Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.
Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.
“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).
“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.
“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.
Ads
Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.
Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.
Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.
Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.
Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The World of The Married sekali lagi mencatatkan rekod apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod terbaru drama hit ini mendapat penilaian purata sebanyak 24.33% di seluruh negara, sekali gus memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 23.78%, yang pernah dicapai dalam episod akhir drama JTBC pada tahun lalu, iaitu Sky Castle.
Satu-satunya rangkaian TV yang pernah mendapat penarafan lebih tinggi daripada drama The World of The Married adalah program realiti hit TV Chosun, ‘Mister Trot’ yang mencapai rating sebanyak 35.7% pada bulan Mac lalu.
Dengan hanya berbaki empat episod terakhir, adakah The World of The Married mampu memecahkan rekodnya sendiri dengan mendapat rating yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhir ini?
Sama-sama kita nantikan. Kami pun dah tak sabar nak lihat apa kesudahan drama ‘berhantu’ ini. Hiks!
Filem legend Charlie’s Angel yang yang terakhir ditayangkan kira-kira 16 tahun lalu dan sekali lagi filem aksi perisik wanita handal ini bakal menemui penonton dengan aksi yang lebih mantap gandingan lakonan dari pelakon hebat termasuklah Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin dan Djimon Hounsou.
Para angels yang dulunya dibintangi oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu kini digantikan oleh Kristen Stewart (Sabina), Naomi Scott (Elena) dan Ella Balinska (Jane). Diarahkan oleh Elizabeth Banks, Charlie’s Angel akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 November 2019.
Filem ini mengisahkan tentang tiga angels yang bergabung dalam Townsend Agency untuk menggendalikan satu kes berat. Dalam Charlie’s Angels 2019 kali ini mereka akan beraksi untuk melindungi dunia kerana adanya teknologi berbahaya.
Kehebatan aksi tiga wanita cantik itu harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak perisik yang licik dan bertenaga. Tidak hanya berbekalkan wajah jelita, nyata tiga pelakon wanita ini mampu memberikan sepenuh tenaga untuk tampil dalam filem bergenre aksi.
Jalan ceritanya sarat dengan aksi juga membuatkan penonton tidak sempat untuk berasa bosan atau mengantuk. Mana tidaknya, belum pun 10 minit filem ini bermula, sudah ada babak berlawan.
Plot filem ini tersusun cantik dan straight forward, jadi korang tak perlulah nak berkerut dahi memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.
Cuma..
Kami suka bila ada babak ‘twist’ yang diselitkan dalam filem ini. Rasa macam puas hati la bila tengok ending movie ni. Hiks!
Nah, tak syok la kalau kami nak cerita panjang. Korang kena tonton sendiri filem ini di pawagam nanti. Confirm berbaloi! Serius, tak tipu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, Mira Filzah baru-baru ini selamat melahirkan anak sulung berkongsi tarikh lahir dalam calendar Islam yang sama iaitu pada 9 Syawal yang lepas.
Tidak kekok menayang wajah bayi, malah genab hari ke-7 melahirkan cahaya mata pertama, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar berkongsi nama anak lelakinya itu kepada umum.
Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan itu bersepakat memilih nama Wan Khair Amir yang membawa pelbagai maksud baik kepada anaknya.
Dalam foto yang dimuat naik bersama bayi dalam persalinan sedondon bewarna biru lembut, pasangan itu turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka, @wankhairamir.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulis Mira dan Emir dalam hantaran di Instagram.
Malah, menurut Mira, dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulisnya.
Congrats Mira dan pasangan untuk kelahiran bayi lelaki sulung ini. Moga Wan Khair Amir membesar menjadi anak yang soleh. Sebaik makna namanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...