Nampaknya Kim Jong-Un mengambil langkah sekeras-kerasnya untuk memastikan rakyat Korea Utara, terutamanya golongan muda dan remaja tidak melanggar undang-undang.
Image: Sogwang
Ini bukan kes pertama rakyat Korea Utara di kenakan hukuman yang berat hanya kerana perkara yang ‘kecil’ bagi kita tapi bukan di negara diktator tersebut.
7 November lalu, menurut laporan Daily NK seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Hyesan yang hanya dikenali dengan nama tengahnya Han telah ditangkap selepas menonton filem Korea Selatan “The Man from Nowhere.” Malangnya, remaja tersebut dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun, walaupun dia tidak sempat menghabiskan filem tersebut dan sempat menonton hanya lima minit.
Poster filem “The Man from Nowhere” Image: Movie poster capture
Buat masa ini, Korea Utara menekankan keperluan untuk mempromosikan “pendidikan ideologi” di kalangan golongan muda. Menurut undang-undang Korea Utara terhadap budaya luar yang dilaporkan oleh Daily NK, Artikel 27 memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun bagi individu yang ditangkap menonton, mendengar atau menyimpan filem, rakaman, bahan yang disunting Korea Selatan. Ia termasuk dengan buku, lagu, lukisan atau gambar.
Undang-undang ini menunjukkan bahawa ia akan digunakan untuk remaja bawah umur juga. Kata pemerhati, ia adalah cara Korea Utara untuk menghantar mesej kepada anak muda di sana bahawa mereka tidak terlepas dengan sebarang tindakan jika melakukan kesalahan.
Ads
Foto Via timesnownews
Pada bulan September, Perhimpunan Rakyat Tertinggi menerima pakai undang-undang untuk mengukuhkan pendidikan belia, dengan tujuan untuk mengembangkan lagi pendidikan ideologi. Sejak itu, saluran media Korea Utara telah terlibat dalam usaha propaganda yang menyeru perjuangan menentang tingkah laku anti-sosialis dan bukan sosialis.
Sebelum ini, seorang lelaki Korea Utara, menurut laporan portal Radio Free Asia (RFA) Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.
Hukuman yang tidak wajar itu telah menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati. Pada masa yang sama, kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut turut dikenakan hukuman seperti membayar denda.
Ads
Malah ada juga yang mengatakan ibu bapa pelajar itu akan dibuang negeri atau dihantar ke kem penjara politik. Malah ada kemungkinan juga mereka akan dikenakan hukuman penjara yang berat walaupun sudah membayar denda.
Hmm…kejam kan? Korang rasa wajar ke seorang pelajar dikenakan hukuman sebegitu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan apa sahaja yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pastinya akan mendapat perhatian ramai dan menjadi trending. Terbaharu, video baju turun naik viral di TikTok dan sebenarnya ada kisah yang berlaku disebalik trend itu.
Trend baju turun naik ini memaparkan si pengguna TikTok yang memakai kain pleated yang bergerak secara turun naik (memang comel). Disebalik viralnya trend ini, ia sebenarnya bermula daripada seorang peniaga di Indonesia yang menjadi pencetus baju turun naik tersebut.
Dikenali sebagai Kareen Simbolon, video turun naik yang di muat naik di TikTok mendapat tontonan sehingga 41.9 juta dan menerima komen lebih daripada 46 juta.
Wanita itu berkongsi cerita bagaimana dia mendapat idea untuk melakukan trend tersebut. Kareen sudah mula berniaga pakaian sejak pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Pada awalnya, dia tidak berniat untuk mempamerkan jualannya di TikTok kerana lebih aktif di laman Facebook.
Namun, dia beringinan untuk membuka aplikasi TikTok walaupun pada ketika itu dia hanya mempunyai seramai 52 orang pengikut. Kareen melihat terdapat lagu ‘Turun Naik’ yang viral di TikTok. Pada ketika itu, dia berfikir seakan sesuai jika baju turun naik yang dijualnya itu digandingkan bersama lagu “turun Naik Oles Trus’ nyanyian Boy Ft.Blasta Rap Family.
Akhirnya, wanita itu memuat naik video pakaiannya dengan lagu Turun Naik itu dan tidak menyangka ia menjadi viral.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Dek kerana mulut selalu mengejek rakan sekelasnya sebagai pondan dengan gurauan tiada batas, seorang remaja lelaki mati ditembak rakan sekelasnya selepas mangsa mengejek rakan sekolahnya itu sebagai Lady Boy a.k.a Pondan.
Dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi dekat Bangkok, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya.
Dirinya tepat ditembak di dahi.
Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.
Katanya, suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis, mangsa berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai “toot” (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi semalam dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.
Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 mm di dalam beg sandang remaja itu.
Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Satu nasihat untuk golongan Remaja, kalau bergurau itu biarlah ada batasannya ya. Jangan sampai menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu apa tindakan orang yang sedang marah.
Jadi, jagalah mulut masing-masing agar tak ada isu bertumbuk dengan rakan sekolah hanya kerana isu ejek mengejek yang dianggap satu perbuatan menghinanya.
Sumber : FMT
JANGAN LUPA PENCARIAN HERO REMAJA YANG BERMULA SABTU INI, Datang jangan tak datang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu buang bayi kembali hangat sejak kebelakangan ini. Jika dulu buang dalam lubang tandas satu alternatif tetapi kebelakangan ini melontarkan dari tempat tinggi sudah semakin kerap disiarkan di media sosial.
Bilangan anak luar nikah yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2005-2015 adalah sebanyak 532,158 kelahiran. Jika lima tahun sudah terkehadapan, dengan kes yang dilaporkan di media massa, tidak mustahil jumlahnya sudah jauh meningkat.
Di sebalik isu zina yang mana wajib gadis menjaga diri dan akhlak, Al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam sejak 1400 tahun sudah mengajar kita bagaimana untuk mengelak atau terjebak zina. Antara yang boleh gadis amalkan dan mengelak terjebak zina, bacalah surah An Nur ayat 33-34.
“Apa yang perlu kita buat ialah bacalah SURAH AL FATIHAH, DIIIKUTI SURAH AN-NUR AYAT 33-34.
“Ayat 33 surah An Nur menyebut “ Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Manakala ayat 34 pula menyebut “Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Anak gadis boleh amalkan surah ini dan ibu bapa juga boleh amalkan surah ini kepada anak-anak. Insya Allah ia akan menjauhkan anak-anak perempuan ke perbuatan zina.
Ternyata al-Quran adalah panduan lengkap kita dan hanya perlu amalkan dengan sebaik mungkin. Insya Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!