Pembikinan dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera telah memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Fakta yang kurang tepat serta cubaan memburukkan negara mengenai layanan terhadap warga asing ketika situasi pandemic COVID-19 bukan saja membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangkit marah malah pihak kerajaan juga menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh dan meminta maaf.
Ramai pihak melihat Al Jazeera mempunyai kepentingan tertentu kerana melaporkan berita tidak tepat sedangkan negara sudah memberikan 101 peratus demi menyelamatkan nyawa pendatang tanpa izin yang telah dijangkiti.
![[PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar 2 [PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/07/218241.jpeg)
![[PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar 3 [PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/07/218240.jpeg)
Terkini, di sebalik isu Al Jazeera tengah panas, seorang Pegawai Penerangan Malaysia, atas nama Anna Amdan di fbnya telah berkongsi kisah di sebalik pembikinan dokumentari tersebut. Malah beliau turut berkongsi call card penyampai yang juga wartawan kanan 101 East Al Jazeera English Program, Steve Chao yang dalam perkongsian di fbnya malam tadi.
Rupanya memang ada isu kerana Al Jazeera “berlakon” termasuk menyuruh krewnya berlakon menjadi Pati dan juga pesakit ketika pembikinan dokumentari itu dilakukan.
Pergh, memang panas. Ternyata Al Jazeera tiada kredibiliti dalam menyampaikan maklumat benar, seolah-olah ada udang di sebalik mi mengenai pembikinan dokumtari ini. So korang bacalah sendiri perkongsian pegawai penerangan ini.
Baca perkongsian ditulisnya.
Harap kali ini AlJazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar!
Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama negara kita.
![[PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar 4 [PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/07/218242.jpeg)
Macam mamat hensem Steve Chao ni konon buat dokumentari nak tunjuk perkhidmatan kesihatan kita yang prihatin tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara. Beriya-iyelah kita membuat persiapan membantu proses pengambaran, bukannya susah pun memang setiap hari doktor-doktor kita merawat warga asing, legal ke illegal ke stateless ke semua ada.
Yang utama adalah 'meneyelamatkan nyawa'!. Tuh belum lagi yang cerita doktor dengan nurse kat wad pungut duit belikan tiket kapal terbang, eh macam-macamlah kita buat bantu mereka ni.
Kalau dekat negara mereka? Ada duit? Ada insurans? Itu yang doktor tanya dulu baru rawat. Kita? Rawat dulu!!! Rupanya lain yang dirakam lain yang dikata. Mereka kata kita tidak memberikan rawatan kepada warga asing.
Siap pulak tiba-tiba dalam dokumentari tu ada pesakit di wad duduk atas katil yang sebenarnya pelajar intern orang Sarawak yang merupakan salah seorang krew mereka yang kononnya pesakit warga asing yang kita tidak rawat sewajarnya.
Memang hati rasa tak sedap masa terima permohonan mereka tapi sebab ada lampiran surat kelulusan DG waktu itu maka kita pertimbangkanlah.
Anda mungkin berminat dengan
Bukan setakat perkhidmatan kesihatan khususnya HKL sahaja yang KENA tetapi pihak Imigresen juga ditipu hidup-hidup oleh spesis ini. Mereka masuk ke pusat tahanan kalau tak silap area Negeri Sembilan, kononnya nak buat CSR yang diketuai oleh seorang paderi.
Rupanya paderi olok-olok tu pakai kamera kecil yang diletakkan dalam jubahnya. Memanglah pusat tahanan kita bukan macam hotel 5 bintang, tapi makan 5-6kali free sehari tu apa citer.
Sambil memberi goodies mereka berlakon, ada sahaja krew mereka yang tiba-tiba menjadi orang tahanan jadi-jadian. Samalah seperti di wad dahulu tu. Patutlah bila aku selidik macam-macam pasal krew jadi-jadian tu mereka tak berapa nak layan. Rupanya ada udang di sebalik mee goreng mamak.
Berombonganlah selepas itu, aku, wakil imigresen, Wisma Putra, entah mana lagi agensi terlibat dipanggil oleh MKN gara-gara mamat AlJazeera hensem. Berkajanglah pulak nak membuat report.
Akhir kalam don't judge the book by it's cover hehehe. Kredit sumber : FB Anna Amdan
∞
Mulai 1 Januari 2020, larangan peraturan merokok berjarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari lokasi kedai makan akan mula dikuatkuasakan.
Selepas pihak kerajaan memberi masa setahun untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya asap rokok yang boleh mengakibatkan orang sekeliling sakit selain perokok sendiri, kurang dari lapan hari peraturan ini akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa krompromi lagi.
Bersedialah untuk membayar saman RM250 jika tertangkap merokok di semua kedai makan yang telah diwartakan dan jika gagal membayar jumlah kompaun untuk satu tempoh ditetapkan, bersedialah membayar tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika sabit kesalahan seperti disabitkan di mahkamah.
Wow, boleh tahan jumlahnya dan REMAJA saja nak syerkan ingatan ini agar tiada yang “menangis” bila kena denda nanti.
Isu kedai makan bebas dari asap rokok ini pernah mendapat liputan meluas apabila sebahagian masyarakat terutama dari kaum ibu yang membawa anak-anak kecil merasa lemas apabila kepulan asap-asap rokok berada di sekeliling mereka apabila mengunjungi premis menjual makanan.
Malah jika dahulu kelihatan ramai perokok yang menjarakkan diri (berada 3 meter dari lokasi kedai) tetapi hari ini fenomena itu sudah menjadi biasa kerana ramai yang selamba merokok dalam kedai makan biarpun sudah ada tanda LARANGAN MEROKOK DI PASANG DI DINDING KEDAI.
Sikap “takut seketika” pada peraturan yang pada awalnya nampak tegas tetapi nampaknya kerajaan masih lagi ingin mendidik masyarakat untuk memahami bahaya merokok ini. Tetapi nampaknya penguatkuasa ini akan mula diguna pakai bermula 1 Januari 2020.
Ingat ya, jangan buat hal. RM250 tu, banyak tu bagi orang bujang. Kalau beli rokok seludup pun baru berharga RM4. Tapi kalau yang dah berkahwin kena, mahu “perang” dengan isteri sebab nak beli susu anak pun dah lari sebab bayar denda.
∞
Beberapa negara sudah mengisytiharkan darurat kecemasan kesihatan termasuklah beberapa negeri di Amerika Syarikat, Sepanyol, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Jepun juga bakal menyusul.

