Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi, selebriti juga membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
Cukup membanggakan apabila 28 penggiat seni yang juga penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Dekan.
Anugerah itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini. Antara selebriti tanah air yang tersenarai adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus, Pekin dan Haziq AF.
Pekin ketika ditemui meluahkan perasaan syukur dan gembira dengan pencapaian yang diraih setelah berhempas-pulas membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, pengarah serta penerbit.
Ads
“Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sama ada mahu teruskan belajar atau tidak. Usia dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam bidang akademik.
“Selepas enam tahun bergelut membahagikan masa antara pelajaran dan kerja industri, akhirnya saya berjaya menerima Anugerah Dekan. Insya-Allah saya akan bergelar graduan UUM pada majlis konvokesyen yang diadakan tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Amir pula menyifatkan penat lelahnya sepanjang pengajian terbalas dengan penganugerahan tersebut.
“Meskipun masih berbaki satu semester sebelum tamat pengajian, saya gembira dengan pencapaian ini. Saya berusaha untuk habiskan pelajaran agar dapat menghadiri konvokesyen bersama rakan-rakan lain pada tahun depan.
Ads
“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan jadual kerja dan belajar saya,” katanya.
Malah, dilaman instagram pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin turut berkongsi momen indah tersebut.
Kesemua selebriti tersebut adalah antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Ternyata, pendidikan penting buat semua untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang tua-tua selalu memesan, jangan terlalu yakin kita tidak akan diganggu oleh kelibat ‘si dia’ semasa sedang bersendirian. Sama sekali, jangan kita bercakap besar.
Well, ini bukanlah cerita mengenai ahli Blackpink, Rosé bercakap besar. (Do not hurt us, Blinks!) Namun, satu kejadian yang agak pelik berlaku semasa penyanyi Korea itu sedang bercakap dengan peminatnya menerusi sesi Naver V Live semalam.
Untuk pengetahuan, Rosé baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-25 semalam. Disebabkan oleh musim pandemik ini, Rosé tidak dapat bersama-sama orang yang disayanginya dan terpaksa menyambut secara sederhana saja. Lantas, dia mengambil keputusan untuk bersama Blinks.
Sewaktu sedang rancak berborak dan mengiburkan Blinks, Rosé memberi respon kepada salah seorang pengikutnya yang bertanyakan sekiranya bilik itu ‘berhantu’.
“Korang semua, tiada hantu di belakang saya. Saya tidak pernah melihat hantu sebelum ini. Jika pada saat ini, semasa live ini saya melihat hantu untuk kali pertama…”
Belum sempat Rosé menghabiskan ayat tersebut, sejenis barang di dalam biliknya itu terjatuh. Apa lagi gaiss, terkejutlah idol kegemaran korang ini!
Mysterious betul timing objek itu jatuh sehinggakan Rosé menarik kata-katanya semula.
“Itu amat menakutkan. Saya hanya bergurau saja tadi tapi ada sesuatu telah terjatuh..” Tak tahulah kami nak tumpang takut ataupun hendak tergelak melihat reaksi comel Rosé. Hehe..
Apapun, Rosé telah berkongsi satu perancangan yang akan dilakukannya tak lama lagi.
Mungkin.
Ia adalah untuk mewujudkan akaun YouTube-nya sendiri apabila dia semakin menghampiri pelancaran debut solonya tak lama lagi. “Saya rasakan selepas solo saya dilancarkan, saya mungkin akan mewujudkan (akaun YouTube). Saya rasa kamu semua boleh menjangkakannya dari saya.
“That was a really refreshingly straightforward spoiler just now right? Bagaimana semua? Ia adalah spoiler yang jelas kan?” kongsinya.
Perancangan ini hadir selepas Jennie memulakan YouTube channel sendiri pada bulan lalu. Manakala, Lisa pula telah lama mempunyai akaun YouTube yang mempamerkan skil tariannya.
Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat diseluruh dunia.
Semalam, melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi terkenal dari negara jiran Indonesia, Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnez Monica berkongsi sebuah video dimana beliau telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.
Siap dengan #hashtag AG PEDULI, Agnez Mo menyatakan bahawa program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu.
Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma.
Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi juga telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan seperti ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.
Klinik vaksin itu ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.
Selain daripada memberi vaksin secara percuma, Agnez Mo juga melakukan amal kebajikan dengan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada penerima vaksin.
Untuk info, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik.
Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pelantun yang popular lagu ‘matahariku’ ini.
Sumber : Instagram Agnes Mo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lisa BLACKPINK berjaya memecahkan dua rekod dunia dengan lagu ‘LALISA’. Anggota BLACKPINK dari negara Thailand ini berjaya mengalahkan rekod yang sebelumnya dipegang oleh rakannya Rose BLACKPINK.
Terbaru, Guinness World Records mengumumkan ‘LALISA’ sebagai klip video solo dengan tontonan terbanyak dalam 24 jam. Lagu yang memulakan debut solo Lisa BLACKPINK ditonton 73.6 kali dalam 24 jam di YouTube.
Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Taylor Swift dengan ‘ME!’ pada bulan April 2019. Lagu kolaborasinya dengan Brendon Urie ditonton sebanyak 65.2 juta kali dalam 24 jam.
Bukan itu sahaja, Lisa BLACKPINK juga mengalahkan rekod yang dipegang oleh BLACKPINK’s Rose. MV untuk ‘LALISA’ kini menjadi MV debut solo K-Pop yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.
Sebelum ini, BLACKPINK’s Rose memegang rakaman dengan lagu ‘On the Ground’ yang ditonton 41.6 juta kali dalam 24 jam. Ini membuktikan populariti anggota BLACKPINK. Kedua-dua pencapaian itu akan dicatat dalam buku Guinness World Records 2022 di bahagian media sosial.
Untuk pengetahuan semua, album ‘LALISA’ terjual lebih dari 736 ribu naskhah pada minggu pertama setelah dilancarkan dan beliau juga juga akan menerima sijil emas dari Hanteo Chart.
Sementara itu, Lisa BLACKPINK masih menjadi idola K-Pop dengan jumlah pengikut tertinggi di Instagram. Pemilik akaun Instagram @lalalalisa_m diikuti oleh lebih daripada 62.7 juta akaun Instagram.
Amacam, memang onz single terbaharu Lisa Blackpink ni kan?
Daebak….Congrats Lisa..!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...