Betul-betul ‘advanced’ ni!

Penyanyi Amerika Latin, Marc Anthony baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali keempatnya kepada isteri pilihan, Nadia Ferreira yang juga merupakan naib juara pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2021.

Baru 2 Minggu Langsung Perkahwinan, Isteri Marc Anthony Sah Hamil Anak Pertama!Baru 2 Minggu Langsung Perkahwinan, Isteri Marc Anthony Sah Hamil Anak Pertama!

Baru 2 Minggu Langsung Perkahwinan, Isteri Marc Anthony Sah Hamil Anak Pertama!

Acara resepsi yang dilangsungkan secara tertutup namun masih meriah di Miami Florida pada 28 Januari lalu telahpun dihadiri oleh rakan selebriti terkenal termasuklah pasangan Beckham, Salma Hayek, Maluma, Luis Fonsi dan Romeo Santos.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami JLO, Marc Anthony Pilih Naib Juara Miss Universe 2021 Sebagai Isteri – REMAJA

Baru 2 Minggu Langsung Perkahwinan, Isteri Marc Anthony Sah Hamil Anak Pertama!

IKLAN

Biarpun pertalian perkahwinan ini masih belum mencecah usia sebulan, khabarnya Nadia kini sudahpun hamil dengan anak sulung mereka!

Menerusi satu hantaran foto di akaun Instagram Nadia Ferreira, jelitawan dari Paraguay itu mempamerkan bahagian perutnya yang sudahpun ‘terisi’ bersempena tarikh Hari Kekasih pada 14 Februari 2023.

Baru 2 Minggu Langsung Perkahwinan, Isteri Marc Anthony Sah Hamil Anak Pertama!

Para pengikut Nadia dan Marc rata-rata meluahkan rasa gembira bersadur terkejut dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang terkesima melihat cincin pertunangan dan perkahwinan berlian yang tersarung pada jari Nadia.

IKLAN

“Hadiah Hari Kekasih terbaik!!! Bersyukur kepada Tuhan di atas kurniaan besar ini dalam hidup kami.”

Yang penting; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hehe..

Dalam pada itu, portal Barat melemparkan spekulasi kononnya Marc dan Nadia sudahpun mengetahui berita kehamilan ini sebelum tarikh perkahwinan mereka lagi; sekaligus memaksa pasangan itu mempercepatkan majlis.

Bagaimanapun, Marc dan Nadia memilih untuk menantikan detik paling sesuai bagi  mengumumkannya kepada khalayak ramai dan tarikh apa yang lebih sesuai selain Hari Kekasih.

IKLAN

Di Malaysia sendiri, dunia seni hiburan telah menerima berita gembira setelah satu-persatu pasangan selebriti tempatan mengumumkan kehamilan masing-masing sepanjang bulan Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “#BabynumberTWO” Pelakon Elvina Mohamad Umum Hamil Cahaya Mata Kedua – REMAJA

BACA LAGI: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI