Pemain perseorangan lelaki negara Malaysia, Lee Zii Jia telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Zii Jia yang juga merupakan juara Kejohanan All England 2021, kini telah menjadi sandaran buat negara untuk meraih pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu.
Foto: Straits Times
Beliau kini sedang bersiap sedia untuk membuat persediaan secukupnya sebelum beliau mula bertanding di Sukan Olimpik 2020. Walaubagaimanapun, seperti kita sedia tahu, Datuk Lee Chong Wei yang merupakan salah seorang pemain badminton veteran Malaysia yang sudah semestinya menjadi penanda aras yang tinggi buat Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki badminton di Sukan Olimpik itu, pasti sedikit sebanyak membuatnya berasa lebih semangat untuk melakukan dengan lebih baik.
Foto: The Star
Didalam sebuah temubual Astro Awani bersama dengan pengulas sukan Shahrazad Sani, beliau berkongsikan tentang pengalaman yang Datuk Lee Chong Wei ceritakan kepadanya tentang penampilan sulungnya di Sukan Olimpik di Athens tahun 2004, beliau menegaskan yang dia rasa menyesal ketika aksi Olimpik pertamanya itu, dia menganggap ianya sebagai satu medan untuk mencari pengalaman.
Ads
Datuk Lee Chong Wei juga berkata, apa jua keputusan yang bakal dibawa pulang oleh Zii Jia, dia tidak mahu sesekali pun mendengar perkataan ‘kesal’ atau ‘menyesal’ datang daripada Zii Jia.
Sesungguhnya, Datuk Lee Chong Wei telah belajar daripada kesilapannya dan kekesalannya yang lalu, dan dia tidak mahu jika perkara yang sama berulang kepada Lee Zii Jia, dan sudah semestinya dia mengharapakan Zii Jia untuk melakukan sehabis baik untuk penampilan sulungnya itu.
Ads
Beliau juga memberitahu yang dia tidak mahu penyesalannya itu menjadi sebuah sandaran buat Lee Zii Jia, kerana dia telah menerima peluang yang terbaik kerana telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.
Foto: The Star
Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak adil jika kita ingin membandingkan kedua-dua pemain badminton ini, memandangkan Lee Zii Jia juga masih baru dalam dunia sukan badminton ini. Namun, itulah yang diharapkan oleh peminat sukan badminton yang dahagakan kemenangan buat Malaysia pada kali ini.
Tambah Shahrazad Sani lagi apabila ditanya tentang perasaan Lee Zii Jia baru-baru ini tentang persediaannya ke Sukan Olimpik 2020, beliau memahami yang ramai meletakkan sandaran kepadanya untuk memenangi pingat emas buat Malaysia kali ini, dan beliau tidak merasa gugup, malah, beliau ingin mencuba sedaya upaya untuk mengejar pingat emas itu.
Walau apa sekalipun, semoga pesanan dan peringatan dari Datuk Lee Chong Wei ini dapat memberi manfaat kepada Lee Zi Jia untuk belajar dari kesilapan pemain veteran itu, dan membuat yang terbaik untuk Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun aktif dalam bidang e-sukan, namun ia tidak menghalang Muzaffar Zuhair yang merupakan atlet sukan elektronik FIFA termuda yang menerima status ‘Verified’ di Asia Timur mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2020.
Antara pencapaian terbaik Muzaffar atau lebih dikenali dengan nama Chamack adalah menjadi Juara Kejohanan FIFA Peringkat Kebangsaan dan berada di kedudukan 100 pemain terbaik dunia FUT Weekend League. Dia juga sering muncul sebagai juara di setiap tournament yang disertainya.
Remaja berkesempatan menemu bual pemuda berusia 18 tahun ini tentang tip yang diamalkan untuk membahagikan masa antara pelajaran dan juga pembabitannya dalam e-sukan.
“Memandangkan waktu itu PdPR berjalan secara atas talian, saya biasanya memasuki kelas secara online pada waktu pagi sehingga tengah hari. Jadi saya mempunyai banyak waktu yang boleh saya gunakan untuk berlatih FIFA21,”
“Saya tetap menyertai pertandingan pada hujung minggu memandangkan tidak mempunyai kelas pada hujung minggu. Saya juga banyak melakukan latih tubi pada waktu senggang jika tidak berlatih FIFA,”
“Bagi saya, tidak susah untuk mengimbangi dua perkara ini cuma kebanyakan orang merasakan bermain game sudah cukup untuk buat kita berjaya dalam pelajaran. Ini adalah tanggapan yang sering kita dengar dan ianya tidak sepatutnya berada di dalam kotak pemikiran anak muda,” jelas Muzaffar.
