Menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi, pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kecilnya.
Lebih bermakna buat pasangan itu, Syatilla dan suami tercinta yang juga pelakon hebat, Shaheizy Sam memilih tanah suci untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.
“Allahuakbar. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki luar biasa ini Ya Allah.
Ads
“Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan Multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ketuiuh Ya Allah,” coretnya.
Ads
Pada masa sama, bekas peserta Dewi Remaja tahun 2009/2010 itu turut memanjatkan doa agar segala hajatnya bersama suami dikabulkan Allah.
“Semoga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati. Selamat ulang tahun sayang @shaheizy_sam #8Feb2016,” tulisnya lagi dalam ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa yang tidak mahu orang yang disukai mereka membalas cinta atau mula jatuh hati kepada mereka. Walaupun hanya sekadar kawan, jika korang dah mula rasa suka pada seseorang itu, eloklah sekiranya kita mengambil hatinya. Mana tahu nanti dikebas orang pula. Hiks!
Remaja nak berkongsi tip bagaimana nak buat orang jatuh hati dekat korang. Ha, tak percaya?
Jom kita lihat antara tip-tip psikologi untuk buat orang jatuh hati menurut seorang ahli psikologi yang dikenali sebagai Aiman Psikologi.
1. Jadikan diri korang sama personaliti seperti parents lain jantina dia
Nak pikat perempuan, jadi macam ayah dia
Nak pikat lelaki, jadi macam mak dia
Sebab manusia ini separa sedar mencari seseorang seperti ibu bapa mereka (tetapi ini hanya untuk pasanga yang mempunyai hubungan baik dengan parents)
2. Belajar tentang psikologi keperluan seseorang. Kalau korang boleh provide apa yang dia nak, walaupun kecil lama-lama dia akan suka kau!
Tolong ambilkan tisu bila dia minta, bagi peluang dia bercakap dalam perbualan dan sebagainya.
3. Jadi misteri sikit
Jangan tunjuk/beritahu semua benda tentang korang pada dia. Simpan sikit supaya dia jadi curious nak tahu pasal korang. Bila dia curious, itu tanda mindanya tengah terbuka dan petanda dia sedang membina hubungan hati ke arah korang.
Sebab kajian membuktikan bahawa lelaki suka pada perempuan yang nampak mesra dan perempuan pula suka lelaki yang nampak cool serta tegas (bukan terlalu happy go lucky)
5. Tonjolkan apa-apa persamaan kau dengan dia (yang betul, bukan dibuat-buat). Manusia ni cepat mesra dengan seseorang yang dia ada persamaan.
6. Manusia mudah kaitkan excitement dengan love
Jadi korang buatlah apa-apa aktiviti menyeronokkan dan ada dopamine (hiking, main ice skating) waktu dia ada sekali. Nanti dia akan kaitkan keseronokan aktiviti itu dengan kehadiran korang (theory of associated conditioning).
7. Korang boleh menunjuk sesuatu yang korang ada tapi jangan secara direct. Jangan terang-terang cakap “Aku datang kerja naik Ferrari” atau “Aku hormat orang tua”. Biarlah perkara itu dilihat secara halus oleh mereka
8. Bila nak tunjuk sifat positif, jangan sekali gus. Tapi biar berperingkat. Dia akan lagi seronok nak mengenali korang dan nak tahu apa sifat baik korang yang seterusnya.
9. Mahalkan dirimu dan yakin dirimu mahal
Bila korang yakin diri korang mahal, baru orang akan yakin korang mahal. Jangan humble sangat sampai orang nampak korang ni tak bernilai dan jangan pula yakin sangat sampai nampak korang ni show off.
10. Selalu tonjolkan diri korang pada dia
Sains dah cakap, orang yang selalu muncul/hadir depan mata biasanya akan lebih disayangi. Bila berjauhan, cepat dilupakan. Sebab tu long distance relationship ini sebenarnya mencabar gila.
