Belum hilang virus Covid-19, kini penduduk dunia berdepan dengan penyakit ‘Monkeypox‘ pula. ‘Monkeypox‘ atau cacar monyet merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox).
Apa yang mengejutkan baru-baru ini satu kajian mendedahkan bahawa 95 peratus kes cacar monyet (monkeypox) disebarkan melalui aktiviti seksual. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada hari Khamis (21/7) datang ketika pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih berdebat sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.
Wabak ini sangat tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan virus itu banyak ditularkan melalui hubungan seksual.
Ads
Memetik halaman NDTV, penyelidikan ini diketuai oleh beberapa pakar di Queen Mary University of London, England. Pakar telah memerhatikan 528 kes jangkitan yang disahkan di 16 negara, antara 27 April dan 24 Jun 2022.
“Adalah penting untuk menekankan bahawa cacar monyet bukanlah jangkitan seksual dalam erti kata tradisional; bagaimanapun, penghantaran boleh berlaku melalui sebarang jenis hubungan fizikal yang rapat, ” kata pengarang kajian John Thornhill dalam satu kenyataan.
Malah, menurut The Guardian, di United Kingdom, Hospital Guy di London mengalami kebanjiran pesakit apabila ada yang beratur selama tiga jam untuk mendapatkan vaksin – dengan mereka yang menunggu giliran hampir semua lelaki gay dan biseksual.
Ads
Wabak ini sangat tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan virus itu banyak ditularkan melalui hubungan seksual. Walaupun mesej ini kelihatan sudah jelas, tetapi terdapat sebahagian pasangan gay yang masih berdegil dan tidak mempedulikan mesej kesihatan awam.
Foto Via BBC
Selain itu, para penyelidik menekankan dalam satu kenyataan bahawa virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan fizikal, seperti pernafasan dan penghantaran melalui pakaian dan permukaan lain.
Simptom Monkeypox
Ads
Terdapat tempoh inkubasi antara tujuh hingga 14 hari jelas CDC yang gejala awalnya adalah :
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bentuk badan manusia mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Namun, tidak ramai yang mengambil berat mengenai bentuk badan ideal bagi manusia.
Baru-baru ini anak perempuan Perdana Menteri Britain, Lara Johnson-Wheeler tampil dalam majalah Tatler dengan mengenakan dress jarang dengan bra dan underwear yang tampak seksi dan mempersona.
Sumber Gambar : Tatler Magazine
Sepertinya tidak menginginkan bayangan ayahnya, yang namanya sudah terkenal di dunia politik. Anak perempuan sulung Perdana Menteri Britain ini akhirnya bersedia tampil di khalayak ramai dengan muncul diwawancara edisi September ini.
Wanita berusia 28 tahun itu memberikan gambar terbaik dalam bentuk badan ‘jam pasir’ membincangkan kesan memperkasakan wanita.
Dalam temu bual dengan Tatler, Lara juga membincangkan mengenai badan berbentuk jam pasir yang kini popular. Dia juga menyebut nama Kim Kardashian yang mempengaruhi trend bentuk badan.
Sumber Gambar : Tatler Magazine
“Akhir-akhir ini, di mana badan jam pasir kembali digemari. Tujuannya adalah untuk kelihatan ‘tebal’ dengan bahagian tengah yang kecil, dan begitu didambakan. Terima kasih kepada Kim Kardashian dan gaya modennya,,” kata Lara .
Dalam penampilannya di majalah Tatler, Lara untuk pertama kali tampil lebih terbuka dari biasanya. Walaupun begitu, Lara memberi amaran bahawa memakai shapewear tidak boleh mengecilkan badan.
Sumber Gambar : Tatler Magazine
“Pakaian ini tidak akan membetulkan apa yang mungkin tidak anda sukai dari badan anda,” kata Lara.
Untuk info. wanita dengan bentuk badan jam pasir ini mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama ataupun dalam kata lain adalah seimbang. Untunglah sekiranya korang mempunyao tubuh seperti ini kerana boleh apa-apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran namun masih nampak menawan dan jelita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal R&B yang pernah popular menerusi lagi “I Believe I Can Fly”, R Kelly didapati bersalah keatas jenayah pemerdagangan seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur sejak dua dekad lalu.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), seramai 11 individu, iaitu sembilan wanita dan dua lelaki tampil sebagai saksi bagi menggambarkan penderaan seksual yang dilakukan oleh selebriti antarabangsa itu.
Selepas dua hari perbicaraan, Kelly didapati bersalah atas sembilan pertuduhan oleh juri Perseketuan dan berdepan hukuman penjara sehingga 100 tahun iaitu 20 tahun untuk pemerasan dan 10 tahun untuk kesalahan pemerdagangan seks.
Juri mendapati bahawa penyanyi R&B itu menjadi ketua kepada rangkaian pemerasan dan penganiayaan bertujuan mengumpan wanita dan kanak-kanak untuk kepuasan seksnya.
Dia juga didapati bersalah melakukan pemerdagangan wanita di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan menghasilkan pornografi kanak-kanak.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Sonja dan pernah menjadi mangsa Kelly berkata, dia dikurung, diberi dadah dan diperkosa.
Peguam yang mewakili beberapa mangsa memberitahu wartawan ini adalah kes paling serius membabitkan pemangsa seksual yang dikendalikannya sepanjang 47 tahun berkhidmat sebagai peguam.
Fuh, tak pasal-pasal kena hukuman penjara seumur hidup. Bila nafsu menguasai diri, orang lain pula menjadi mangsanya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat seluruh masyarakat.
Sama ada orang terkenal atau tidak, hukuman seharusnya diberikan secara adil. Betul tak?
Sukar untuk menggambarkan perasaannya namun naluri untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah ketika tangan dan kakinya digilis sebuah lori memaksa seorang saksi, Darushallam Darusa memangku dan memeluk kanak-kanak yang sedang meraung kesakitan.
Berusia 47 tahun, Darushallam berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kem 512 di Padang Midin untuk pulang ke rumah dan kebetulan tiba di Bukit Chempedak ketika kemalangan itu berlaku.
“Saya ada di situ. Banyak kereta berhenti tetapi tidak ramai berani mendekati kerana kecederaannya amat parah. Saya terpandang keadaannya yang seolah dalam keadaan mamai, antara menahan kesakitan yang amat sangat dengan kaki yang sudah hancur digilis tayar lori. Saya terus pangku dan ribanya walaupun saya tidak sanggup melihat kecederaan dialaminya.
“Kalau tengok keadaannya (mangsa) mungkin tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan tetapi saya tidak sanggup melihat sahaja tanpa membantu,” katanya kepada Sinar Harian.
Darushallam akui tidak ramai berani mendekati kerana kecederaan kanak-kanak ini amat parah namun dia memberanikan diri membantu kerana berasa sedih melihat situasi kanak-kanak iniBudak lelaki berusia 8 tahun ini alami kecederaan parah dalam mengerang kesakitan sementara menunggu bantuan ambulan tibaAhli keluarga mangsa yang datang selepas mendapat tahu berita ini tidak dapat menahan sebakMangsa terjatuh dari basikal saat cuba membelok selepas terlepas simpang dan lori yang dekat tidak sempat melakukan brek kecemasan lalu melanggarnya
Dalam kejadian malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tidak diketahui namanya itu sedang menunggang basikal sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Banggol Chempedak semalam.
Sebaik terjatuh dari basikal, lenyekan tayar itu mengakibatkan kaki kanannya hancur dilanggar selain alami kecederaan parah di tangan kiri dengan berlumuran darah.
Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada dan setibanya di lokasi, mangsa yang menunggang basikal bersendirian dipercayai terlepas simpang dan membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang.
Pemandu lori itu dikatakan cuba mengelak namun kerana jarak terlalu dekat menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu melanggar mangsa.
Namun keadaan terkini mangsa masih belum diketahui selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.