Di Korea, bukanlah sesuatu yang asing bila mana selebriti popular mereka juga turut menyertai latihan ketenteraan. Tidak seperti di negara kita, latihan ini diwajibkan kepada semua lelaki di Korea.

Peminat sudah pasti rasa kehilangan bila idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan tersebut.

Tahun ini nampaknya lebih ramai selebriti Korea popular dijangka akan menyertai latihan ketenteraan dan ia pastinya membuatkan ramai peminat sedih dengan khabar ini.

Berikut kami senaraikan antara 7 selebriti Korea yang akan menyertai latihan ketenteraan tahun ini.

1. Jin BTS

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: NME

Berita sedih buat ARMY seluruh dunia, ahli kumpulan kpop ini dikatakan bakal menyertai latihan tentera pada tahun ini. Jin dilahirkan pada tahun 1992 dan kini berusia 30 tahun. Walaupun sudah melepasi had umur tetapi seperti yang semua sudah maklum BTS diberikan penangguhan kerana aktiviti seni mereka yang terlalu padat.

IKLAN

2. P.O BLOCK B

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: Soompi

Walaupun ahli Block B ini telah menerima notis pada tahun lalu, namun dia menyerahkan surat penangguhan pendaftaran pada Oktober 2021. Menurut YTN, permohonan itu diterima tetapi hanya sehingga penghujung tahun 2021. Dengan ini bermakna PO tidak lagi boleh menangguhkan kemasukan latihan tentera tahun ini.

3. Mino WINNER

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: Metro

Mino dikhabarkan bakal menyertai latihan tentera tidak lama lagi. Sebelum ini, dia turut memohon penangguhkan ada 2021 dan kini usianya mencecah 29 tahun, maka dia tidak lagi boleh menangguhkan latihan tersebut.

4. Ravi VIXX

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: Soompi

Seorang lagi idola kpop yang dilahirkan pada tahun 1993 dan bakal mencecah usia 29 tahun tidak lama lagi. Sama seperti teman-teman yang lahir tahun 1993, Ravi juga tidak boleh menolak tarikh pendaftarannya lagi.

IKLAN

5. Song Kang

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: SCMP

Bintang yang semakin popular ini akan menyertai latihan ketenteraan mandatori pada tahun ini. Tidak ada berita tentang penangguhan bermakna kemungkinan besar Song Kang akan mendaftar sebelum April ini. Walau bagaimanapun, berita yang tersebar tentang projeknya menyertai musim kedua Sweet Home mungkin akan menyebabkan dia memohon untuk penangguhan.

6. Nam Joo Hyuk

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: Pinkvilla

Aktor ini bakal mencecah usia 28 tahun, bermakna penyertaan ke latihan tentera adalah semakin hampir. Menurut undang-undang perkhidmatan ketenteraan Korea Selatan, semua lelaki yang lahir pada tahun 1994 dikehendaki mendaftar untuk latihan ini sebelum Disember 2022.

7. Kai EXO

7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini
Foto: Allkpop

Ahli kumpulan kpop ini lahir pada tahun 1994 dan ini bermakna dia juga turut tersenarai untuk memunaikan tanggungjawab ini.

IKLAN

Jika benar mereka ini bakal menyertai latihan ketenteraan, maka semua peminat terpaksa untuk ‘melupakan’ kerjaya seni mereka lebih kurang dalam tempoh setahun. Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi nanti.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI