Skechers Malaysia memperkenalkan koleksi Skechers The UNO untuk pemakai lelaki dan perempuan khas bersempena acara SneakerLAH yang berlangsung di ibu negara, pada 7-8 Oktober lepas.
Didatangkan dalam tujuh rona menarik berdasarkan personaliti sang pemakai, ia terdiri daripada rona Off-White, Black, Red, Lime Green, Navy, Hot Pink dan Blush; jujurnya sukar untuk pengunjung booth Skechers tempoh hari untuk memilih hanya satu daripada ketujuh-tujuh warna tersebut!
Ads
Tapi jika korang berperwatakan chill, effortless dan inginkan sesuatu yang malar segar bagi jangka panjang seperti duta rantau Asia Skechers iaitu Cha Eun-woo sendiri, pastinya korang akan memilih rona Off-White seperti yang tertera dalam iklan acah Skechers The UNO.
Banyak sebenarnya perkara yang menarik mengenai model ini. Selain kelihatan minimal dan amat (AMAT) menyelesakan ketika disarung, Skechers The UNO dilengkapi dengan teknologi kusyen dalaman Skechers Air-Cooled Memory Foam di bahagian dalam serta teknologi air-cushioned Skech-Air yang jelas dapat dilihat pada bahagian midsole.
Seperkara lagi bagi pemakai perempuan, haa korang mempunyai kelebihan apabila menyarungkan salah satu daripada lima model yang dikhaskan untuk perempuan (Off-White, Black, Blush, Lime Green & Hot Pink).
Ini kerana ia didatangkan khas dengan insole tambahan setinggi 1 inci agar korang akan kelihatan lebih tinggi daripada kebiasaan dan semestinya selesa ketika berjalan!
Koleksi Skechers The UNO boleh didapati di laman web rasmi Skechers Malaysia, akaun rasmi Skechers di platform Shopee & Lazada serta di stor Skechers seluruh Malaysia. Korang boleh memilikinya hanya pada harga serendah RM399 je! Barulah boleh matchy matchy dengan Oppa Cha Eun-woo, hehe..
Demam dunia Korea bukan saja melanda peminat K-Drama, K-Pop, Korean variety show dan makanan Korea. Malah, sebilangan besar peminat Korea di Malaysia teringin sangat nak memiliki kecantikan kulit seperti bintang idola mereka.
Iyalah, perempuan Malaysia dengan perempuan Korea Selatan tak adalah berbeza sangat. Kedua-duanya berasal daripada benua Asia juga. Tapi bagaimana kulit mereka boleh sentiasa kelihatan flawless walaupun tanpa memakai mekap?
Ada rahsianya uols. Orang Korea sangat pantang dengan kecantikan kulit. Jika melihat kepada cara mereka menjaga kulit daripada ‘ancaman’ kulit gelap, penuaan dan kedutan, memang korang tak terikutlah. Banyak sangat langkah yang perlu diamalkan!
Namun, dengan 5 langkah mudah ini, sebenarnya korang dah boleh menjamin kulit wajah yang selesa, lembut dan cukup hidrasinya.
1. Mandi Pancuran Air Berwap
Tak semua orang mempunyai masa atau berduit untuk ke pusat rawatan facial setiap minggu. Tak perlu risau, apa yang boleh korang praktikkan adalah untuk mandi atau shower air panas sekitar 2-3 kali seminggu.
Fungsi wap panas itu adalah untuk membuka rongga kulit. Semasa mandi, gunakan jari untuk mengurut wajah dengan cara ‘finger tapping’ dalam formasi bulatan. Bermula dari dahi, pipi dan seterusnya ke dagu.
Amalan pertama ini bagus untuk meransang rongga kulit agar aktif terbuka.
2. Gosok Sehingga Berbuih, Baru Sapu
Seperti biasa setiap kali selepas mandi, pastikan korang membasuh wajah menggunakan pembasuh muka. Jangan sekadar ‘asal buat’ je. Pastikan basuhan rata dan menyeluruh.
Namun sebelum mula membasuh, gosokkan campuran cleanser dan air pada tapak tangan terlebih dahulu sehingga ia berbuih. Ini bagi memastikan muka tidak ‘dikasari’ oleh jari kamu demi menghasilkan buih. Kalau tak, tak anjal lah lagi kulit.
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Cleanser. RM12.50
3. Jangan Skip Toner
Biasalah, orang Malaysia memang selalu nak cepat je. Daripada pembasuh muka terus lompat ke pelembap.
Jangan sesekali melangkah step menggunakan toner kerana ia betul-betul membersihkan kulit wajah sekiranya korang terlepas mana-mana bahagian wajah semasa membasuh tadi.
Toner juga adalah perkara wajib bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau kulit mudah terdedah dengan masalah jerawat.
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Facial Toner. RM13.90
4. Rahsia Utama Perempuan Korea
Kalau di Malaysia, kebanyakan daripada kita merasakan bahawa pupur muka atau facial mask itu tidak begitu penting. Ataupun kita rasa ia hanya untuk orang yang mempunyai bajet lebih je.
Situlah silap kita. Salah satu sebab kulit pelakon Korea cantik adalah kerana mereka rajin meletakkan pupur muka overnight semasa tidur.
Semasa tidur, sel kulit korang akan berada dalam recovery mode. Jadi apabila meletakkan pupur muka sepanjang malam, muka tidak kelihatan letih semasa bangun tidur.
TIP! Selepas meletakkan pupur muka ke atas muka, jangan terus buang paket tu tau. Ambil lebihan serum yang ada dan lumurkan pada leher, bahu dan tangan korang agar kulit merasa lembap. Jangan membazir, gunakan sampai licin!
REMAJA’s Choice: Syahirah Korean Secrets Face Mask.
5. ‘Tarik Ke Atas’ Supaya Kulit Tegang
Seperti biasa sebelum melakukan mekap, ratakan krim siang pada wajah. Caranya, titikkan krim di hujung jari, ratakan pada jari dan sapukan pada wajah dengan teknik ‘tarik ke atas’ dari dagu ke pipi. Juga dari hidung ke dahi.
Dengan cara ini, kulit serta-merta akan terasa lebih bertenaga dan tegang. Efek macam buat facelift!
REMAJA’s Choice: Syahirah White Glow Krim Siang SPF 20
6. Minum Teh Barli
Kalau nak cantik, diet korang pun kenalah cantik. Selain menjaga pemakanan dan memperbanyakkan pengambilan air kosong, satu cara yang selalu dipraktikkan oleh perempuan Korea adalah teh barli.
Minuman ini kaya dengan kandungan anti-oksidan dan mampu memperbaiki perjalanan darah. Jadi, lupakan teh tarik dan air bandung tu. Amalkan teh barli atau minuman barli suam okay.
========================
Mesti ada yang tertanya, mengapa REMAJA senaraikan satu-persatu produk Syahirah di atas. Ini kerana kami percaya akan kebaikan kandungan mereka yang diimport dari Pulau Jeju Korea Selatan.
Selain menggunakan teknologi terkini daripada negara itu, kandungan Set Korean Secrets-nya juga diakui Halal oleh pihak JAKIM.
Cubalah, mana tahu jadi secantik Bae Suzy pula lepas ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mudah bagi kita menyeru agar semua orang bersyukur dengan rupa paras yang diberikan Tuhan kepada kita. Namun, dalam tak sedar, ramai yang mengalami kemurungan disebabkan tidak yakin dengan rupa paras sendiri sehinggakan perasaan ingin bunuh diri timbul.
Minggu ini, portal The Coverage melaporkan seorang kanak-kanak di Singapura yang berusia 10 tahun telah menulis sekeping nota ‘bunuh diri’ selepas dia mengalami kemurungan. 10 tahun?!
Selepas dia bertengkar dengan ibunya disebabkan perkara tertentu, kanak-kanak tersebut menulis, “Betapa nikmatnya jika dia dapat mengambil pisau dan berjaya menikam dirinya.” Nota itu dijumpai oleh ibunya sendiri ketika sedang mengemas bilik anaknya itu pada tahun lepas.
Inti pati nota ‘bunuh diri’ tersebut adalah cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Namun setelah dibaca, jelas bahawa anaknya itu mengalami kemurungan teruk.
Nota yang dijumpai.
Antara kandungannya berbunyi, “Saya rasa sangat teruk. Saya rasa macam hendak terjun bangunan dan mati, tapi saya tahu dia (ibu) akan menangis dengan terus. Jadi, saya akan rahsiakan perkara (perancangan) ini.
