Antara yang akan memeriahkan Konsert Countdown KITA 2026 terdiri daripada Alleycats, Ella, Faizal Tahir, Hael Husaini, Amir Masdi, KLP48, Hoondoo, Wani Kayrie, Nadeera, Geraldine Gan, Nicole Lai, Darkkey, Ruhan (juara Big Stage Tamil), Marsya (juara Talk To My Manager musim 1) dan ibunya Liza Hanim, Zuvy, Jun Jun, ALPHA, Auddra, Didie Shazry (juara Raise The Star musim 1), Rayme, Zuana dan ramai lagi!
Tahun 2025 telah membawakan seribu satu makna kepada kita semua. Pahit manis dirasakan, begitu juga dengan segala bentuk adventure yang telah dilalui. Finally, detik yang paling kita nanti-nantikan sudah tiba!
Untuk meraikan kejayaan dan perjalanan hidup korang sepanjang tahun 2025; REMAJA bersama-sama dengan syarikat hiburan dan penyiaran terkemuka negara, Astro ingin mengajak orang ramai untuk mengalami detik ambang tahun baharu di Konsert Countdown KITA 2026, hujung tahun ini.
Korang tentunya masih ingat momen bersejarah pada tahun lalu di mana Konsert Countdown KITA 2025 berjaya mengumpulkan lebih daripada 30,000 penonton dari seluruh Malaysia di sebuah lokasi manakala 18 juta yang lain menontonnya secara langsung di platform digital.
Bersatu Di Bawah ‘Payung’ Muzikal
Istimewa pada tahun ini, they are going and aiming bigger things for everyone agar kita sama-sama boleh menjadi sebahagian daripada acara ambang tahun baharu paling ikonik dalam sejarah hiburan tanah air.
Seperti yang tertera pada namanya, Konsert Countdown KITA 2026 membawakan aspirasi ‘KITA’ semua sebagai rakyat Malaysia yang meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk. Setiap daripada kita mempunyai identiti, kisah hidup dan budaya yang dibanggakan.
Menerusi Konsert Countdown KITA 2026 juga, muzik bertindak sebagai jambatan penyatuan agar kita akan melangkah masuk ke tahun baharu dengan penuh positif.
Who Will Be There?
Bercakap mengenai penghibur yang bakal menggegarkan pentas di Konsert Countdown KITA 2026, Astro menawarkan barisan penyanyi yang merangkumi pelbagai jenis genre. Bukan biashe-biashe ya senarai artis yang bakal ada di sana, daripada legenda muzik tempatan sehinggalah ke kelompok artis pelapis Gen-Z.
Antara yang akan memeriahkan Konsert Countdown KITA 2026 terdiri daripada Alleycats, Ella, Faizal Tahir, Hael Husaini, Amir Masdi, KLP48, Hoondoo, Wani Kayrie, Nadeera, Geraldine Gan, Nicole Lai, Darkkey, Ruhan (juara Big Stage Tamil), Marsya (juara Talk To My Manager musim 1) dan ibunya Liza Hanim, Zuvy, Jun Jun, ALPHA, Auddra, Didie Shazry (juara Raise The Star musim 1), Rayme, Zuana dan ramai lagi.
Seiring dengan semangat ‘kekitaan’ yang dibawakan oleh Astro, penganjuran sambutan ambang tahun baharu ini turut tidak melupakan nasib sebahagian rakyat Malaysia yang masih bergelut dengan situasi banjir yang melanda negara, baru-baru ini disebabkan cuaca yang tidak menentu.
Justeru, Astro mengambil kira isu yang dihadapi itu dan memberi peluang kepada orang ramai yang hadir untuk menyumbang menerusi kutipan Bantuan Bencana Banjir Astro Kasih. Buat korang yang bakal menonton pula, korang juga boleh menghulurkan sumbangan dengan cara mengimbas kod QR pada skrin ketika menonton siaran langsung di Astro Ria (saluran 104).
Naib Presiden Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Konsert Countdown KITA 2026 bukan sekadar sebuah acara hiburan tetapi juga merupakan simbol perpaduan di antara kita semua yang tidak melupakan mereka yang memerlukan.
