Aktor berpengalaman, Zul Ariffin tidak menafikan bentuk fizikalnya agak berisi ketika menjalani penggambaran filem aksi komedi terbaharu, Magik Rompak arahan sutradara terkenal, Adrian Teh.
Pelakon berusia 39 tahun itu berseloroh, meskipun berat badannya mencecah lebih 100 kilogram ketika itu, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membintangi naskhah berkenaan.
“Saya gemuk dalam filem itu. Pengarah ada tanya untuk kecilkan sedikit, tapi saya rasa macam okay dengan fizikal ketika itu. Namun apabila lihat semula, nampak sedikit besar.
“Tapi bersyukur, ada juga yang ambil berlakon. Berat saya dalam filem ini tidak silap dalam anggaran 100 hingga 102 kilogram. Namun, berat saya yang sekarang adalah 83 kilogram.
“Berat yang sekarang saya turunkan untuk sebuah lagi filem yang bakal keluar nanti. Kalau yang dalam filem Magik Rompak dah macam peti ais,” katanya.
Ads
Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Magik Rompak di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Kekalkan berat badan ideal
Mengulas lanjut, Zul menjelaskan dia kini lebih disiplin menjaga berat badan demi memastikan dirinya kekal cergas untuk melakonkan babak aksi.
“Dengan umur saya yang sekarang berusia 39 tahun, saya tidak akan biarkan berat badan saya melebihi 89 kilogram.
Ads
“Supaya jika ada terlibat dengan mana-mana filem aksi yang menuntut untuk berlawan, memudahkan untuk saya turun dengan mudah,” kongsinya.
Pertama kali bersama Adrian Teh
Dalam masa sama, Zul menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Adrian serta barisan pelakon lain sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
“Tiada sebarang cabaran yang menyukarkan, segalanya berjalan dengan baik sepanjang proses penggambaran.
“Ini juga pengalaman pertama saya berlakon di bawah arahan Adrian, dia ada cara tersendiri ketika mengarah.
Pelakon dalam filem ini juga ramai dan saya seronok dapat bekerjasama dengan mereka,” tuturnya lagi.
Selain Zul, Magik Rompak yang akan menemui penonton di pawagam bermula 11 September ini turut menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Amelia Henderson, Yasmin Hani, Fabion Loo, Miller Khan dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan terlupa makan sebelum melakukan persembahan, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz nyaris pitam selepas sesi temubual di belakang pentas.
Menerusi perkongsiannya di Instagram story @azirashafinaz, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan (32) berkata, dia dapat merasakan seluruh badannya kebas selain mengalami kesukaran untuk bernafas.
“BTS yang orang tak tahu. Selepas De Fam di temubual di belakang pentas, dah mula pening & rasa macam tak cukup oxygen” – Azira
“Seluruh badan saya jadi kebas dan saya tak dapat bernafas dengan baik. Saya ingatkan saya akan pitam” – Azira
Kredit: Instagram @azirashafinaz
“Nota untuk diri sendiri: Makan dulu sebelum buat persembahan” – Azira
Dalam perkongsian yang sama, Azira memuat naik gambarnya yang sedang dirawat oleh petugas pasukan perubatan.
“Tapi jangan terlalu risau, Alhamdulilah saya dah semakin baik sekarang” – Azira
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon tersebut dan Azira sempat memberitahu peminat supaya tidak terlalu risau kerana keadaannya sudah semakin baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pempengaruh, Cik B mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati mengenai perubahan yang dirasainya selepas ibunya, Datuk Seri Vida, kini dilihat sedang melalui fasa bahagia dalam kehidupan peribadi.
Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi berusia 21 tahun itu mengakui dia berasa sedikit sunyi kerana perlu berkongsi kasih sayang ibunya.
“Mak Cik B dah bahagia. Tapi, Cik B rasa ‘lonely’ (sunyi) sebab dah kena kongsi kasih sayang,” tulisnya.
Fazley Yaakob Tampil Beri Kata-Kata Semangat
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian kekasih Vida yang juga penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, yang tampil memberikan kata-kata semangat buat Cik B.
Menerusi ruangan komen, Fazley cuba menenangkan kegusaran Cik B dengan meyakinkannya bahawa kasih sayang seorang ibu tidak akan pernah berkurang walaupun dikongsi.