“Saya terfikir, kenapa ibu lahirkan saya dengan rupa sebegini. Pendek, gemuk dan hodoh. Dia tak suka lihat saya menangis setiap masa.
“Alangkah bagusnya jika saya dapat sebilah pisau dan berjaya tikam diri saya. Tiada lagi buli. Tiada lagi kerja sekolah. Saya akan bunuh diri pada suatu hari nanti.
“Saya tidak akan lagi tersenyum, hanya menangis! Saya akan memuji diri sendiri kerana bodoh. Saya tidak mahu hidup lagi. Maaf (saya) buat ibu menangis!”
Gambar hiasan.
Selepas menemui nota tersebut, ibunya yang terkejut segera meminta bantuan FutuReady Asia’s Character & Leadership Academy untuk membantu mengatasi masalah kemurungannya anaknya itu.
Kini selepas beberapa bulan, emosi anaknya dikatakan semakin stabil. Ibunya juga meminta khidmat kaunselor untuk membantu.
Siapa sangka, kanak-kanak ini sangat ceria di sekolah. Keputusan di sekolah juga cemerlang. Namun, selama ini dia hanya memendam rasa tak puas hati terhadap diri sendiri.
Kajian di Singapura mendapati kanak-kanak seawal usia 7 tahun telah mengalami masalah kemurungan. Besar kemungkinan, ia disebabkan kesibukan ibu bapa di tempat kerja dan juga isu buli di sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mencuba untuk diet. Separuhnya berjaya tetapi ada juga yang gagal sama ada berhenti di tengah jalan atau tubuh tidak susut biar segala usaha sudah dilakukan.
Ada ketikanya ramai mengesyorkan senaman, kurangkan minuman manis, berlemak, tidak makan nasi serta lain-lain petua. Namun metabolisme tubuh seorang individu cukup berbeza satu sama lain. Ada yang tubuhnya memang gemuk air dan bila berdiet kesan nampak ketara. Tapi jika tubuh dan rangkanya agak besar, biar sudah diet, tubuhnya tetap nampak berisi lagi.
Tapi pengalaman seorang remaja dari Filipina, Luchie De Leon mungkin boleh menjadi inspirasi buat ramai wanita yang idamkan tubuh kurus. Dietnya cukup mudah, HANYA MINUM AIR PUTIH dalam jumlah yang banyak. Nak lebih sedap, campurkan dengan sedikit lemon dan sesekali halia. Jadi tak adalah bosan sangatkan.
Dalam entrinya dengan berat badan 63 kg Luchie berkata, dia memulakan dietnya selepas penat berusaha termasuk joging, kurungkan makanan tetapi semua itu tidak memberi kesan kepada tubuhnya.
Akhirnya dia nekad untuk hanya minum air putih sahaja selepas membaca manfaat yang diperolehnya jika minum banyak air putih.
Rampingkan, dietnya hanyalaha air putih sahaja
Ini bentuk badannya yang dahulu
Perkongsiannya menjadi viral selepas dia memuatnaik gambar terkininya selepas dua bulan mengamalkan diet tidak mudarat iaitu hanya minum air putih. Tambahnya lagi, dia kurang ke gym dan jarang mengambil minuman ringan atau berkarbonat.
Kini bentuk badannya memang menjadi idaman ramai wanita sebayanya. Malah Luchie De Leon turut berkongsi rahsia dietnya.
Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.
Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam tempoh 10 minit rasa lapar itu tetap ada, itu tandanya tubuh memang perlukan makanan. Makanlah dalam jumlah sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu hilang, cuba lagi minit air putih sebagai”trick” pada minda.
Kalau mahu minum air putih bercampur lemon itu agak baik kerana lemon bertindak sangat efetif untuk detoks.
Jika tidak keberatan, campurlah sedikit hirisan halia atau air perahan halia ke dalam air putih kerana ia juga elok untuk membuang angin dalam tubuh.
Ternyata selepas beberapa bulan berlalu, tubuhnya terus ramping dan dirinya kelihatan jauh muda berbanding ketika tubuhnya berisi dahulu. Kata Luchie, dia hanya sekadar berkongsi pengalaman dirinya sahaja yang mana ianya mungkin kurang sesuai dan tidak menjadi bagi sesetengah orang.
Jadi bagi yang ingin mencuba diet sepertinya, bolehlah mencuba ya. Harap tubuh korang kelihatan seperti apa yang korang impikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.