Penyanyi berusia 28 tahun yang mendendangkan lagu Rapuh nyanyian asal oleh Nastia itu gagal memuaskan hati para juri.
Selain Meer Nash, peserta yang menduduki ‘bottom three‘ ialah Firdaus Rahmat dan penyanyi dari Singapura, Farhan Shah.
Ads
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu keempat ialah Waode, yang mendendangkan lagu Tak Ingin Usai nyanyian asal oleh Keisya Levronka dengan memperoleh markah sebanyak 91.67%.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu keempat Big Stage:
Waode : 91.67%
Hoondoo : 91.33%
Putera Muhammad : 82.33%
Nadeera Zaini : 82.00%
Puteri Khareeza : 52.67%
Dem Lepak Boyz : 51.00%
Aufahanie : 50.67%
Coex : 49.33%
Firdaus Rahmat : 46.33%
Meer Nash : 45.33%
Farhan Shah : 42.67%
10 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, dan Farhan Shah.
Ads
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pempengaruh media sosial, Ceddy Ang.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi bersuara emas dari negara seberang, Cakra Khan berjaya memukau penonton dan juri selepas mempamerkan nyanyian luar biasa pada uji bakat program America’s Got Talent (AGT) musim baharu.
Pelantun lagu popular Harus Terpisah itu telah mendapat pujian melambung daripada barisan juri sehingga menerima ‘4 yes’.
Pada persembahan tersebut, Cakra Khan telah membawakan lagu legenda Bob Marley berjudul No Woman, No Cry dan mendapat ‘standing ovation’ daripada keempat juri iaitu Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.
“Sangat jarang dengar suara seperti itu. Saya memang sangat sukakan suara kamu,” komen Cowell selepas persembahan mengagumkan Cakra itu.
Pemilik nama sebenar, Cakra Konta Paryaman itu turut berkongsi perkara itu dalam satu hantaran menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Hantaran tersebut telah dibanjiri komen pujian daripada rakan industri sama ada di Indonesia mahupun Malaysia yang memberi kata semangat dan mendoakan kejayaan penyanyi berusia 31 tahun itu.
Sekadar informasi, America’s Got Talent merupakan satu rancangan realiti TV popular yang membuka ruang buat sesiapa sahaja untuk menunjukkan bakat terpendam sekali gus memberikan platform untuk mengapai impian yang mungkin menjadi nyata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan demi meringankan bebanan rakyat akibat Covid19 ini. Alhamdulillah
Jika sebelum ini demi mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan lanjutan masa pembayaran balik PTPTN sehingga 30 September ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 pada Mac lalu.
Terkini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.
“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.
Namun, sekiranya ada peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman ini, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.
Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.
Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabak ini hilang…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka gadis kecil molek ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler.
Menerusi laman Instagram @tccandler, Tabby telah dicalonkan sebagai salah seorang Faces of 2021. Peminat Tabby boleh memberikan like dan komen sebagai tanda sokong di hantaran tersebut.
Setakat ini, gambar Tabby telah menerima lebih daripada 2,000 komen dan hampir 26 ribu like.
Remaja berusia 21 tahun ini sendiri tidak menyangka bahawa dirinya tercalon, namun mengakui pencalonan ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangatnya.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia hanya seperti orang lain, tetapi tetap bersyukur tersenarai dalam pencalonan tersebut walaupun baginya masih ramai lagi wanita cantik di luar sana yang lebih layak.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat nominasi yang besar daripada TC Candler, saya betul-betul terkejut ketika mula-mula tahu mengenai perkara ini. Susah untuk saya percaya perkara ini kerana artis-artis lain semuanya hebat,”
“Bagi saya, seorang yang cantik memiliki hati yang murni dan personaliti menarik, sesiapa sahaja boleh jadi cantik. Ia bermula daripada diri sendiri.. Sayangi diri dan keyakinan itu perkara utama, kemudian barulah paras rupa,” jelas Tabby.
Tabby turut bersaing bersama ahli kumpulan Blackpink, Rose dan Jennie serta selebriti-selebriti Hollywood seperti Emma Watson dan Natalie Portman.