“Cik B sayang. Dida sentiasa akan ada untuk kamu. Jangan risau, okey. Kasih sayang seorang orang tua itu terlalu besar, takkan habis walau dikongsi macam mana pun.
“Semuanya bermula daripada kami dan Dida yakin, doa kamu sangat hebat. Sayang kamu Cik B,” tulisnya.
Hubungan Vida & Fazley Jadi Perhatian Warganet
Terdahulu, hubungan istimewa antara Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob menjadi bualan hangat di media sosial selepas kedua-duanya dilihat semakin terbuka mengenai hubungan mereka.
Perkembangan itu turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, dengan rata-rata mendoakan agar pasangan berkenaan terus diberi kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan.
Luahan jujur Cik B itu pada masa sama mengundang simpati warganet, malah ramai yang memahami perasaannya apabila perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baharu dalam kehidupan keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam tak percaya pula bila pelakon terkenal Hollywood seperti Ben Affleck (Justice League), Garrett Hedlund (TRON Legacy) dan Charlie Hunnam (King Arthur) berdiri di hadapan kami semua, baru-baru ini.
Kemunculan tiga pelakon kacak dan berbakat itu di samping Charles Roven (penerbit) adalah sempena kemunculan filem terbitan Netflix terbaru, Triple Frontier.
(Dari kiri): Charles Roven, Ben Affleck, Charlie Hunnam dan Garrett Hedlund.
Triple Frontier yang mula ditayangkan HARI INI menceritakan mengenai bagaimana lima orang bekas pengawai operasi Special Forces bergabung kembali untuk merancang rompakan di sempadan Amerika Selatan.
Jika dulu mereka berkhidmat untuk negara, kali ini mereka lakukannya untuk diri sendiri. Dan sepanjang filem tersebut, mereka bergelut dengan skil ketahanan diri, kesetiaan kepada kawan dan untuk kekal hidup.
* * * * *
Bukan senang nak kumpulkan para pelakon popular seperti ini dalam satu filem aksi.
Ben Affleck berkata, pengaruh hebat pengarah J.C Chandor dan barisan mantap pelakon membuatkannya tak mampu menolak tawaran tersebut.
Ben Affleck
“Anggota tentera yang berkhidmat untuk negara mereka berdekad lamanya sebenarnya mempunyai kehidupan normal juga. Dan apabila karakter ‘baik’ ini terlibat dalam misi rompakan harta gangster dadah, ia membuatkan saya lebih tertarik dengan Triple Frontier,” kata pemenang anugerah Oscar itu.
Garrett dan Charlie Diambil Kerana Kelihatan Seperti Kembar?
Sama ke muka Sam Flynn dan King Arthur berdua? Hehe..
Garrett Hedlund
Kata Garrett Hedlund, “J.C (pengarah) pada masa itu sedang mencari watak adik saya dan mungkin kerana kami kelihatan seiras, kami berdua diambil berlakon. J.C tidak mengetahui yang saya dan Garrett sebenarnya sudah berkawan baik selama 15 tahun dan itu sedikit sebanyak membantu kami menjayakan watak masing-masing.
“Skrip Triple Frontier yang mencabar kami untuk menceritakan integriti watak sebenar. Selalu filem melibatkan tentera ini hanya menceritakan isu post-traumatic disorder dan aksi lasak. Tetapi apa yang Triple Frontier lakukan adalah menayangkan kepayahan anggota keselamatan seimbangkan kehidupan harian dengan tugas mereka.”
Charlie Hunnam
Tambah Charlie pula, “Jabatan special operation juga tak selalu ditayangkan di dalam filem secara realistik. Kami pelajari cara mereka bergerak, teknik menembak dan emosi sebenar semasa berkhidmat. Dalam satu babak, kami juga perlu berenang dengan keldai di tengah kolam renang Olimpik.
“Lokasi filem ini juga menjadikannya menarik. Kami pergi ke Hawaii, Nevada, utara California dan Colombia. Beberapa lokasi tersebut juga mempunyai altitud tinggi dan ia sangat mencabar keadaan kesihatan kami,” katanya semasa bertemu dengan peminat dalam sesi Meet & Greet.
Macam best je!
Ini trailer Triple Frontier, jangan lupa tonton lepas balik rumah malam ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...