
Britney Spears dan tunangnya, Sam Asghari akhirnya telah mengikat pertalian menjadi suami isteri, namun disebalik kegembiraan itu timbul pula kekecohan apabila bekas suami Britney, Jason Alexander menyerang kediaman mereka.
BACA: Sama Tak? Anak Saudara Britney Spears, Maddie Aldridge Semakin Matang Memasuki Usia 13 Tahun
Alexander dilaporkan ditahan polis kerana menceroboh dan memasuki kediaman itu ketika upacara sedang berlangsung. Bekas suami pertama Britney itu juga dilihat turut bertengkar dengan kakitangan yang bertugas kerana memintanya untuk beredar.

Kekecohan itu turut dirakam Alexander yang menyiarkan video live daripada akaun instagramnya ketika dia menyerang acara itu.

“Dia isteri pertama saya, satu-satunya isteri saya,” kata Alexander yang hanya berkahwin selama 55 jam bersama bintang pop wanita itu.
“Saya suami pertamanya, saya di sini untuk membatalkan perkahwinan.” sambung dalam video tersebut.

Menurut laporan lagi, kes ini sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada pertuduhan tambahan akan dikenakan terhadap Alexander berhubung dakwaan pencerobohan itu.
Spears dan Asghari melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat. Hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang ekoran kemelut yang tercetus dalam hubungan mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mak Atau Isteri? Anak Lelaki Patut Lebihkan Siapa Selepas Kahwin

Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Malah dikatakan ramai pasangan muda di bawah usia lima tahun perkahwinan berakhir dengan perceraian atas alasan tidak persefahaman.
Tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan.
REMAJA menemuramah Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?

Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak. Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.
Mana lebih urgent, kalau dua-dua minta tolong serentak? Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
ARTIKEL BERKAITAN CERAI & LELAKI
BACA SINI : 23 Alasan MENGARUT Pasangan Muda Tuntut Cerai, #1 Punggung Isteri Menggerutu & Minta 30 Set Persalinan Pakaian
Jangan Hanya Ikut Trend, Lelaki Ini Kongsi 5 Sebab Kenapa Tak Suka Ajak Orang Kahwin Muda
Apa Sebab Utama Lelaki Gemar Memilih Perempuan Lebih Berusia? Nah 5 Penjelasan Mereka
Jangan jadi lelaki dayus? Jelas Ustaz Shahril, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selena & Hailey ‘Hampir’ Terserempak Setiap Hari? 5 Tindakan Jika Korang Hadapinya

Cuba bayangkan, korang belajar di kolej yang sama dengan ex teman lelaki korang dan hampir terserempak pada setiap hari. Apa yang akan cuba korang lakukan?
Well, itulah yang sedang berlaku kepada superstar, Selena Gomez dan isteri kepada bekas teman lelakinya iaitu Hailey Bieber.
Cuma dalam kes ini, mereka ‘hampir’ terserempak di gymnasium yang sama pada setiap hari. Menurut sumber, kedua-duanya merupakan ahli kelas Hot Pilates di West Hollywood tetapi masing-masing berjaya untuk mengelak daripada bertemu sehingga kini.

Selena dikatakan mengambil kelas private, jadi tak timbul persoalan jika dia dan isteri kepada Justin Bieber itu berlatih dalam sesi yang sama.
That being said, Selena dan Hailey juga belum pernah datang ke Hot Pilates pada hari yang sama. Takut-takut tak terserempak dekat dalam kelas, tapi terserempak dalam lif pula kan.
Awkward..
Sebelum korang bertanya soalan seperti – “Dalam banyak-banyak gym di West Hollywood, kenapa pilih yang itu juga?” – insiden seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan kita sendiri.

Pernah kan terserempak dengan ex–boyfriend, ex-girlfriend, bekas itulah inilah. Apa yang patut kita lakukan jika itu terjadi?
Kami cadangkan 5 tindakan ini agar korang kelihatan sudah move on dan matang. (gitu!)
01
Jangan Mengelak
Ya, kami serius.
Walaupun hati korang menyuruh untuk berpatah balik dan sembunyi selama 5 minit sehingga dia hilang, jangan jadi seperti kanak-kanak.
Korang dah besar dan matang. Jika takdir menemukan masing-masing, terima saja.
02
Pendekkan Masa
Usah mudah melayan apa yang diperkatakan oleh mereka. Keep it short dengan memberi salam, bertanya khabar dan mengucapkan selamat tinggal dengan mesra seperti, “Take care.”
Lagi panjang korang membebel, lagi banyak perkara yang tak patut korang cakap terkeluar dari mulut. 5 minit (atau kurang daripada itu) sudah memadai.