Mula bermain permainan video secara kompetitif seawal usia 14 tahun, pelajar yang menuntut di SMK Aminuddin Baki ini mengakui pada mulanya pilihannya ini tidak dipersetujui oleh ibu bapanya, namun dia telah membuktikan dengan mendapat keputusan cemerlang dalam PT3.
“Pada awalnya, ibu bapa saya terutamanya ibu tidak begitu suka dengan keputusan saya untuk menceburi bidang e-sukan, tetapi selepas saya berjaya membuktikan beberapa kejayaan di dalam bidang e-sukan dan mendapat keputusan 8A PT3, ibu mula membuka mata dan memberi sokongan penuh kepada saya dari segi kewangan, motivasi dan juga doa,”
“Guru-guru di SMK Aminuddin pula sangat ‘sempoi’, mereka turut menyokong selepas saya berjaya memenangi banyak tournament tetapi mereka selalu menegaskan bahawa pelajaran adalah yang paling utama. Jadi saya selalu pegang kata-kata guru untuk dijadikan panduan supaya saya lebih berjaya di masa akan datang,” tambahnya lagi.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Muzaffar Zuhair atas keputusan cemerlang SPM yang diperolehinya. Semoga terus sukses dalam pelajaran dan juga bidang e-sukan untuk mengharumkan nama negara di persada dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mudah untuk kita lakukan sesuatu tindakan, tetapi impak yang terhasil amat besar.. Terutamanya jika korang bergelar Noor Neelofa.
Angkara memuat naik babak tertentu daripada filem Disney, The Lion King sewaktu menonton di pawagam, selebriti dan entrepreneur Noor Neelofa pantas dikecam oleh netizen yang tidak faham mengapa dia perlu melakukan perkara berikut.
Babak yang direkod menggunakan telefon pintar sebelum dimuat naik ke Instagram Story miliknya memaparkan lagu Circle of Life yang dimainkan dalam filem terbabit.
Seperti yang korang tahu, perbuatan merekod dan memuat naik adalah salah di sisi peraturan ketat kesemua pawagam di Malaysia termasuklah TGV Cinemas, GSC Cinemas, MBO dan sebagainya.
Apatah lagi sewaktu wakil media seperti REMAJA menerima jemputan screening awal sesebuah filem, pihak pawagam akan berlaku amat tegas terhadap kesemua wakil media. Kesemua telefon pintar kami akan diambil, dilabel dan disimpan oleh pegawai yang bertugas bagi mengelakkan kejadian ‘filem bocor’.
Lalu, apabila seorang ikon seperti Neelofa yang memiliki 6.8 juta pengikut di akaun Instagram melakukan perbuatan itu, kecohlah warga net jadinya!
Tak Faham Purpose
Tapi, Neelofa Boleh Promosikan Lion King
Lion King Tak Perlukan Promosi Percuma
Dalam satu bebenang pemilik akaun @MegatAliff yang menyuarakan rasa tak puas hati terhadap perbuatan Neelofa itu, wakil daripada GSC Cinemas dan TGV Cinemas hadir memberikan respon mereka.
Hhm, takut juga bila baca..
Twitter
Respon TGV Cinemas
Respon GSC Cinemas
Wow, sampai perlu laporkan kepada Disney yang juga merupakan pergeluar filem The Lion King ke?
Hhm, bagi penulis perbuatan Neelofa itu nyata salah. Sebelum ini, seorang lagi selebriti iaitu Ara Johari juga turut teruk dikecam netizen setelah memuat naik Instagram Story semasa menonton filem Avengers Infinity War.
Tapi isu ini boleh diselesaikan dengan permohonan maaf Neelofa kepada semua. Ini kerana beliau adalah ikon yang dipandang tinggi oleh ramai peminat terutamanya di kalangan remaja. Perbuatan mengaku kesalahan tersebut boleh menyelesaikan hal ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS) kerana memenangi tempat pertama, juga Anugerah Emas pada Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia.
Kumpulan ini merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang membuat persembahan secara maya dan membawakan lagu tradisional ‘Ikan Kekek’.
Kelab Koir SJPS berjaya menewaskan tiga peserta termasuk dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan.
St Joseph Private School Chamber Choir ditubuhkan pada 2017 dan terkenal dengan pementasan The White Rajah pada 2017 dan 2019.
Sebelum ini, mereka pernah memenangi Pingat Emas di Festival Koir Maya Dunia ke-2 pada 2020 dan Anugerah Emas di Malaysian Choral Eisteddfod International Choral Festival.
Malah pada 2018, mereka juga pernah merangkul pingat perak menerusi Festival Choral Antarabangsa Orientale Concentus ke-11 di Singapura.
Wah, memang berbakat pelajar-pelajar SJPS ni. Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan atas kejayaan yang diterima.