Sentimen ini bukan hanya mengispirasikan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan tetapi juga simbolik kepada permulaan dengan semangat baharu ketika melangkah masuk ke tahun 2026.
Sama-Sama Meriahkan Astro Home of Live Di Putrajaya
So guys, it is a date! Pastikan kalendar korang kosong pada 31 Disember ini untuk sama-sama memeriahkan Konsert Countdown KITA 2026 di IOI City Mall Putrajaya.
Saat kemuncak Konsert Countdown KITA 2026 pula dapat korang saksikan mulai 9.00 malam di mana konsert bakal diserikan dengan pertunjukan bunga api berskala eksklusif selepas detik kiraan tahun baharu menjelang jam 12 tengah malam.
Khas buat para pelanggan Astro, korang turut berpeluang menikmati ganjaran menarik Astro Rewards. Daftar sahaja di aplikasi Club IOI untuk mendapat kredit segera RM6, maafat parkir percuma sehingga 4 jam, diskaun parkir tanpa had dan potongan 15 peratus bagi tempahan Moxy Hotel. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke aplikasi My Astro.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang dialami oleh penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino sehingga memerlukan dirinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan baru-baru ini merupakan detik mencemaskan yang telah membawa iktibar kepadanya.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri berkongsi punca masalah kesihatan itu adalah daripada penggunaan rokok elektronik ataupun vape.
Aiman juga katanya mempunyai tabiat berkongsi alatan tersebut dengan rakan-rakan lain; satu tabiat biasa yang sering dilakukan dalam kalangan remaja yang merokok vape. Tabiat ini secara tidak tidak langsung memudahkan penyebaran virus lebih mudah melalui mulut.
Katanya ketika dihubungi, dia memberitahu keadaanya semakin baik selepas menerima rawatan di hospital sejak Ahad lalu dan telahpun dibenarkan keluar pada hari Isnin. Kini, Aiman sedang berehat di kediaman ibunya sambil memantau tahap kesihatannya sebelum kembali bergiat aktif.
Tambah Aiman, 24; dia mula mendapati tahap kesihatan tekaknya merosot sejak tiga minggu lalu apabila dia bedepan gejala batuk teruk sehingga mengganggu vokal nyanyiannya.
Ads
“Disebabkan batuk tak henti itu juga menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Disebabkan masalah ini, saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan ‘key’ ketika membuat persembahan baru-baru ini.
“Sebelum ini, saya hanya dengar kisah orang saja tentang akibat penggunaan vape. Sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujur paru-paru saya tidak ditebuk kerana doktor kata masih belum kronik.”
“Selepas ini, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan susulan. Harap-harap tiadalah sebarang masalah serius kerana hal kerja tidak boleh nak tinggal terus. Saya masih lagi perlu memenuhi undangan menyanyi kerana sudah berjanji dengan pihak penganjur,” katanya.
Moga-moga sesiapa yang mempunyai tabiat menghisap vape selepas ini terus beringat soal kesihatan diri sendiri sebelum melakukannya. Bukan kisah Aiman Tino sahaja yang harus dijadikan iktibar untuk kita, ramai lagi remaja juga telah berdepan implikasi akibat tabiat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami Anti-Buli” — KPM mewajibkan semua pelajar di seluruh negara melaungkan slogan ini setiap pagi dan petang sebagai usaha membendung gejala buli di sekolah.
Langkah ini diumumkan susulan kes tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina, yang menggemparkan seluruh negara. Peristiwa menyayat hati itu bukan sahaja mencetuskan rasa sedih, malah menimbulkan kesedaran bahawa isu buli perlu ditangani segera dan secara menyeluruh.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, memaklumkan bahawa pelaksanaan laungan “Kami Anti-Buli” akan dilakukan dua kali sehari—sebelum sesi pembelajaran bermula dan selepas tamat waktu sekolah. Menurut beliau, inisiatif ini bukan sekadar ritual harian, tetapi simbol komitmen seluruh warga sekolah untuk saling melindungi dan memastikan persekitaran pembelajaran selamat.
KPM yakin bahawa pengulangan slogan ini setiap hari dapat membentuk kesedaran kolektif pelajar tentang kesan buruk buli. Ia juga menjadi peringatan bahawa sebarang bentuk buli—fizikal, emosi, verbal atau siber—tidak akan diterima dalam budaya sekolah di Malaysia.