Kemungkinan Jepun akan mengisytiharkan perintah darurat selama enam bulan bermula esok dalam usaha menghentikan penularan COVID-19 di seluruh negara itu selepas jumlah terkumpul jangkitan wabak itu melebihi 1,000 kes di Tokyo dan telah menyebabkan kemelesetan kepada negara Matahari Terbit itu.

Perintah itu akan membabitkan Tokyo dan bandar metropolitan lain termasuk Osaka, kata agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita Kyodo pada Isnin melaporkan seorang pegawai kerajaan berkata, perisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah, menyertai majlis awam serta mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan diri.

Bagaimanapun,mereka yang gagal mematuhi peraturan dan cadangan berkenaan tidak akan didenda.
Perdana Menteri Jepun itu juga akan memperincikan wilayah mana yang akan menjadi sasaran darurat dan tempoh perlaksanaan perintah berkenaan.
Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes COVID-19, 104 kematian. Di Tokyo sahaja, 143 kes jangkitan baharu dicatatkan, menjadikan sejumlah 1,033 kes direkodkan di kota raya itu.
∞
Bulan Syawal seharusnya disemat dengan aktiviti mulia bagi menyambut bulan kemenangan umat Islam di Malaysia.
Bagaimanapun, lain pula cara seorang ‘Instafamous’ ini menyambut Aidilfitri apabila dia ditahan selepas disyaki ‘beraksi liar’ di sambutan rumah terbuka yang dilangsungkan di Centralwalk I-City, Shah Alam pada Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim kepada Berita Harian, pihak pilis telah melakukan tangkapan ke atas suspek tersebut setelah pihak mereka menerima laporan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City.
Pihak JMB membuat laporan polis 28 Mei lalu setelah mendapat pesanan WhatsApp mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan acara bunga api di dewan aras UG di Central Walk I-City.
Suspek yang juga merupakan penganjur acara rumah terbuka itu dikenali dengan panggilan Cik Lala dan dia telahpun menyewa unit di sana dengan kos RM4000 dengan jumlah jemputan kira-kira 50 orang dalam kalangan kenalannya.
“Siasatan mendapati tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.
“Suspek ditahan semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang dalam tindakan untuk melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya.
Tambahnya lagi, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan daripada pelancong di Selangor.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 malam hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-UG -12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.
“Sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti bunyi muzik yang kuat serta mendapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 23 Akta Komunikasi & Multimedia,” lapornya lagi.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