Bukan mudah untuk menjadi seorang insan bernama Shah Indrawan Bin Ismail atau lebih popular dengan nama pentas, Tomok.
Selain bergelar seorang suami kepada Siti Rahayu binti Abas dan ayah kepada dua orang putera iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun; Tomok juga aktif bergelar penyanyi dan kini sedang bertanding dalam pertandingan All Stars Gegar Vaganza yang menghampiri peringkat akhir.
Sibuk, bukan! Namun, kesibukan dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya sama sekali tidak dijadikan alasan untuk Tomok tidak mengutamakan aspek pelajaran.
Tanggal 23 November 2023 pastinya akan kekal menjadi detik manis buat Tomok apabila akhirnya, jejaka berusia 39 tahun itu sekali lagi bergelar graduan universiti.
Kali ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ads
Ini berkat usaha Tomok sendiri bersama rakan-rakan selebriti lain yang mengikuti kursus pengajian tersebut secara pengajian jarak jauh (PJJ selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pencapaian Tomok dan rakan lain termasuklah Fattah Amin, Pekin, Amir Masdi, Aril Pilus dan Haziq AF yang menerima Anugerah Dekan UUM bagi semester terakhir mereka di sebuah majlis yang diadakan di ibu negara pada Oktober 2022.
Haa, kalau korang perasan Tomok bukan sekadar menyarungkan jubah konvokesyen tetapi juga selempang hijau dengan tenunan benang emas. Tapi apa simbolik di sebalik pencapaian tersebut?
Sebenarnya, syarat mendapatkan selempang hijau di UUM ini menyerupai syarat mendapatkan selempang Anugerah Naib Canselor (ANC) berwarna merah jambu popular di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sekiranya pelajar UiTM perlu Anugerah Dekan pada setiap semester bagi pengajian sepenuh masa, di UUM pula, syaratnya tidaklah seketat di UiTM.
Pelajar UUM tidak diwajibkan untuk memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester untuk memperoleh selempang.
Ads
Sebaliknya, mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh keputusan CGPA terakhir bertaraf kelas pertama. Itu sudah cukup untuk melayakkan pengiktirafan tersebut. REMAJA difahamkan CGPA bertaraf kelas pertama di UUM adalah pada gred 3.67 dan ke atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan anggota daripada kumpulan terkenal K-Pop, Asa BABYMONSTER baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas membuat satu pengakuan mengejutkan mengenai latar belakang pendidikannya.
Menerusi episod terbaru program popular Korea Selatan Running Man, Asa atau nama sebenarnya Enami Asa (19) bersama rakan sekumpulan Ahyeon diundang sebagai tetamu istimewa.
Dalam salah satu segmen, penyanyi wanita itu menyatakan bahawa beliau telah tinggal di Korea selama enam tahun, namun hanya sempat menamatkan pendidikan di peringkat tadika. Walau bagaimanapun, kenyataan ringkas pelantun lagu ‘Hot Sauce’ itu ternyata mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat K-Pop dan masyarakat di pelbagai platform media sosial.
“Saya hanya tamat tadika. Saya mula menjalani latihan sambil bersekolah rendah,” jawab Asa selepas pelakon Choi Daniel bertanya sama ada beliau bersekolah di Korea selama tinggal di negara ginseng itu selama menjadi pelatih.
Jawapan Asa telah mencetuskan tanda tanya bagaimana seorang idol muda seperti dirinya mampu capai kejayaan dalam dunia hiburan dengan pendidikan formal yang begitu minimum.
Sungguhpun demikian, ramai peminat tampil mempertahankan Asa seperti salah seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa komen Asa tentang ‘tamat tadika’ mungkin merujuk kepada pendidikan di Korea sahaja kerana beliau bersekolah rendah di Jepun pada masa yang sama.
Selain itu, ada juga yang memberitahu Asa juga mengikuti sekolah rendah di Jepun apabila dia lulus uji bakat di bawah YG Entertainment serta pernah mengikuti kelas teater muzikal di Jepun untuk mengasah bakat dalam bidang produksi dan nyanyian.
Namun setelah berpindah ke Korea, beliau tidak dapat meneruskan pendidikan formal kerana statusnya sebagai warganegara asing dan masih kecil ketika itu dan masih belum fasih bertutur dalam bahasa Korea sepenuhnya.
