Mereka belum mencapai tahap populariti seperti TWICE, Red Velvet, Blackpink, MaMaMoo dan lain-lain grup K-pop perempuan lain. Namun berita pembubaran ini masih mengejutkan dunia hiburan Korea. Apatah lagi, grup yang dianggotai lima orang ahli ini baru saja muncul selama LIMA hari!
Jadi, siapakah Solia ini sebenarnya?
Solia merupakan grup baharu yang ditubuhkan di bawah label Space Music Entertainment; sebuah syarikat yang bertanggungjawab menaikkan nama beberapa penghibur Korea Selatan seperti Heo Yu Jin, kumpulan HI CUTIE dan Like Me.
Dianggotai oleh Seyeon, Soree, Suna, Hayeon dan Eunbi, Solia wujud hasil gabungan dua buah kumpulan.
Ads
Soyeon dan Soree merupakan ahli sebuah kumpulan tarian bernama Remember manakala Suna, Hayeon dan Eunbi pula sebelum ini pernah berada di bawah kelolaan label Good Dream Entertainment sebagai ahli kumpulan SIOSIJAK sebelum kumpulan itu dibubarkan.
Setelah melalui proses latihan dan persiapan rapi, Solia melakukan debut mereka pada 17 Ogos lalu menerusi single pertama berjudul Dream. Percubaan Solia untuk menarik lebih ramai peminat menerusi Dream seakan berjaya apabila video muziknya di YouTube telah mencatatkan 750,000 tontonan setakat ini. Namun, nasib nyata tidak menyebelahi Solia. Mereka terpaksa menebalkan muka dan mengumumkan pembubaran kumpulan menerusi akaun media sosial hanya lima hari setelah meraikan kemunculan.
Tiada sebab tertentu dinyatakan oleh pihak label atau ahli-ahli Solia setakat ini. Namun, pembubaran itu dipercayai terjadi disebabkan masalah kewangan Space Music Entertainment demi menanggung kos pengelolaan Solia.
Biarpun secara teknikalnya, Solia kini tidak lagi wujud – impak setiap ahlinya masih dapat dirasai menerusi sokongan yang diberikan warganet seperti kata-kata semangat, makian terhadap syarikat label dan peminat masih terus mengikuti Solia di media sosial.
Ramai yang marah bagi pihak Solia dan merasa kecewa atas keputusan syarikat label yang melancarkan grup baharu walaupun terang-terangan belum bersedia dari segi kewangan. Harapan dan impian lima orang ahlinya terus musnah setelah menunggu peluang ini bertahun-tahun lamanya. Bayangkan sajalah perasaan Suna, Hayeon dan Eunbi yang pernah melalui situasi sama semasa menganggotai kumpulan asal mereka.
Pisang berbuah dua kali ke ni?
Apapun, Solia kini mencatat rekod sebagai kumpulan K-pop paling pantas dibubarkan selepas mereka melakukan debut.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah ketua kumpulan Z-Girls iaitu Carlyn yang nekad meninggalkan kumpulannya setelah mendapat tahu dirinya berbadan dua dan ingin terus menetap di Filipina bersama teman lelaki serta keluarganya.
Ramai yang berpendapat bahawa hanya mereka yang bergaji besar saja boleh menyimpan wang kerana menganggap individu ini mempunyai wang lebihan untuk diasingkan sebagai simpanan.
Namun begitu, ini semua bukanlah alasan bagi korang yang bergaji sederhana untuk menyimpan duit. Pernah dengar pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’?
Kalau dah memang korang betul-betul bersungguh dan berusaha, pasti ada jalan untuk menyimpan sedikit walaupun tak banyak mana.
Seperti yang dilakukan oleh Syafiq Mustafa ini, threadnya di twitter pernah menjadi viral kerana dia berjaya menyimpan wang sebanyak RM12 ribu hanya dalam masa tiga bulan.
Wah, macam mana lelaki ni buat?
Jom kita baca tip yang telah dikongsi.
1. Set your goal
2. Jangan kedekut
3. Jangan asyik nak korek tabung
4. Jangan terlalu sayang duit, percaya pada rezeki
5. Guna tabung kecil
Walau bagaimanapun, ada suara-suara yang bercakap “duduk rumah parents boleh la. Kau tak ada tanggungan lagi masa ni.”
Lelaki ini mengaku bahawa semua benda tu betul tetapi kalau difikirkan semula, agak-agak kalau kita boleh ke simpan RM12 ribu dalam masa tiga bulan even duduk rumah keluarga? Hmm.. Hiks!
Jadi sebab itu kami katakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Kalau kita benar-benar berusaha dan bersungguh, pasti tidak ada apa yang mustahil.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.
Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.
Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.
Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.
Mengapa Nama Brussette?
Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.
“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.
Bintang terkenal ini tampil dengan memoirnya tahun lalu yang bertajuk The Meaning of Mariah Carey menceritakan kisah hidupnya tanpa ada tapisan. Memoir tersebut laris bagaikan goreng pisang panas dan pada selepas seminggu diterbitkan ia terus berada pada carta pertama New York Times Best Seller.
Namun bukan semua pihak gembira dengan penghasilan memoir ini. Kakak sulung Mariah, Alison Carey telah memfailkan saman sebanyak RM5.05 juta selepas penyanyi popular itu membuat kenyaataan tidak berasas tentang dirinya yang menyatakan kerana tindakannya dahulu seolah-olah melacurkan Mariah ketika berusia 12 tahun.
Dia mendakwa lagi tuduhan yang tidak munasabah itu bermaksud untuk mengaib dan memalukannya selain itu tindakan Mariah juga disifatkan sengaja menggunakan statusnya sebagai public figure dan mensensasikan tajuk utama bagi tujuan mempermosikan memoirnya itu.
Menambahkan lagi kritikan ke atas kakaknya, Mariah menyatakan bahawa kakaknya telah menyebabkan kulit belakang badannya melecur kerana dibaling dengan secara the panas. Menurut ibu beranak du aitu, “Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima tepukan biasa pada bahagian belakang disebabkan kulit dibahagian itu perlu sembuh dan baik dengan sendirinya.”