Baru-baru ini, banyak betul isu kontroversi melanda selebriti Korea; baik selebriti lelaki mahupun perempuan. Daripada tuduhan kononnya pernah membuli hinggalah kes dadah, ada saja cerita tidak enak yang timbul pada setiap minggu.
Kali ini, peminat K-drama dikejutkan selepas mendapat tahu pelakon lelaki kegemaran ramai, Park Seo Joon terpalit dengan kontroversi disebabkan kenyataan lamanya yang dipetik daripada satu temuramah pada tahun 2014.
Pada waktu itu, media yang menemubual Seo Joon telah bertanyakan mengenai ciri-ciri wanita idaman pelakon kacak itu.
Jawab pelakon drama Itaewon Class itu, wanita idamannya haruslah meninggalkan pekerjaan sedia ada dan perlu duduk di rumah untuk menjaga keluarganya.
Oh oh..
Di dalam artikel tersebut, Seo Joon menjelaskan bahawa dia telah dibesarkan dalam sebuah keluarga sedemikian rupa di mana ibunya komited menjaga anak-anaknya di rumah.
Ads
“Jadi saya turut merasakan anak-anak saya nanti perlu dibesarkan oleh ibu mereka. Saya pernah dengar bahawa cara seorang kanak-kanak dibesarkan akan memberi kesan kepada perlakuannya semasa zaman dewasa.
“Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan lebih cenderung melalui zaman dewasa yang bermasalah. Dia mungkin tidak mempunyai skil bersosial bagus, atau dia juga boleh menjadi seorang penjenayah.
“Saya tentunya akan cuba menjadi ayah yang baik, tetapi anak-anak saya tetap perlukan ibu mereka. Mungkin pendapat ini salah, tetapi inilah jawapan saya buat masa ini,” jelas Seo Joon.
Artikel tersebut tidak terhenti di situ. Seo Joon juga merasakan wanita idaman perlu menjadikannya ingin menjadi seorang lelaki yang betul-betul ingin melindungi wanita itu. Senang cerita, lelaki protective lah.
“Saya suka wanita yang membuatkan saya risau tentangnya. Wanita kurus selalu bersifat sedemikian. Saya rasakan wanita yang tinggi pula boleh menjaga dirinya sendiri,” tambahnya lagi.
Ads
Hhm..
Penulis pasti Park Seo Joon tidak berniat pun menjadikan wanita sebagai objek yang boleh diklasifikasikan mengikut ketinggian atau bentuk badan. Mungkin, apa yang dimaksudkan Seo Joon adalah dia ingin bersikap protective terhadap wanita yang disayanginya.
Mungkin juga pada waktu itu, Seo Joon masih tidak fasih mengatur ayat jawapan semasa ditemuramah.
Apa yang jelas, selepas artikel itu kembali timbul dan menjadi tular di sana, warganet Korea termasuklah sebilangan peminat Seo Joon tidak boleh menerima jawapannya itu.
Ada yang berkata pandangan mereka terhadap Seo Joon telah berubah dan cara Seo Joon yang inginkan isterinya duduk di rumah dan menjaga anak mereka adalah kolot serta ketinggalan zaman.
Apapun, penulis masih kekal menjadi peminatnya! Lebih-lebih lagi apabila dia semakin berjaya dalam karier lakonannya dan dipercayai akan membintangi filem The Marvels, tidak lama lagi.
Sekiranya benar Seo Joon akan berlakon di sisi Brie Larsson dalam filem sekuel Captain Marvel itu, dia akan menjadi pelakon kelahiran Korea Selatan ketiga yang membintangi filem terbitan Marvel Cinematic Universe selepas Claudia Kim dalam Avengers: Age of Ultron dan Ma Dong Seok dalam Eternals.
Keindahan muzik dan senikata lagu ini dendangan penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin bukan sahaja menjadi siulan peminat hiburan tanah air malah mendapat sambutan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan juga Brunai.
Malah, lagu Casablanca ini juga berjaya menduduki tangga teratas carta Spotufy Viral Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.
Namun, baru-baru ini seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana bagaimanapun terpanggil untuk menegur kesilapan perkataan yang digunakan oleh penulis lirik dalam lagu tersebut. Ia juga berjaya mencuri perhatian orang ramai dan netizen.
Menerusi hantaran dalam laman Instagram, beliau menjelaskan perkataan yang seharusnya digunakan untuk jantung adalah degup dan bukannya denyut seperti yang digunakan dalam lirik lagu siulan ramai itu.