Sementara itu, isu pendidikan dalam kalangan idola K-pop memang sering menjadi topik sensitif. Bagaimanapun, dalam kes Asa, ramai menyifatkan kejayaannya sebagai bukti bahawa bakat, kerja keras dan sokongan sekeliling mampu mengatasi kekangan formaliti akademik.
Sekalipun kenyataannya tampak janggal bagi sesetengah pihak, para peminat menganggap pengorbanan Asa dan perjalanannya sejak kecil untuk menjadi idol sebagai sesuatu yang patut dihargai. Kini, Asa bukan sahaja berjaya meraih populariti sebagai anggota BABYMONSTER, tetapi beliau perjuangannya turut dilihat sebagai lambang dedikasi dan keberanian mengejar impian dari usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, mesti ada rekaan gaun kahwin yang mencuri tumpuan semua, sehingga dinobatkan sebagai gown of the year.
Tahun ini, memang banyak gaun kahwin selebriti yang cantik-cantik. Tetapi, susah nak menidakkan kecantikan pelakon, Nadiyah Shahab kelmarin semasa majlis resepsinya bersama finalis Hero Remaja 2011/2012 yang juga merupakan pelakon, Ben Ali.
Nadiyah bersama bridesmaids-nya. Semua dalam persalinan Cosry.
Siapa lagi pereka fesyennya kalau tak lain tak bukan, Putra Aziz daripada butik Cosry. Putra memang sudah ‘makan’ dengan persalinan kahwin apabila seorang demi seorang selebriti meminta khidmatnya untuk majlis mereka.
Jom tengok rekaan mana yang paling kami ingati sampai ke hari ini.
Anzalna Nasir
Walaupun sudah dua tahun berlalu, tapi masih ramai orang yang mengimpikan persalinan kahwin seperti Anzalna! Gaun yang diinspirasikan daripada Barbie Mariposa ini mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan. Hasilnya berbaloi kan?
Bella Astillah
Kemas betul hiasan bunya yang disiapkan oleh Putra untuk baju persandingan isteri kepada Aliff Aziz ni. Baju ni adalah sebahagian daripada koleksi Knigts Bridges pereka. Tengok sekali imbas je, memang terserlah lah ketelitian bunga hiasan yang menaburi bahagian atas dan skirt kembang Bella.
Mia Ahmad
Bagi korang yang fefeling tradisional boleh dapatkan ilham daripada persalinan songket Mia Ahmad ni. Dari depan mungkin nampak seperti baju kahwin pastel biasa je. Tapi bila Mia pusing ke belakang, penulis kagum dengan bahagian ‘ekor’ kain sarungnya yang terlipat kemas.
Sharnaaz Ahmad
Okay, bukan pengantin perempuan yang nak diceritakan tetapi si lelakinya pula. Sharnaaz mengambil khidmat Putra untuk pakaian ala dirajanya untuk dipadankan dengan gaun Nabila yang direka oleh Radzuan Radziwill. Sut ini mempunyai beberapa elemen patriot ilham era 18th century Perancis.
Mawar Rashid
Okay ini merupakan persalinan kahwin yang menjadi sebutan ramai kerana beberapa perkara. Pertama, Mawar tampil sangat berbeza berbanding pengantin selebriti lain apabila pakaiannya kelihatan lebih moden dan adventurous. Dengan gaun kembang ostrich dan bahagian top metalik, ia serasi dengan latar pelamin mereka seakan berada di set penggambaran filem fairytale.
Nadiyah Shahab
Selalu kita dengar, “Orang cantik pakai apa pun cantik.” kan? Tetapi kelmarin, Nadiyah Shahab membuktikan dia memang pada level yang lain. Ramai memuji rekaan Putra yang cukup elegan dan bersesuaian dengan wajah pelakon Singapura itu. Dengar cerita, dah ramai orang yang inginkan dress seakan ini untuk perkahwinan mereka – impak sama seperti Anzalna dulu.
Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat Ardell & Nadzmi!
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 12.58 pagi tadi, di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Berita gembira itu dikongsikan suami tercinta Ardell yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Di ruangan kapsyen, Nadzmi menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan isteri dan bayinya dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum semua, #bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah… isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini, 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi…
“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua, syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan agar bayi itu diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri sulung, Arwa Malaikha yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi popular, Ernie Zakri menegaskan jumlah lagu dalam sesebuah album bukanlah penentu utama kepada kualiti karya yang dihasilkan, sebaliknya setiap lagu perlu mempunyai nilai...