Penyanyi K-Pop sensasi, Lee Know Stray Kids baru-baru ini mencuri perhatian selepas menyumbangkan 100 juta Korea Won (kira-kira RM294,000) bagi membantu mangsa banjir besar di Nepal. Sumbangan tersebut disalurkan bagi menyokong usaha bantuan kepada kanak-kanak serta keluarga yang terjejas dan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat bencana berkenaan.
Difahamkan, Lee Know atau pemilik nama sebenar Lee Min-ho (28), menyerahkan sumbangan itu kepada World Vision pada 28 Ogos lalu serta berharap bantuan tersebut dapat digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan dan nutrisi, tempat perlindungan sementara, selain kemudahan air bersih serta sanitasi kepada penduduk yang terkesan.
“Saya berharap sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit kekuatan kepada mereka yang sedang melalui waktu sukar,” katanya menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan oleh JYP Entertainment.
Banjir yang melanda Nepal baru-baru ini.
Dalam pada itu, sumbangan tersebut bukanlah kali pertama Lee Know menunjukkan keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan. Beliau mula menaja kanak-kanak di luar negara menerusi World Vision sejak 2014 dan terus aktif menyokong pelbagai usaha kebajikan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
Ads
Malah, pada 2024, anggota Stray Kids itu menyumbangkan 100 juta Korea Won kepada program bantuan krisis makanan global World Vision yang memberi fokus kepada kanak-kanak di negara-negara termiskin dunia. Sumbangan berkenaan turut menjadikannya anggota termuda “Bob Pierce Honor Club”, sebuah kumpulan penderma yang telah menyumbang sekurang-kurangnya 100 juta Korea Won secara terkumpul.
Tidak berhenti di situ, beliau juga pernah menyumbangkan sejumlah 200 juta Korea Won pada 2025 kepada Samsung Seoul Hospital dan kumpulan penyelamat kucing, Nabiya Saranghae. Sumbangan tersebut masing-masing digunakan bagi membantu menampung kos rawatan dan penjagaan pesakit yang menghidap penyakit serius serta menyokong usaha menyelamat haiwan.
Ads
“Saya benar-benar berharap agar mereka yang terpaksa berpindah serta semua pihak yang terlibat dalam usaha bantuan dapat kembali menjalani kehidupan seharian dengan aman secepat mungkin,” ujarnya.
Selain usaha kebajikan secara peribadi, Lee Know bersama anggota Stray Kids yang lain turut menyumbang kepada operasi pemulihan susulan kebakaran hutan di wilayah Gyeongsang, Korea Selatan serta bantuan bencana kebakaran di Hong Kong pada tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Stray Kids baru sahaja melancarkan EP berjudul ‘This & That’ pada 7 Ogos lalu turut mencatat pencapaian membanggakan apabila debut di kedudukan pertama Billboard 200, sekaligus menjadi album kesembilan berturut-turut kumpulan itu yang menduduki carta teratas berkenaan. Kini, Stray Kids sedang meneruskan siri jelajah bagi mempromosikan karya terbaru mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila menyertai pertandingan kecergasan Hyrox di Taiwan. Kehadiran beliau dalam acara sukan berprestij bertaraf global itu sekaligus membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif dan disiplin latihan yang konsisten.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho dan pasangannya Beomseok berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54 minit 42 saat dalam kategori ‘HYROX Doubles’ pada 1 Mac lalu. Keputusan tersebut melayakkan mereka menduduki tempat pertama selepas mengatasi peserta lain dalam saingan yang cukup sengit.
Dalam pada itu, Minho juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa puas dan gembira selepas berjaya menamatkan cabaran berintensiti tinggi itu. Riak wajahnya jelas memancarkan kepuasan terhadap usaha keras yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persediaan.
Untuk rekod, Minho bergandingan bersama Hong Beomseok yang sebelum ini dikenali sebagai personaliti sukan di media sosial juga merupakan naib juara program realiti kecergasan popular Netflix ‘Physical: 100’ Musim 2. Gabungan stamina, kekuatan fizikal dan strategi mereka nyata membuahkan hasil apabila keduanya tampil sebagai juara dalam kategori berpasukan tersebut.