Walaupun beliau mengaku bahawa penulisan kreatif memberikan penulis sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa, orang ramai perlu tahu bahawa kebebasan melakukan ralat dalam tatabahasa adalah untuk perkara yang biasanya tidak boleh dibayangkan seperti kata sendi nama dan imbuhan.
“Contohnya kata sendi nama. Kata sendi nama di. Terdapat lirik lagu yang tulis di hari raya sedangkan ia sepatutnya pada hari raya. Kita tidak boleh bayangkan di jadi ia tidak ada masalah. Contoh lain adalah berkaitan imbuhan. Ia sepatutnya mencintai tetapi ada yang buat jadi menyintai.
Jika ia melibatkan perkara yang kita boleh bayangkan seperti kata nama atau kata kerja, kesilapan memilih perkataan yang tepat akan memberikan bayangan berbeza kepda jalan cerita lagu tersebut. Denyut dan degup adalah berbeza. Saya tidak boleh bayangkan macam mana jantung dia berdenyut,” ujarnya.
Menerusi tinjauan kami di laman Instagram, rata-rata warganet terhibur mendengar penjelasan Cikgu Zack. Beliau turut berkata Casablanca meruapakan lagu kegemarannya ketika ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada bulan lalu, syarikat penerbangan Malindo dan Cathay Pacific daripada Hong Kong telah mengambil tindakan awal untuk mengecualikan caj penukaran penerbangan kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada 9 Mei ini.
Hari ini, dua syarikat penerbangan gergasi negara iaitu Malaysia Airline Group (MAG) dan AirAsia pula yang mengambil tindakan serupa untuk penumpang setia mereka.
Bagi korang yang sudah pun menempah tiket penerbangan bersama AirAsia dan ingin mengubah tarikh perjalanan, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 hari daripada hari ini.
Korang boleh memilih untuk:
1) Menganjak tarikh penerbangan tanpa caj tambahan. Tarikh penukaran pula adalah 30 hari daripada tarikh tempahan tiket awal. Bagaimanapun, sebarang penukaran bergantung kepada kekosongan.
2) Pilihan kedua, korang boleh menukar fare value daripada tiket yang ditempah lebih awal itu menggunakan akaun AirAsia BIG Loyalty untuk penerbangan pada masa hadapan. Ia boleh ditebus semula dalam tempoh 90 hari daripada tarikh penukaran fare value itu.
AirAsia tidak keseorang apabila MAG juga menawarkan pengecualian caj yang sama bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings sempena Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Kata wakil daripada MAG, pengecualian ini merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanannya jatuh di antara 8 Mei sehingga 10 Mei 2018.
Sama seperti AirAsia, sebarang bentuk perubahan tiket perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.
Sekiranya ingin menangguh perjalanan ke destinasi asal, korang juga boleh melakukannya sehingga tempoh 2 bulan daripada tarikh penerbangan asal.
Orang Perak pasti kenal benar dengan nama Sultan Idris Shah II yang memerintah negeri itu selama 21 tahun bermula dari tahun 1963 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1984. Sepanjang memerintah negeri Perak, almarhum terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dengan mereka yang berada di bawah naungannya.
Salah satu kegemaran baginda adalah seni muzik. Kecintaan baginda terhadap seni muzik dizahirkan menerusi penubuhan sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Orkes RIShah. Baginda bukan sahaja seorang yang gemarkan muzik bahkan berbakat dalam penciptaan lagu serta penulisan lirik.
Antara lagu popular yang ditulis baginda adalah lagu Kalau Rindu nyanyian penyanyi terkenal Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang yang menjadi antara lagu menguasai carta sekitar tahun 70an. Selain itu baginda juga menulis lagu-lagu lain seperti Semalam di Subang dan Pulau Pangkor yang dirakam ke dalam piring hitam dan dinyanyikan oleh Aminah Ahmad.
Kulit album piring hitam Aminah Ahmad bersama Orkes RIShah.
Lagu Kalau Rindu nyanyian Rafeah Buang menjadi halwa telinga masyarakat sehingga kini dan masih lagi dimainkan di corong radio. Hasil kreativiti dan juga puitisnya lirik yang dihasilkan membuat lagu ini terus malar segar merentas zaman.
Bagi anak muda yang kurang kenal dengan almarhum Sultan Idris Shah II. Sedikit trivia untuk anda, Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah merupakan salah seorang puteri baginda dan ini menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai cucunda baginda. Selain itu, seorang lagi anakanda baginda, Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zukarnain merupakan Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan kini.