
Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Sapu Bersih Kejuaraan MiniGP, Qabil Irfan Pelumba Cilik Raih Gelaran Juara Dunia Di Usia 11 Tahun

Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.

“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.

“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.

RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awas! Individu Tolak Vaksin Perlu Ditanggung Sendiri Kos Rawatan
Bukan hanya menakut-nakutkan, perkara ini betul-betul berlaku dan akan dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura mulai 8 Disember depan.
Seperti yang kita tahu pengambilan vaksin merupakan satu cara untuk mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut sesama manusia. Dan terbukti ianya berkesan setelah kita melihat kes baru kian menurun setiap hari di Malaysia. Namun usaha untuk mengembalikan taraf kehidupan yang baik tergendala dek segelintir kelompok yang dilihat bersikap antivaksin.

Memandang serius perkara ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Isnin lepas mengumumkan bahawa majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
Justeru itu, pesakit COVID-19 yang tolak divaksin atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan.
Menurut laporan Mediacorp, pemerintah menanggung bil perubatan sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang serta individu yang disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.
MOH memaklumkan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan kepada semua pesakit COVID-19 yang layak menerima vaksin, namun memilih untuk tidak divaksinkan.
“Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara,” katanya.
Difahamkan, bil perubatan bagi individu yang sudah divaksin satu dos akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember bagi memberikan mereka masa untuk menerima vaksinasi lengkap, menurut MOH.
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksin atas pilihan mereka sendiri masih boleh memanfaatkan aturan pembiayaan jagaan kesihatan biasa untuk membayar bil perubatan mereka jika boleh.
Hal ini juga, tidak mustahil akan dilaksanakan di Malaysia juga di masa akan datang.
Baca Artikel berkaitan : Individu Lengkap Dos Vaksinasi Dibenarkan Ke Singapura Tanpa Kuarantin
Sumber: Berita Mediacorp
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mpox Kini Sudah Sampai Di Thailand, Bahaya Jangkitan Cacar Monyet Yang Sedang Menular!
Jika sebelum ini, negara jiran kita Indonesia dilaporkan dikesan kes cacar monyet atau mpox. Terkini, di Thailand pula dikesan melibatkan seorang lelaki Eropah yang tiba dari Afrika minggu lalu dan sedang menunggu keputusan ujian untuk menentukan mutasi.
ARTIKEL BERKAITAN : Wabak Cacar Monyet Kini Di Singapura, 7 Tanda & Gejala Perlu Ambil Tahu

Pihak berkuasa Thai menganggap kes itu adalah mutasi Clade 1 mpox, kerana individu berkenaan seorang lelaki Eropah berusia 66 tahun yang bermastautin di Thailand.
Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi terhadap mpox selepas WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam golobal.
Fakta Tentang mpox?
Mpox merupakan penyakit yang berpunca dari wabak cacar monyet. Ini merupakan jangkitan virus yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui kontak rapat dan kadang-kadang dari persekitaran, barang dan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang menghidap mpox.
Sekiranya virus mpox ini wujud pada haiwan liar, ia juga boleh menjangkiti manusia yang menyentuhnya.
Simptom mpox
Mpox boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda dan simptom. Ada orang yang mempunyai simptom yang sedikit dan ada juga yang mengalami simptom serius sehingga memerlukan rawatan di pusat kesihatan.
- Simptom mpox ini termasuklah ruam pada badan selama 2 ke 4 minggu yang mungkin dimulakan atau diikuti dengan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kurang bertenaga atau kelenjar bengkak.
- Ruam ini pula akan kelihatan seperti lepuh atau luka di bahagian muka, tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan alat sulit. Ia juga boleh ditemui di dalam mulut, tekak, anus, rektum, faraj atau mata.

Dalam kebanyakan kes, simptom mpox ini boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu dengan jagaan yang betul seperti bantuan ubat sakit atau demam. Tapi untuk sesetengah orang, penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan komplikasi atau kematian.
Bayi baru lahir, kanak-kaak dan wanita mengandung serta orang yang mempunyai kekurangan imunisasi berpunca dari penyakit HIV merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami mpox yang teruk serta kematian.
Macam mana mpox menular?
- Mpox boleh merebak dari individu ke individu melalui:
- Hubungan rapat termasuk sentuhan kulit ke kulit.
- Sentuhan mulut ke mulut atau mulut ke kulit.
- Berdekatan dengan seseorang yang mempunyai mpox.
- Semasa penularan global pada tahun 2022, virus ini kebanyakannya merebak melalui hubungan seksual.
- Orang yang dijangkiti mpox dianggap berjangkit sehingga:
- Semua luka mereka telah kering.
- Kudis telah jatuh.
- Lapisan kulit baru telah terbentuk di bawahnya.
- Semua luka di mata dan seluruh badan telah sembuh.
- Virus ini juga boleh berada di permukaan untuk suatu jangka masa dan menjangkiti orang yang menyentuhnya, terutamanya jika:
- Seseorang itu mempunyai luka.
- Menyentuh mata, hidung, mulut, atau sebarang rongga terbuka dengan tangan.
- Mpox juga boleh dijangkiti dari ibu mengandung kepada anak di dalam kandungan:
- Semasa mengandung.
- Selepas bersalin melalui sentuhan kulit ke kulit.
Kalau korang nak tahu, sebeum ini Malaysia pernah merekodkan sebanyak sembilan kes mpox di mana kes pertama telah dikesan pada 26 Julai 2023 dan kes terakhir dikesan pada November tahun yang sama. Kesemua kes ini mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pun pulih tanpa kematian direkodkan.
BACA LAGI: Kajian Bukti 95% Kes Cacar Monyet Berpunca Dari Aktiviti Seksual, Tertumpu Pada Kaum Lelaki


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Cara Kematian 6 Anggota Bomba – Mufti Wilayah
Susulan dari berita kematian 6 anggota bomba dan penyelamat dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri turut menitipkan pesanan salam takziah dan pesanan buat ahli keluarga kesemua enam anggota keluarga bomba ini.
Menyifatkan cara kematian kesemua mereka amat mulia ditambah dengan hadis yang menyatakan, golongan yang mati syahid itu termasuk mati lemas, Mufti Wilayah ini berdoa agar ahli keluarga diberi kesabaran tinggi.

Baca kenyataannya di fb Mufti Wilayah Persekutuan.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.



Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.

Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