Tip terakhir, jangan berharap sangat dengan tip di internet termasuklah thread ni. Hiks! Psikologi manusia bukan macam mesin, satu formula terpakai untuk semua. Paling penting, jujurlah jika mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang itu dan percayalah apa-apa tindakan dari hati kita akan sampai juga ke hati dia. Cewah!
Apa-apa pun, mungkin korang boleh cuba tip yang diberikan ini. Mana tahu berguna kan?
Tak semua orang bersedia atau mahu menjalani hubungan cinta.
Kenapa nak paksa diri kalau rasa masih belum bersedia untuk memberi komitmen kepada seseorang, betul tak?
Walaupun ramai yang berpendapat golongan single ini menerima ‘nasib’ sebegini kerana perlu fokus kepada kerja, pelajaran dan keluarga, ada juga yang memilih kehidupan kerana selesa dengannya.
Sempena Single Day ataupun Bachelor’s Day yang disambut di China pada hari ini – 11 November, nah kami senarai 5 kelebihan sebagai orang single.
01
Boleh Ke Mana Sahaja Dengan Bebas
Sumber Foto : Newsweek
Bayangkan reaksi pasangan jika korang secara tiba-tiba memberitahunya ingin melancong ke sana-sini, ingin menyambung pelajaran di luar negara atau paling senang, ingin merantau ke negeri lain. Semestinya dia akan ‘meletup’ dan korang akan terlibat dalam satu perbincangan panjang lebar.
Berbeza dengan orang single, mereka tidak perlu risaukan itu semua. Nak ke mana je, tak perlu fikir panjang. Book tiket, terus pergi!
02
Boleh Berkenalan Tanpa Had
Sumber Foto : Pinterest
Let’s face it, semua orang suka berkawan dan mengenali individu baru dalam hidup mereka, baik lelaki ataupun perempuan. Tapi tidak semua orang yang boleh menerima jika pasangan mereka berkenalan dengan orang lain di media sosial dan di luar.
Lebih parah lagi jika pasangan itu bersifat insecure dengan diri sendiri dan mempunyai isu cemburu buta. Yang penting, orang single tak berdepan dengan itu semua.
03
Lebih Berdikari
Sumber Foto : Pinterest
Bila sudah terlalu lama terlibat dalam hubungan cinta, secara tak langsung kita akan bergantung harap kepada pasangan. Apa-apa yang dilakukan pasti memerlukan ‘greenlight’ daripada si dia.
Kadangkala jadi rimas juga! Berbeza dengan golongan single yang dilihat lebih berdikari dalam membuat keputusan dan sentiasa bersedia untuk berdepan situasi tidak dirancang.
04
Masa Dengan Rakan-Rakan
Sumber Foto: Kpop Chingu
Ini perkara yang sudah jadi lumrah. Bila bercinta, hubungan korang dengan geng lama akan sedikit-sebanyak berubah. Selain meluangkan masa dengan lebih terhadap pasangan, kehadiran pasangan juga memerlukan korang ‘mengubah perangai’. It is not that you are not being yourself in front of him/her, tetapi kadangkala hanya rakan-rakan yang memahami perangai lama korang.
Pernah tak korang mendengar keluhan daripada rakan-rakan terhadap pasangan yang clingy dan needy? Sebagai seorang yang single, korang tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh pasangan. Nak lepak sampai Subuh pun tiada siapa peduli!
05
Emotionally Stable
Sumber Foto : Amino Apps
Okay, bukan bermaksud orang yang telah berpasangan itu tidak stabil dari segi emosi. Cuma mereka adalah ‘golongan terpilih’ yang telah bersiap sedia dengan dunia berpasangan. Tak semua orang sudah bersedia untuk hidup berdua, kadangkala dikongkong, perlu berkompromi, harus berkongsi..
Sebagai seorang yang single, REMAJA pasti korang akan bertemu dengan seseorang yang istimewa, tak lama lagi. Cuma buat masa ini, korang lebih stabil sebagai seorang yang single. Akan tiba masa yang tepat apabila si dia muncul dalam hidup korang.
Jika korang memaksa diri untuk berpasangan sedangkan hati dan minda korang merasakan tidak bersedia, korang sendiri yang akan merasa tertekan dengan perubahan yang akan berlaku.
