Bagi peminat muzik K-Pop, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana selebriti atau K-Pop Idol wanita kegemaran mereka menangani menstruasi (haid) ketika mereka mempunyai jadual padat.
Soalan ini kerap diajukan ketika beberapa K-Pop Idol melakukan siaran langsung termasuklah bekas anggota Momoland, Daisy yang kerap menerima pertanyaan mengenai hal ini di platform Tiktok miliknya.
Menjawab soalan daripada salah satu pengikutnya berbunyi, “Daisy, boleh ke awak beritahu kami bagaimana K-idol mengatasi semua hal ketika sedang haid? Adakah mereka masih mengalaminya (haid) atau boleh berhentikan haid itu?”.
Daisy atau nama sebenar Daisy Yoo (25) menjelaskan bahawa semua penyanyi K-Pop terutamanya wanita tetap mendapat haid dan menstruasi seperti biasa sama seperti wanita di luar sana.
“Kami sama saja seperti orang lain yang mengalami menstruasi. Sayangnya, norma masyarakat telah memutuskan bahawa orang yang mengalami menstruasi perlu masuk kerja seperti biasa. Jadi, kami semua hadap saja” – Daisy
Tambah Daisy, dia juga membenarkan kenyataan mengenai beberapa penyanyi K-Pop yang tidak mengalami haid kerana kekurangan berat badan kerana hal tersebut juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama.
Ads
Walau bagaimanapun, Daisy menegaskan dia kurang mengetahui seberapa kerap hal seperti itu terjadi kerana secara peribadi dia belum pernah melihat hal itu terjadi kepada seseorang.
“Tapi kebanyakannya, semua orang hanya cuba menahan sakit, minum pil dan menggunakan tampon. Sayangnya, memang tidak ada sebarang ubat ajaib,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, berbicara mengenai ketakutan umum para wanita iaitu apabila kebocoran yang berlaku semasa haid, Daisy menjelaskan bahawa kebiasaanya stylist sudah siap untuk menghadapi kejadian seperti itu.
“Kalau bocor atau ada sebarang hal yang tidak disengajakan, biasanya ada seluar atau skirt tambahan. Kami juga biasanya akan beritahu stylist ‘saya sedang haid dan tak boleh pakai warna putih’ dan mereka akan okay saja” – Daisy
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Bboom Bboom’ itu turut mengungkapkan bahawa ketika dia merupakan seorang pelajar sebelum ini, dia pernah mengalami kekejangan ketika menstruasi dengan rasa sakit 9/10.
Ads
“Semasa saya jadi idol, tiba-tiba haid saya okay saja dan saya jarang alami menstrual cramp. Saya tak pasti kalau ini berpunca daripada mentaliti, tapi saya berjaya yakinkan diri bahawa saya tak sakit pada waktu itu dan ia menjadi. Jadi, saya tak mengeluh sangat untuk hal itu,” kata Daisy lagi.
Walau bagaimanapun, Daisy juga memberitahu selepas dia berhenti menjadi seorang idola K-pop dan kembali kepada gaya hidup normal seperti sebelum ini, rasa sakit menstrual cramp itu juga telah kembali. Dia juga mengungkapkan ini mungkin disebabkan tubuh badannya mungkin merindukan rasa stres dan lapar seperti yang dialami oleh majoriti wanita ketika haid.
Sekadar info, Daisy sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan Momoland sebagai rapper dan penari utama. Momoland, mula aktif sejak 2016 dan popular dengan lagu seperti Yummy Yummy Love, Wrap Me in Plastic dan Pinky Love. Bagaimanapun, pada Januari 2023 Momoland mengumumkan pembubaran dan mula mengambil haluan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persoalan sama ada kumpulan K-pop terkenal, BTS diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan ketenteraan ataupun bakal dikecualikan masih belum diputuskan oleh agensi pengurusan kumpulan tersebut, Hybe.
Lapor Yonhap, perkara itu telah dimaklumkan oleh Ahn Cheol-soo iaitu ketua jawatankuasa pegawai pasukan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol kepada pemberita selepas mereka melawat premis agensi tersebut Sabtu lalu.
Tambah Cheol-soo lagi, perbincangan tersebut akan terus dibawa ke peringkat Parlimen kerajaan baharu selepas ini. Wow, keputusan pengecualian perkhidmatan tentera ini sampai ke pengetahuan pejabat Presiden Korea Selatan!
BTS menjayakan persembahan Butter di anugerah Grammy 2022 semalam.
Sememangnya kumpulan BTS merupakan aset berharga negara tersebut setelah ia berterusan membanggakan rakyatnya dengan segala kejayaan dan rekod baharu yang dicatatkan selama ini.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan disebut sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan pengecualian perkhidmatan tentera kepada BTS. Begitupun, syarikat label mereka pernah menyatakan tiada sebab untuk ahli-ahli BTS dikecualikan daripada berkhidmat. Malah, mereka turut menyatakan hasrat untuk mendaftarkan diri secara sukarela selama beberapa kali sebelum ini.
Adakah ahli-ahli BTS sudah bersedia untuk ‘menukar mikrofon kepada senapang’ selama dua tahun dalam kem latihan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rezeki itu ada di mana-mana dan kadangkala kita sendiri pun tidak pasti ke manakah hala tuju kerjaya terutamanya buat korang yang masih muda dan baru tamat belajar.
Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial.
Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu; lebih berani, terbuka, berani bersuara dan mahukan cabaran dalam hidup.
Berhenti kerja untuk mencari pengalaman baru atau menerima tawaran yang lebih baik bukanlah satu perkara yang negatif. Namun, cara kamu berhenti itu amat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan reputasi tetapi kepada orang lain terutamanya majhikan dan rakan sekerja yang mahu korang tinggalkan.
Jangalah kita menjadi seorang yang bila mahu berhenti sahaja seribu satu hal yang tidak mendamaikan orang lain. Jangan lakukan 5 perkara ini jika korang nak berhenti kerja!
1. Tergesa-gesa
Jangan kerana ikutkan nafsu dan perasaan kamu menyesal kemudian hari. Berhenti kerja adalah satu keputusan yang sangat besar kerana ia melibatkan masa depan serta kerjaya. Sebelum menghantar surat berhenti kerja, fikirlah dengan sehabais baik dan hati terbuka. Tanya diri sendiri adakah ini merupakan keputusan terbaik. Dan jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia boleh membuat rakan-rakan sekerja kecil hati. Mereka merupakan sahabat yang korang habiskan masa hampir setengah hari bersama!
2. Abaikan Tugas
Ambil keputusan untuk berhenti bukan bermakna korang bebas daripada tanggungjawab serta tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh majikan. Jika korang masuk dengan baik, keluarlah dengan cara yang baik juga. Sebelum berhenti selesaikan segala tugasan dan jangan bebankan majikan dan rakan sekerja yang lain. Paling tidak pun hari terakhir tinggalkan syarikat, beritahulah majikan status tugasan kamu supaya ia boleh diteruskan oleh orang lain dengan lancar.
Walau apa sekali sebab korang ingin berhenti ia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk korang memburuk-burukkan majikan atau rakan sekerja yang lain. Jika benar korang berhenti sebab sudah tidak ada hati bekerja si situ, maka pergilah dengan baik. Ketahuilah bahawa ada kemungkinan majikan korang di masa akan datang akan hubungi majikan lama untuk mengetahui serba sedikit tentang korang.
4. Luah Perasaan
Seperti yang dinyatakan dalam poin di atas, walau apa pun berlaku di pejabat janganlah jadikan ia alasan untuk korang mengutuk, mengeji atau berkata buruk terhadap majikan. Apatah lagi jika korang pergi meroyan di laman media sosial. Ia seolah membuka pekung kamu sendiri sebenarnya. Apatah lagi perkara yang korang sebarkan itu tidak benar dan hanya spekulasi tanpa bukti semata-mata. Dan tahukah korang bahawa sekarang banyak syarikat yang ingin mengambil pekerja baru turut memeriksa kandungan laman media sosial calon-calon perkerja?
5. Tiada Arah Tuju
Perkara begini banyak berlaku di kalangan generasi millenial. Kadangkala ramai di antara korang yang berhenti kerja disebabkan oleh emosi semata-mata. Dan disebabkan itu korang berhenti tanpa ada back up plan. Ia adalah amat merugikan korang sahaja. Berhenti tanpa ada arah tuju ke mana untuk pergi adalah satu perbuatan sia-sia. Sebelum berhenti carilah pekerjaan lain dahulu. Kalau tidak bagaimana kamu ingin teruskan hidup dengan komitmen pelbagai hutang dan tanggungan setiap bulan?
Diharapkan perkongsian daripada REMAJA kali ini dapat membantum korang yang dalam dilema untuk berhenti kerja. Apa yang paling penting jangan buat keputusan berlandaskan emosi semata-mata. Fikir sebelum merana! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum kita beralih ke tahun 2020 kurang sebulan dari sekarang, ramai penggemar filem Barat sudah tak sabar menantikan seleksi filem yang akan menemui kita pada tahun hadapan.
Antara filem yang menjadi sebutan untuk 2020 ialah filem James Bond terbaru berjudul #NoTimeToDie yang akan menemui kita pada 9 April kelak.
Filem No Time To Die menjadi filem hangat setelah Daniel Craig dikatakan enggan menyambung francais filem tersebut sebagai James Bond. Malah ada ura-ura yang mengatakan James Bond bakal diganti dengan karakter perisik perempuan.
Namun semua itu ternyata khabar angin semata setelah poster rasmi Daniel Craig sebagai James Bond dikeluarkan oleh United International Malaysia.
No Time To Die menceritakan tentang James Bond yang telahpun meninggalkan kehidupannya sebagai seorang perisik dan gembira menghabiskan masa di Jamaica. Namun dia menerima panggilan daripada seorang rakan karib daripada CIA iaitu Felix Leiter yang meminta pertolongannya.
Misi kali ini berkenaan usaha menyelamatkan seorang saintis yang diculik, dan ia akan membawa James Bond ke cabaran bar apabila muncul lagi seorang watak antagonis dengan teknologi baru yang merbahaya.
Selain Daniel Craig, No Time To Die juga dibintangi oleh Rami Malek, Lea Seydoux, Ben Whishaw, Naomie Harris, Christoph Waltx dan Ralph Fiennes.
Jom tonton trailer PERTAMA No Time To Die yang dilancarkan bulan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.