Buli siber dalam konteks zaman sekarang membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain. Biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain serta mengugut.
Semalam kecoh di media sosial apabila penyampai radio tempatan telah memuat naik sebuah video memperlekehkan cikgu Sains yang kelihatan kurang fasih mengajar dalam bahasa Inggeris dalam program DidikTV.
Rentetan daripada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan perkara ini merupakan satu perbuatan buli siber dan turut melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu.
“Beliau tidak patut ‘dibalun’ kerana hanya menjalankan tugas sebagai pendidik… saya juga beranggapan tidak sesuai jika Kementerian Pendidikan (KPM) diperlakukan (dikecam) sedemikian, kerana ini perkara yang baharu dimulakan dan sudah tentu ada kelemahan di sana sini.
Ads
“Kelemahan ini perlu difahami dan disusuli dengan usaha membaiki keadaan, bagi memastikan kandungannya lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Parlimen Indera Mahkota, di Pejabat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.
Ads
Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.
“Kita ada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan, namun berkaitan dengan buli siber, kajian oleh KKMM dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sebelum ini mendapati, lebih 80 peratus pengamal undang-undang berpendapat kita memerlukan undang-undang khusus bagi buli siber,” katanya.
Difahamkan penyampai radio tersebut tampil memohon maaf akan video yang dimuat naik olehnya. Pihak radio HITZ dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya mengambil serius perkara yang berlaku ini. Malah, penyampai radio tersebut telah digantung kerja sementara dan siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak HITZ.
Hmmm…penulis pun kalau muncul di kaca TV mesti la gugup kan, harap perkara ini memberi pengajaran kepada semua agar tidak memperlekehkan orang lain.
Kali terakhir pelakon, Hun Haqeem mengemaskini Instagram Story adalah ketika dia sedang bergiat dalam aktiviti futsal.
Hanya beberapa jam kemudian, Hun kembali untuk memberitahu dirinya baru saja mengalami kecederaan pada bahagian tumit kaki setelah terjatuh dari motosikal pada tengah malam tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar Kuala Lumpur memerlukan Hun ditahan dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Dalam temuramah bersama rakan media di mStar, ibu Hun iaitu Suraya memberitahu anaknya itu turut mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini juga.
Beliau turut memaklumkan bahawa kaki anaknya itu tidak boleh bergerak untuk jangka masa 4 ke 6 minggu sekiranya ia disahkan mengalami masalah ligamen.
Hun dalam paparan Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019.
Syafakallah Hun!
Semoga pembedahan Hun berjalan dengan lancar dan agar pelakon tersebut dipermudahkan urusan untuk kembali sihat seperti biasa.
Berang selepas ditegur kerana bermain telefon sehingga lewat malam, seorang remaja berusia 16 tahun bertindak melarikan diri dari rumah sebagai tanda memberontak.
Remaja yang dikenali sebagai Anis Zulaikha Abdul Azim itu dilaporkan hilang sejak 6 April lalu dan hanya pulang ke rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan selamat pada Selasa, malam raya.
Anis Zulaikha. Foto: Berita Harian
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail ketika dihubungi Berita Harian pada hari Khamis, remaja tersebut juga sudahpun tampil membuat laporan polis selepas pulang ke rumahnya.
Hasil siasatan mendapati dia berada di rumah seorang rakannya sepanjang tempoh kehilangan itu.
“Mangsa bertindak melarikan diri disebabkan berasa terkongkong dan berang selepas ditegur kerana asyik bermain telefon,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan kehilangan mangsa yang kali terakhir dilihat berada di rumahnya pada 6 April lalu sekitar jam 2.30 petang. Sebaik sahaja ia mendapat perhatian orang awam, mangsa kemudiannya pulang ke rumah sebelum sambutan Aidilfitri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir beberapa bulan sekolah diarah ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 4 April 2020 menerusi sidang media sebentar tadi.
Mesti para pelajar teruja nak ke sekolah berjumpa kawan-kawan, setelah lama berkurung di rumah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin berkata, ia berikutan sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada hujung Mac ini.
“Dan cuti pertengahan penggal adalah antara 26 dan 27 Mac sehingga 3 dan 4 April.
“Maka murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah sejurus selepas cuti pertengahan penggal,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengikut Zon
Namun perlu diingatkan, semua sekolah di seluruh negara yang dibuka bergantung kepada kumpulan zon sekolah masing-masing, iaitu Kumpulan A meliputi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
Jelasnya, sekolah-sekolah bagi Kumpulan A akan dibuka semula pada 4 April, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B pula akan dibuka pada 5 April keesokannya.
Sekolah Vokasional
Dalam pada itu, bagi pelajar vokasional yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia tahun satu semester dua dan Diploma Vokasional Malaysia tahun satu semester dua akan hadir semula pada 1 Mac ini.
Manakala bagi semua peringkat pelajar vokasional selainnya akan kembali hadir pada 8 Mac, 4 dan 5 April.
Selain itu, tarikh pembukaan semula sekolah menengah swasta dan sekolah antarabangsa untuk semua peringkat pelajar juga turut akan mengikuti jadual yang sama seperti sekolah kerajaan mengikut kumpulan zon masing-masing.
Manakala, murid bagi pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021. Murid bagi tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam pula akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac 2021.
Welcome back guys!
Sumber: KPM melalui RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betul ke Roberto Carlos sudah memeluk Islam? Legenda Brazil itu dikatakan telah melafazkan syahadah kira-kira empat minggu lalu, namun beliau sendiri masih belum mengesahkannya.