*
Haa, bagi yang sudah berpasangan, jangan pula gatal nak clash sebabkan gaya hidup orang single! Hehe.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan selebriti tempatan, Amira Othman pastinya menjadi wanita paling bahagia pada saat ini setelah Fattah Amin hari ini mengesahkan bahawa dirinya akan menikahi Amira pada 14 September, Ahad ini.
Amira, 31 bersama-sama Fattah mengambil kesempatan sidang media pelancaran lagu terbaru Amira berjudul ‘Rasa Dan Takdir’ untuk membuatkan pengumuman mengejutkan itu.
Sebelum tiba tarikh keramat 14 September ini, jom kita lihat lima fakta menaik mengenai Amira Othman, suri hati istimewa buat Fattah Amin.
01
Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman merupakan bekas peserta program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 di mana dia menamatkan saingan di kedudukan ketiga di belakang Faizul Sany (juara) dan Azhael aka duo Azhar Osman dan Hael Husaini (naib juara). Turut bertanding pada musim tersebut ialah Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Aishah Aziz.
02
Selepas menaikkan saingan dalam Akademi Fantasia, Amira terus aktif dalam bidang nyanyian. Pada masa yang sama, adiknya Irfan Harris juga menyertai dunia seni sebagai penyanyi serta pernah menyertai program realiti di bawah Astro, Big Stage.
Walaupun masing-masing bergelar penyanyi, itu tidak bermakna pasangan adik-beradik ini sesekali melupakan kepentingan pendidikan. Amira melanjutkan pengajian diploma jurusan muzik (major vokal klasik) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam manakala Irfan menamatkan pengajian dalam pengajian diploma Seni Hiburan daripada UOW Malaysia KDU University College.
03
Selain menyanyi, Amira juga mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Drama bersiri pertama yang menampilkannya adalah drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You di samping Hisyam Hamid. Amira turut muncul dalam sebuah lagi drama bersiri popular, Red Velvet yang menampilkan Alif Satar dan Neelofa.
04
Bercakap mengenai dunia percintaan pula, jarang sekali kita mendengar gosip bercinta melibatkan Amira Othman. Siapa sangka, Amira juga pernah bercinta beberapa tahun lepas namun hubungan tersebut terputus di tengah jalan.
Selama beberapa tahun bertaut cinta dan sudah menghampiri jenjang pelamin, Amira redha dengan takdir Allah SWT. Di pihak Amira pula, dirinya enggan berkongsi lebih mengenai perhubungan tersebut demi menghormati bekas kekasihnya itu dan demi menjaga ketenangan dirinya sendiri daripada diasak persoalan siapakah gerangan si jejaka berkenaan.
Penampilan Amira yang sejak awal kemunculannya sentiasa sopan dan bersederhana membuatkan ramai peminat merasakan Amira tidak mempunyai isu dalam mempraktikkan ajaran agama Islam mengikut kadarnya. Namun dalam satu sesi temubual bersama Nana dan Faizal Ismail di radio Zayan, Amira bertukar sebak kerana mengakui tidaklah sesempuna yang disangka.
Amira mengakui dirinya juga seorang pendosa namun dia berpegang teguh kepada satu perkara iaitu solat. Dalam nada sebak, Amira berkata dirinya yakin solat adalah tiang agama yang wajib cuba dijaga oleh mana-mana insan tidak kiralah sejahat mana mereka sekalipun.
Apabila dapat berkumpul dengan rakan-rakan lain juga, Amira akan berpesan untuk menjaga solat masing-masing walaupun kadangkala hati menjadi liat.
*
Alahai, sejuk je hati bila mendalami keperibadian Amira Othman, kan!
REMAJA mendoakan segala perancangan mereka bagi menjayakan Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini berjalan lancar.
Korang boleh menontonnya secara percuma di aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi mulai jam 8 malam.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian pelakon muda berbakat, Kaylee Hottle, yang dikenali menerusi francais Godzilla vs. Kong, selepas terbabit dalam satu kemalangan...