Orang kata duit boleh ‘membeli’ kegembiraan sejati.
Namun dalam kes ini, duitlah yang menjadi punca lelaki keempat paling kaya di dunia dibenci!
Pengasas dan pemilik Amazon, Jeff Bezos pada hujung minggu lalu selamat bergelar suami kepada wanita pilihan yang juga seorang personaliti televisyen Amerika Syarikat, Lauren Sanchez dalam sebuah majlis gilang-gemilang.
Dihadiri oleh selebriti dan orang kenamaan dunia termasuklah Permaisuri Rania dari Jordan, keluarga Kardashian & Jenner termasuklah Kim, Kris, Khloe, Kendall dan Kylie, Usher, Leonardo DiCaprio, Orlando Bloom, Tom Brady, Bill Gates, Ivanka Trump dan hampir 200 tetamu yang lain, festival tidak berkesudahan selama tiga hari berturut-turut itu berlangsung di kota romantik, Venice.
Keluarga Kardashian & Jenner.Oprah WinfreyOrlando BloomPermaisuri Rania
Biarpun ia sepatutnya menjadi hujung minggu bahagia buat Jeff dan Lauren, penduduk Venice berpendapat sebaliknya apabila pasangan itu menjadi sasaran sentimen kebencian beramai-ramai.
Ads
Ini kerana kota Venice telahpun ‘disewa’ oleh Jeff untuk menyempurnakan majlis berkenaan selama tiga hari sehinggakan warga lokal sana tidak boleh meneruskan rutin harian mereka disebabkan ketiadaan pelancong baharu ke kota tersebut.
Penduduk juga berang dengan tindakan pihak Datuk Bandar Luigi Brugnaro yang membenarkan kelompok kaya seperti Jeff Bezos melakukan apa sahaja di Venice hanya kerana beliau berwang sedangkan kondisi kota mereka itu kita semakin merundum dan berdepan amaran tenggelam sepenuhnya.
Lapor media, ratusan orang ramai berarak di sekitar Venice untuk menolak acara perkahwinan tersebut dengan sepanduk berbunyi, ‘Kisses Yes, Bezos No’ dan ‘No Bezos, No War’.
Ads
Satu lagi sepanduk berbaur sinikal ‘The Planet Is Burning But Don’t Worry. Here’s The List Of 27 Dresses of Lauren Sanchez’ turut dibawa berarak. Di dataran St Mark pula, penduduk tidak teragak-agak memaparkan kain rentang berbunyi, ‘If You Can Rent Venice For Your Wedding You Can Pay More Tax’.
Difahamkan, penduduk Venice bukannya membenci acara perkahwinan pasangan tersebut tetapi mereka menolak cara konglomerat seperti Jeff Bezos yang gemar mengeksploitasi kota yang mereka cintai itu demi keinginan peribadi dan tidak memikirkan nasib ekonomi penduduk di sana.
Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain baru-baru ini mengumumkan bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert ‘Still Raining’ yang akan diadakan pada 8 Februari ini.
Dijadualkan berlangsung di Resorts World Genting, Genting Highlands pelantun lagu Love Song dan Rainism itu menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan serta menggembirakan buat peminat setia dengan setiap evolusi muziknya sejak dahulu.
Konsert ‘Still Raining’ juga bakal menyaksikan Rain atau pemilik nama sebenar Jung Ji Hoon membawakan beberapa cover lagu nyanyian asal artis popular lain seperti Bruno Mars, New Jeans dan sebagainya.
“Konsert jelajah ini adalah cara saya untuk berhubung semula dengan peminat dan mengimbau kembali kenangan terindah yang kami pernah lalui bersama,” katanya yang juga pernah popular menerusi drama Full House dan Red Swan.
Sejak memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada tahun 1998, Rain telah mengeluarkan tujuh buah album seperti Bad Guy (2002), How to Avoid the Sun (2003), It’s Raining (2004), Eternal Rain (2006), Rain’s World (2006), Rainism (2008), dan Rain Effect pada tahun 2014 serta beberapa buah single.
Nama penyanyi yang kini berusia 43 tahun mula meraih populariti secara global menerusi album It’s Raining yang terjual lebih sejuta salinan di seluruh Asia pada ketika itu.
Selain itu, beliau juga pernah menerima beberapa anugerah berprestij termasuk enam (6) daripada Mnet Asian Music Awards dan tiga (3) Golden Disc Awards.
