikan itu bukan hanya terhad kepada sebilangan orang sahaja. Perkara yang anda rasa dari dalam, apa yang anda katakan dan impaknya sangat penting,” kongsinya dalam satu temubual.
Adakah Divita akan berjaya memenangi pertaningan Miss Universe 2022 sekaligus memecah rekod kejuaraan back-to-back bagi India? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada tahun lalu di anugerah Emmys, Zendaya Coleman pernah mencipta sejarah apabila pelakon yang popular dengan filem seperti Euphoria, Spider Man dan Dune ini dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama termuda.
Pada usia 24 tahun, Zendaya telah mengenepikan rekod terdahulu yang dipegang oleh Jodie Comer bagi kategori yang sama pada tahun 2019. Ketika itu, Jodie hanya berusia 26 tahun.
Nampaknya pada hari ini, sekali lagi Zendaya telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Fashion Icon Award termuda dalam sejarah penganjuran CFDA Fashion Awards 2021.
Bertempat di The Grill Room New York, Zendaya hadir dengan menyarungkan gaun ala bandeau top dan skirt labuh serba merah rekaan Vera Wang serta aksesori bernilai jutaan Ringgit daripada Bvlgari. Bagi menjadikan ‘look’-nya lebih remaja, Zendaya memilih dandanan rambut braids.
Gaun ini juga hadir dengan jaket pendek ala bolero bagi memberikan lebih kehangatan kepada Zendaya apabila malam semakin dingin di sana.
Untuk pengetahuan, kategori Fashion Icon Award ini selalunya sinonim dengan selebriti dalam industri fesyen yang selalu bereksperimentasi, gemar mengambil risiko ketika memilih pakaian mereka dan berjaya tampil dengan pemilihan fesyen yang tepat hampir setiap masa. Sebelum ini, beberapa nama besar yang pernah menjadi penerima bagi kategori Fashion Icon Award ini termasuklah Jennifer Lopez (2019), Naomi Campbell (2018), Beyonce (2016), Pharell Williams (2015) dan Rihanna (2014).
Zendaya yang selayaknya dijadikan sebagai ikon fesyen dalam kalangan remaja sebaya atau yang lebih muda daripadanya juga terkenal sebagai seseorang yang tidak takut mengubah imejnya dari semasa ke semasa. Adakalanya, Zendaya akan mengenakan rambut palsu pendek. Dia juga selalu bangga untuk mengekalkan rambut ‘cornrow’ yang sinonim dengan stail wanita berketurunan kulit gelap di Amerika Syarikat.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi ala K-Drama yang menghiburkan.
Dibintangi oleh pelakon terkenal Go Kyung Pyo dan Kang Hyewon,iklan ini mengisahkan tentang seorang lelaki ulat buku yang berusaha dengan ikhlas meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang sukar untuk didekati.
Tanpa mengenal erti putus asa diselitkan dengan beberapa adegan ditolak secara ‘halus’, menambahkan lagi kelucuan dalam jalan cerita sehingga membuatkan anda tidak kering gusi.
Selain itu, jenama Wacky Willy juga membawa slogan “Generasi keempat yang kasual sesuai untuk semua orang!” turut memperlihatkan koleksi pakaian yang sesuai untuk mana-mana golongan.
Kyung Pyo tampil karakter lelaki kekok dengan gaya ‘nerdy’ namun kelihatan lucu, sementara Hyewon memancarkan aura ‘soft girl’ berkelas yang tegas dengan pendirian. Gandingan mereka berdua membuatkan iklan ini nampak seperti mini drama yang menyeronokkan.
Ditambah, visual mereka yang nampak sepadan menjadikan iklan ini berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton. Bagi korang yang nak tengok versi penuh yang lebih kelakar, jom layan video di bawah ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi Face App antara yang menjadi pilihan pengguna media sosial sekarang apabila ramai yang ‘cuba-cuba’ untuk melihat wajah mereka sekiranya berlainan jantina.
Golongan selebriti tidak terkecuali untuk mencuba aplikasi ini, dan ada juga peminat yang teringin nak lihat bagaimana agaknya muka selebriti pujaan mereka ‘bertukar jantina’.
Berikut kami senaraikan antara wajah selebriti lelaki Korea setelah menggunakan Face App ini.