HYROX merupakan pertandingan kecergasan global yang menggabungkan larian jarak tertentu bersama beberapa stesen latihan berintensiti tinggi seperti sled push, rowing dan burpee broad jump. Format pertandingan yang mencabar ini menuntut ketahanan mental serta fizikal yang optimum daripada setiap peserta.
Kejayaan di Taiwan bukanlah penyertaan pertamanya dalam pertandingan berkenaan. Sebelum ini, Minho turut menyertai HYROX di Osaka dan Yokohama, Jepun selain Singapura, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap arena kecergasan kompetitif.
Sebagai selebriti yang dikenali dengan disiplin dan semangat daya saing tinggi, Minho sering berkongsi rutin senaman serta perkembangan latihannya kepada peminat. Malah, penglibatannya dalam acara seperti ini turut menjadi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Terdahulu, Minho turut pernah mencuri tumpuan apabila menyertai HYROX di Osaka dan berkongsi rutin kecergasan beliau ketika berada di Jakarta, sekaligus membuktikan bahawa minatnya terhadap dunia fitness bukan sekadar tren sementara, sebaliknya satu komitmen jangka panjang yang serius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan topeng muka adalah item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan kuman yang terdapat di udara terutama di musim pandemik Covid19 ni. Nak keluar wajib kena pakai facemask kan, tapi korang tahu tak sebenarnya ada untuk bergaya dengan topeng muka ni.
Nak berfesyen tapi masih mengekalkan SOP, nah tiru stail facemask Palermo ini. Cukup ringkas tetapi tetap stunning.
Jika dahulunya beliau hanya seorang blogger fesyen tapi mengorak langkah sebagai usahawan dan pereka fesyen. Instagram Olivia menjadi tumpuan sebagai cetusan idea #OOTD.
Olivia Palermo, ikon fesyen dan sosialit Amerika ini sememangnya tidak asing lagi dalam arena fesyen.
Gaya 1
Walaupun di musim pandamik Covid-19 dan norma baru dimana semua orang disarankan memakai facemask apabila keluar rumah. Hanya mengunakan sehelai scarf bermotif garis mengantikan facemask,ikon fesyen ini tetap bergaya dengan effortless chic seperti kebiasaannya. . Padanan jeans,blouse dan outerwear bulu dengan kasut feminin berjaya memaksimumkan gaya Olivia. Seriously, the girl’s got skillz!
Gaya 2
Ikon fesyen berasal dari New York ini memiliki scarf bermotif sama dalam pilihan warna yang berbeza. Untuk nampak look yang edgy, dia memakai seluar kulit dengan padanan jaket bulu dan kasut formal yang maskulin.
Gaya 3
Scarf juga dipakai oleh selebriti ini dipadankan dengan busana bernuansa monokrom. Sneakers putih bermotif meninggalkan look street-style yang moden.
Gaya 4
Bagi korang yang suka tampil dengan gaya bold, Fesyen Olivia dalam padanan jeans, blouse kuning dan boots sama warna ini mungkin boleh menjadi inspirasi.
Gaya 5
5. Bagi peminat rona gelap, gaya Olivia ini boleh dijadikan rujukan. Scarf dengan motif yang bold serta jaket dan seluar bertekstur boleh jadi ‘kunci’ agar penampilan korang tak terasa kosong dan polos.
Jom cantik dengan ikut fesyen Olivia Palermo!
Sumber : Instagram Olivia Palermo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehidupan seorang remaja seperti korang, kawan-kawan merupakan antara insan yang sangat penting dalam hidup. Pada usia beginilah korang akan habiskan masa banyak dengan kawan-kawan sama ada di sekolah atau kehidupan seharian.