03
Tak Perlu Kata Apa-Apa
REMAJA faham, hati korang mungkin masih sedih mengenangkan nasib hubungan tak menjadi. Tup-tup dia dah ada pasangan lain.
Jika tak selesa untuk bercakap (atau gentar korang akan naikkan suara di depan semua orang kerana masih marah dengannya), lebih baik korang senyap, lambai tangan dan senyum.
You do not owe anyone a chit chat session.
04
Jangan Obses
Jika korang seperti Selena dan Hailey yang pergi ke lokasi yang sama dan mungkin sekali akan terserempak, jangan terlalu memikirkannya.
Lebih banyak kamu memikirkan tentang kemungkinan bertemu, kamu akan menjadi lebih obses secara tak sengaja.
Fokus terhadap sebab kamu ke tempat itu (jika di kampus, untuk belajar. jika di pejabat, untuk bekerja) dan lakukan tugasan tersebut sebaik mungkin.

05
Berlatih Bercakap
What?!
Bukankah tip keempat tentang membuang sifat obsesif? Ya, tetapi tak salah untuk korang berlatih bercakap ayat yang betul JIKA ditakdirkan terserempak.
Jangan pendam dilema ini seorang diri. Luahkan kepada BFF korang dan lakukan latihan berdialog dengannya. Percayalah, korang akan lebih yakin dan bersedia jika terserempak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Perangai Anak Tunggal Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Ramai yang menyifatkan anak tunggal sebagai seorang yang manja dan sering mendapat apa yang mereka mahukan. Disebabkan mereka satu-satunya permata ibu dan ayah, maka boleh dikatakan segala kasih sayang keluarga dicurahkan tanpa berbelah bahagi.
Dengar macam best kan?
Tapi sebenarnya tidak semua orang tahu karakter sebenar mereka. Agak-agaknya apa yang menariknya kalau dapat pasangan anak tunggal eh?
Jom kita lihat antara karakter-karakter anak tunggal yang mungkin ramai tak tahu.
1. Berdikari
Mungkin ramai yang menganggap mereka manja, tapi sebenarnya individu anak sulung ini seorang yang berdikari kerana sudah menggalas tanggungjawab sejak mereka kecil lagi. Lebih-lebih lagi jika mereka dibesarkan oleh ibu bapa yang bekerjaya, mereka lebih pandai untuk bawa diri sendiri.
2. Rapat dengan orang tua
Disebabkan tidak mempunyai adik beradik yang lain, mereka lebih banyak meluangkan masa bersa keluarga, terutamanya ibu bapa. Kemana sahaja pasti bertiga. Sweet kan?

3. Teratur dan pandai berkemas
Jika ibu bapa mendidik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang sangat teratur. Tak kiralah dalam penjagaan diri atau rumah, semuanya mahu kelihatan sempurna di mata mereka.
4. Sensitif
Oleh kerana selalu mendapat perlindungan daripada ibu dan ayah, anak tunggal boleh menjadi lebih sensitif dan kadang-kadang tidak boleh menghadapi situasi yang sukar.

5. Ego
Kerana sudah terbiasa bersendiri dan mendengar kata ibu bapa saja, anak tunggal cenderung bersifat ego kerana merasakan mereka berhak diutamakan berbanding orang lain.
6. Bijak dalam akademik atau bakat tertentu
Kajian pakar menunjukkan anak tunggal lebih berjaya dalam Pendidikan, atau pun mereka mempunyai bakat-bakat tertentu yang boleh membanggakan ibu bapa. Ini kerana mereka mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga dan tidak berkongsi dengan orang lain.
7. Pentingkan privasi
Kehidupan sering bersendiri membuatkan mereka mementingkan ruang privasi hanya untuk mereka saja. Sebab tu ramai yang anggap anak tunggal ni sombong.
8. Suka berjalan
Kajian membuktikan bahawa anak tunggal memang suka berjalan. Mereka suka mencuba benda baru dan tidak suka dikawal. Mereka juga tidak suka duduk seorang di rumah dan sering keluar bersama rakan-rakan di luar.
Kelebihan yang korang akan dapat sekiranya berkahwin dengan anak tunggal adalah korang juga mungkin menjadi menantu kesayangan kerana satu-satunya menantu yang mereka ada. Betul tak? Bertuah kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