Tiket konsert ‘Still Raining’ di Genting Highlands akan dijual pada harga RM398, RM598, RM798, RM998, dan RM1,298 bermula 10 Januari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Tragedi Bas Madinah Mengorbankan Lebih 40 Jemaah Umrah India
Lebih 40 jemaah umrah dari India terkorban dalam tragedi bas Madinah yang mencetuskan reaksi sedih Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengikuti rapat perkembangan kes itu.
Tragedi yang berlaku berhampiran Madinah ini terus mengundang pilu apabila bas membawa jemaah dari India bertembung dengan sebuah lori tangki diesel sebelum kenderaan itu terbakar sepenuhnya. Ramai mangsa dipercayai baru selesai menunaikan umrah di Makkah dan sedang dalam perjalanan pulang ke Madinah.
Reaksi Narendra Modi: “Saya amat sedih dan mengucapkan takziah”
Dalam kenyataan rasmi, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyuarakan kesedihan mendalam atas tragedi bas Madinah tersebut. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa dan mendoakan mereka yang cedera agar segera pulih.
Perdana Menteri India, Narendra Modi
Modi menegaskan bahawa kerajaan India sedang menggerakkan semua sumber diplomatik bagi memastikan bantuan penuh disalurkan kepada waris.
India Buka Pusat Kawalan Kecemasan 24 Jam
Bagi melancarkan proses mendapatkan maklumat, kerajaan India segera mengaktifkan pusat kawalan kecemasan 24 jam serta membuka talian hotline khusus untuk waris membuat semakan mengenai mangsa.
Kedutaan India di Riyadh dan Konsulat Jeddah turut dilaporkan bekerja tanpa henti untuk menyelaras dokumentasi, proses identifikasi dan persiapan membawa pulang jenazah ke India.
Mecca–Medina bus tragedy: Government releases list of 45 passengers; #Hyderabad families await updates
Ramai Mangsa Dari Hyderabad Termasuk Wanita & Kanak-Kanak
Maklumat awal menunjukkan sekurang-kurangnya 16 mangsa merupakan penduduk Hyderabad, merangkumi lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mereka difahamkan baru menunaikan umrah dan sedang menuju kembali ke Madinah sewaktu kemalangan berlaku.
Ahli Parlimen Hyderabad, Asaduddin Owaisi juga dilaporkan menghubungi Kedutaan India bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah dipercepatkan tanpa sebarang birokrasi yang melengahkan.
Usaha Bersama Saudi–India Untuk Selesaikan Identiti Mangsa
Modi memaklumkan bahawa pegawai India kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mempercepat proses:
pengesahan identiti mangsa,
dokumentasi rasmi,
serta pengurusan jenazah.
Arab Saudi pula meneruskan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas dan keadaan sebenar ketika pertembungan itu berlaku. Dengan tragedi bas Madinah ini, kedua-dua negara mempertingkat koordinasi bagi memastikan semua urusan berjalan lancar.
Komuniti India Berkabung
Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam khususnya buat komuniti Telangana yang paling ramai terlibat. Media India melaporkan suasana berkabung jelas terasa apabila keluarga mangsa menunggu perkembangan terkini dengan penuh harapan dan tangisan.
Kerajaan India pula berikrar memastikan setiap mangsa dibawa pulang “dengan penuh penghormatan” sebaik sahaja proses identiti selesai.
Personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona meraih perhatian dan pujian warganet selepas memuat naik beberapa video menerusi platform TikTok miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat penampilan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu lebih manis dan dilihat sudah semakin kurus selepas berkongsi momen dirinya bersenam sejak akhir-akhir ini.
“Nampak lain, I mean in a good good way, and I love it!” komen seorang pengikut.
“Oh tuhan Leona, you suits that look so much!” komen juga pengikut lain.
“Cantinya, kejap sahaja dah kurus…” tulis seorang lagi.
Menerusi satu klip video ketika Leona di gimnasium pula, rata-rata pengguna turut terinspirasi dan dengan kesungguhan gadis itu untuk menjaga penampilan. Selain, ada juga yang menitipkan semangat buatnya.
“Jangan putus asa Leona, awak boleh lakukan!” tulis seorang pengguna TikTok.
“Cepatnya nampak beza lengan dia makin kecil, baru berapa hari sahaja,” komen lagi yang lain.
“Go girl, you are being an inspiration for me now,” tambah pengikut yang lain.
Terdahulu, Leona tampil menyelar sikap segelintir individu yang menghina bentuk badan sehingga melabelnya sebagai wanita gemuk, susulan video dimuat naik di p;atform media sosialnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.