Tapi sebagai remaja, korang mungkin agak naif dan mudah terpedaya dengan jenis kawan yang suka ambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Ingat setiap orang masing-masing ada perangai baik dan buruk. Cuma kalau sudah perangai buruk itu keterlaluan, korang patutu jauhi kawan seperti ini.
Nak tahu jenis kawan yang macam mana harus korang jauhi? Jom ikuti senarai yang Remaja kongsi pada kali ini! 🙂
1. Bermuka-Muka
Ini jenis orang yang sangat patut kita jauhi apatah lagi untuk dijadikan sebagai kawan rapat. Tapi agak sukar untuk kita tahu bagaimana seseorang itu boleh jadi talam dua muka; depan kita burukkan orang lain dengan orang lain dia burukkan kita pula. Satu petanda lagi mereka cukup pandai berlakon dan sangat ‘murah’ air mata.
2. Terlalu Kedekut
Dalam berkawan memang kadangkala kita tak boleh berkira apatah lagi bila melibatkan makanan. Namun dalam kebaikan kita berkawan mesti ada seorang yang suka amb il kesempatan. Bila tiba masa nak bayar ada saja alasan. Dompet tetinggal, tak ada duit kecil dan lupa pergi bank. Itu biasa sangat kita dengar.
3. Tak Tepati Masa & Janji
Orang yang tidak menepati janji adalah orang yang sukar untuk kita percaya. Memang kalau berjanji nak jumpa tapi datang lambat itu perkara kecil sahaja tapi percayalah jika itulah attitude dia sepanjang masa, memang sukar nak harapkan dia. Dalam berkawan menepati janji adalah perkara yang sangat penting. Jika tak nobody going to take you seriously. Percayalah!
4. Kawan Bila Bahagia
Pernah tak korang berdepan dengan situasi di mana seorang kawan yang sudah bertahun tak berhubung tiba-tiba tiasa angin bayu bagai telefon. Katanya nak jumpa sebab rindu dah lama tak jumpa. Itu merupakan petanda pertama korang harus berjaga-jaga. Dan bila berjumpa rupanya dia nak pinjam duit. Bukanlah tak nak bagi tapi kenapa selama ini langsung tiada khabar berita waima di Facebook sekali.
5. Batu Api
Ini kalau dalam bahasa kasarnya bolehlah kita gelar sebagai ‘makhluk perosak’. Perangai batu api ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan ‘talam dua muka’ cuma bezanya dia lebih bahaya. Perangai psiko mereka ini tak boleh nampak orang lain senang. Ada sahaja cara dia untuk melaga-lagakan orang sehingga bermusuhan. Sebab itulah bila mendengar khabar angin kita patut check fakta itu dari kedua belah pihak. Jika hanya gosip murahan, jangan libatkan diri. Itu lebih baik.
6. Tak Pandai Hormat Orang
Setiap orang ada limitasi mereka sendiri bila melibatkan perkara-perkara privasi. Namun ada setengah orang yang tidak faham atau memang sengaja buat tak faham akan sensitiviti orang laiN. Contohnya jenis yang datang lepak rumah kawan hingga lewat malam. Lebih parah lagi habis satu rumah ‘diterokainya’. Kadangkala mereka ini juga tanpa segan silu membaca mesej-mesej peribadi kita di telefon bimbit.
7. Cakap Besar & Tak Nak Kalah
Walau apa jua sekalipun dia memang tak boleh kalah. Kalau kita beli telefon baru, minggu depan mesti dia akan beli juga sama ada yang sama atau lebih hebat. Walhal kita tak pernah pun berasa nak bersaing. Mereka juga jenis suka memotong percakapan orang lain kerana nak tunjuk yang dia lebih tahu. Jenis ini bukan sahaja cakap besar tapi sangat annoying!
8. Pentingkan Diri
Sikap memetingkan diri ini kadangkala kita boleh tolerate. Sebab semua orang pun ada sifat nak menangkan diri. Tapi kalau dah orang itu jenis mementingkan diri sendiri hingga boleh pecah-belahkan keluarga, kawan-kawan dan memudaratkan orang lain memang patut dijauhi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!