Penyanyi dan anggota daripada kumpulan terkenal K-Pop, Asa BABYMONSTER baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas membuat satu pengakuan mengejutkan mengenai latar belakang pendidikannya.
Menerusi episod terbaru program popular Korea Selatan Running Man, Asa atau nama sebenarnya Enami Asa (19) bersama rakan sekumpulan Ahyeon diundang sebagai tetamu istimewa.
Dalam salah satu segmen, penyanyi wanita itu menyatakan bahawa beliau telah tinggal di Korea selama enam tahun, namun hanya sempat menamatkan pendidikan di peringkat tadika. Walau bagaimanapun, kenyataan ringkas pelantun lagu ‘Hot Sauce’ itu ternyata mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat K-Pop dan masyarakat di pelbagai platform media sosial.
“Saya hanya tamat tadika. Saya mula menjalani latihan sambil bersekolah rendah,” jawab Asa selepas pelakon Choi Daniel bertanya sama ada beliau bersekolah di Korea selama tinggal di negara ginseng itu selama menjadi pelatih.
Ads
Jawapan Asa telah mencetuskan tanda tanya bagaimana seorang idol muda seperti dirinya mampu capai kejayaan dalam dunia hiburan dengan pendidikan formal yang begitu minimum.
Sungguhpun demikian, ramai peminat tampil mempertahankan Asa seperti salah seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa komen Asa tentang ‘tamat tadika’ mungkin merujuk kepada pendidikan di Korea sahaja kerana beliau bersekolah rendah di Jepun pada masa yang sama.
Ads
Selain itu, ada juga yang memberitahu Asa juga mengikuti sekolah rendah di Jepun apabila dia lulus uji bakat di bawah YG Entertainment serta pernah mengikuti kelas teater muzikal di Jepun untuk mengasah bakat dalam bidang produksi dan nyanyian.
Ads
Namun setelah berpindah ke Korea, beliau tidak dapat meneruskan pendidikan formal kerana statusnya sebagai warganegara asing dan masih kecil ketika itu dan masih belum fasih bertutur dalam bahasa Korea sepenuhnya.
Sementara itu, isu pendidikan dalam kalangan idola K-pop memang sering menjadi topik sensitif. Bagaimanapun, dalam kes Asa, ramai menyifatkan kejayaannya sebagai bukti bahawa bakat, kerja keras dan sokongan sekeliling mampu mengatasi kekangan formaliti akademik.
Sekalipun kenyataannya tampak janggal bagi sesetengah pihak, para peminat menganggap pengorbanan Asa dan perjalanannya sejak kecil untuk menjadi idol sebagai sesuatu yang patut dihargai. Kini, Asa bukan sahaja berjaya meraih populariti sebagai anggota BABYMONSTER, tetapi beliau perjuangannya turut dilihat sebagai lambang dedikasi dan keberanian mengejar impian dari usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
Selepas move on dengan kes tersebut, terbaru Johnny Depp dikatakan meraih RM16 juta dalam masa beberapa jam sahaja dengan menjual koleksi sulung miliknya. Koleksi bernama Friends & Heroes itu secara rasminya telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Bintang Hollywood terkenal itu telah mempamerkan koleksi karya seni dengan merangkumi 780 lukisan edisi terhad di 37 galeri Castle Fine Art.
Menerusi laporan BBC, Johnny Depp menjual 780 lukisannya dalam masa beberapa jam dan lukisan utamanya iaitu empat potret artis dijual satu set pada harga RM80,000.
Johnny Depp juga berkongsi karyanya melalui hantaran Instagram.
Koleksi tersebut adalah sebahagian daripada koleksi Friends and Heroes Johnny Depp yang menampilkan empat potret artis iaitu Bob Dylan, Elizabeth Taylor, Al Pacino dan Keith Richards.
Pelakon Hollywood itu menjual lukisan tokoh “inspirasi” termasuk (l-r) Keith Richards, Elizabeth Taylor dan Bob Dylan (Foto Via BBC)
Johnny Depp menyatakan potret artis tersebut adalah orang yang memberi inspirasi kepadanya.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya.
Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Korea Miracle In Cell No 7 yang pernah viral sebelum ini khabarnya bakal diadaptasi oleh negara jiran kita, Indonesia.
Drama ini mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana jalan cerita seorang ayah yang mempunyai masalah mental berkorban untuk si anak sangat menganggu emosi penonton sehingga membuatkan korang bakal menangis.
Sebelum ini, Turki, India dan Filipina telah membuat filem remake bagi Miracle In Cell No.7 dan kini khabarnya Indonesia juga turut mengadaptasi filem ini.
Versi Indonesia ini diarahkan oleh Hanung Bramantyo yang dibintangi barisan pelakon seperti Vino Bastian, Bryan Domani, Mawar De Jongh, aktris cilik Graciella Abigail, Indro Warkop, Tora Sudiro, Deni Sumargo, Rigen dan Indra Jegel.
Walau bagaimanapun, menurut pengarah filem Hanung Bramantyo, ini adalah tugas besar yang perlu digalas dan bukannya mudah untuk mengarahkan filem remake kerana pastinya bakal berhadapan dengan perbandingan yang akan dibuat oleh penonton.
Beliau juga mengatakan akan ada penyesuaian beberapa babak agar penonton dapat merasa lebih dekat dengan filem Miracle In Cell No.7 dari Korea itu.
Namun begitu, hukuman yang akan dilakonkan nanti adalah fiktif dan tidak terkait dengan hukuman di negara Indonesia.
Wah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan nanti. Biasanya filem-filem sentuhan Indonesia ni pun tak kurang hebatnya dalam menyentuh emosi sedih penonton.
Selepas sekian lama menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat, Astro Shaw akhirnya mendedahkan barisan pelakon yang bakal membintangi naskhah terbaharu mereka, Kudrat 1968.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi majlis sidang media cast reveal yang berlangsung pada Rabu, sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang akan menghidupkan dunia Kudrat 1968.
Barisan Pelakon Akhirnya Diumumkan
Antara pelakon yang diperkenalkan kepada umum ialah Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith.
Kemunculan mereka di pentas menerima sorakan gemuruh daripada para peminat yang hadir, sekali gus membuktikan keterujaan orang ramai untuk menyaksikan naskhah berkenaan.
Empat Episod Premium Sebelum Filem Ditayangkan
Lebih mencuri perhatian apabila penerbit eksekutif Kudrat 1968, Raja Jastina Raja Arshad mengumumkan bahawa peminat bakal disajikan dengan pengalaman tontonan yang berbeza.
Menurut beliau, penonton akan dapat mengikuti empat episod premium menerusi siri Astro Originals terlebih dahulu sebelum filem Kudrat 1968 ditayangkan di pawagam.
“Kudrat 1968 adalah sebuah filem tapi sebelum itu anda akan menyaksikan empat episod menerusi siri premium Astro Original sebelum anda menonton filem.
“Ini buat pertama kali di Malaysia untuk bawa anda dekat dengan dunia Kudrat,” katanya.
Peminat Makin Tidak Sabar Nantikan Tayangan
Sebelum ini, keterujaan peminat sudah mula dirasai apabila Mierul Aiman diumumkan bakal membawa watak Kuda dalam siri drama berkenaan.
Pengumuman tersebut sekali lagi menyemarakkan penantian peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana dunia Kudrat 1968 bakal dikembangkan menerusi gabungan siri premium dan filem.
Bagi yang sudah tidak sabar, jangan lupa untuk menonton Kudrat 1968 menerusi platform Astro GO dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!