Dr. Mohd. Azam Ahmad bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Penting untuk difahami, buli bukan hanya berlaku melalui keganasan fizikal. Tindakan mengejek, mengusik secara melampau, atau memalukan rakan di media sosial juga adalah bentuk buli yang boleh meninggalkan kesan psikologi mendalam. Mangsa mungkin membawa trauma tersebut bertahun-tahun lamanya.
Bagi memastikan mesej ini lebih berkesan, KPM turut menggalakkan pihak sekolah menganjurkan program sokongan seperti ceramah motivasi, bengkel empati, kempen kesedaran dan aktiviti berpasukan. Semua ini bertujuan membina sikap saling menghormati, mengawal emosi dan menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat.
Sebagai pelajar, peranan kita bukan hanya mengelak daripada membuli, tetapi juga menjadi penyokong kepada rakan yang menjadi mangsa. Jangan sekadar memerhati apabila melihat kejadian buli berlaku. Berdirilah sebagai pembela, kerana perubahan besar bermula dengan keberanian individu untuk mengatakan “Tidak” kepada buli.
Dengan inisiatif “Kami Anti-Buli” ini, KPM berharap mesej penolakan buli akan sebati dalam hati pelajar dan menjadi budaya yang terus hidup di sekolah seluruh negara.
Bintang K-Pop terkenal, Suga BTS baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila sempat menyentuh mengenai bulan Ramadan ketika mengadakan siaran langsung sempena sambutan hari jadinya. Momen ringkas itu segera menjadi perbualan dalam kalangan ARMY yang menghargai keprihatinannya terhadap mereka yang sedang menjalani ibadah puasa.
Menerusi sebuah siaran langsung di Weverse, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33) muncul secara santai untuk berinteraksi dengan peminat yang menyertai sesi tersebut. Penyanyi rap itu dilihat meluangkan masa berbual mengenai pelbagai perkara termasuk persiapan semasa, jadual latihan yang padat serta beberapa projek akan datang.
Pada masa yang sama, Suga turut menyedari terdapat komen daripada peminat yang menyebut tentang Ramadan. Dengan nada santai dan ingin tahu, beliau berkata,
“Ada yang sedang menyambut Ramadan dan berpuasa. Setahu saya, ketika Ramadan kamu boleh makan selepas matahari terbenam, betul tak? Saya juga makan pertama kali selepas matahari terbenam,” katanya
Walaupun hanya seketika, kenyataan tersebut terus tular dan mendapat perhatian ramai peminat terutama dalam kalangan ARMY beragama Islam. Ramai yang berasa dihargai apabila idola mereka mengambil maklum mengenai bulan suci yang disambut oleh jutaan peminat di seluruh dunia.
Seperti diketahui umum, BTS memiliki pengaruh global yang sangat besar dengan komuniti peminat yang luas termasuk di Timur Tengah, Asia Tenggara serta beberapa negara Asia Selatan di mana Ramadan disambut secara meluas setiap tahun.
Sementara itu, di media sosial, peminat turut berkongsi reaksi mereka terhadap momen tersebut dengan nada berseloroh. Malah ada yang bergurau mengatakan Suga seolah-olah ‘berpuasa’ bersama mereka, manakala segelintir peminat secara jenaka memanggilnya sebagai ‘Brother Yoongi’ kerana sikap umat Islam yang sinonim menghargai hubungan persaudaraan sesama muslim.
Siaran langsung berkenaan juga berlangsung dalam suasana santai apabila Suga dilihat muncul bersama beberapa kek hari jadi. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana meluangkan masa menonton sebelum sempat menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada dirinya sendiri bagi menyambut ulang tahun kelahirannya pada 9 Mac, semalam.
Dalam perkembangan terkini, BTS bakal melancarkan album terbaru berjudul ‘Arirang’ pada 20 Mac ini sebelum memulakan konsert jelajah dunia bermula April depan. Kumpulan sensasi K-Pop itu juga dijangka bakal memeriahkan pentas di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember ini sebagai sebahagian daripada siri jelajah berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.