Dahulunya ia dikenali sebagai Kampung Kerinchi. Kawasan yang terletak di bawah penguat kuasaan Parlimen Lembah Pantai ini sememangnya merupakan antara kawasan bersejarah buat Kuala lumpur. Ia telah lama wujuh sebelum kita kenali Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) lagi.
Malah, panggilan Kampung Kerinchi juga wujud sebelum Malaysia memperolehi kemerdekaan lagi.
Lantas, setelah kawasan ini mulai dipimpin oleh YB Fahmi Fadzil, salah satu langkah yang dijanjikan oleh beliau adalah untuk mengembalikan nama Bangsar South kepada Kampung Kerinchi seperti sebelumnya.
Ia bukanlah semudah menukar begitu saja. Beliau telahpun berjumpa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), syarikat pemaju UOA Development, Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa & Pustaka demi tujuan tersebut.
Selepas ini, Kampung Kerinchi dijanka akan menjadi salah satu laluan perkhidmatan bas percuma GoKL, pembinaan klinik kesihatan dan lebih banyak perumahan PPR.
Bangsar South / Kampung Kerinchi bukanlah satu-satunya kawasan di Lembah Klang yang ditukar nama kepada nama yang lebih – hhm – ‘urban’ ataupun ‘glamor’.
Gara-gara kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, enam orang perenang dari Poland terpaksa dihantar pulang dari Jepun sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai secara rasminya pada hari Jumaat ini.
Dalam kenyataan rasmi oleh Presiden Persekutuan Renang Poland (PZP), Pawel Slominski telah memohon maaf selepas enam atlet tersebut terpaksa pulang disebabkan oleh kesilapan teknikal pengurusan.
Secara total, Poland telah menghantar seramai 23 perenang ke Jepun. Namun PZP terpaksa mengecilkan jumlah skuad renang itu kepada 17 orang sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Para perenang Poland ketika mengambil foto di hadapan Pusat Olimpik Warsaw selepas upacara mengangkat sumpah sebelum ke Tokyo untuk Sukan Olimpik pada 13 Julai lalu.
Beliau turut faham sekiranya enam orang perenang itu merasa marah terhadap situasi yang disesali oleh pihaknya ini.
“Saya menzahirkan rasa kesal dan sedih berikutan situasi berkaitan kelayakan para perenang kami yang telah berada di Tokyo untuk Sukan Olimpik.
“Situasi seperti ini tidak seharusnya terjadi. Dan reaksi balas para perenang, emosi mereka dan serangan yang dilakukan terhadap Persekutuan Renang Poland amatlah kami fahami,” katanya.
Enam atlet yang dimaksudkan itu ialah Alicja Tchorz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polanska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Holub.
Alicja Tchorz yang pernah bertanding di Sukan Olimpik 2012 di London dan 2016 di Rio telah meluahkan rasa marahnya di media sosial menerusi akaun rasmi PZP.
Alicja Tchorz.
“Bayangkan, kamu sudah korbankan hidup kamu selama lima tahun dan lakukan sebaik mungkin untuk acara sukan terpenting. Kamu korbankan kehidupan peribadi dan pekerjaan, kamu korbankan masa bersama keluarga.. tapi dedikasi kamu itu berakhir dengan kegagalan.”
Mateusz Chowaniec.
Tambah seorang lagi perenang iaitu Mateusz Chowaniec di Instagram-nya, “Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. Ini adalah situasi yang tidak masuk akal dan tidak seharusnya terjadi . Malah, saya berharap agar saya boleh disedarkan daripada mimpi ngeri ini.”
Melihat video temuramah ringkas bersama Alicja Tchorz di bawah, jelas riak wajahnya yang kecewa dengan perkhabaran ini.
Isu ini telah mendapat perhatian meluas oleh rakyat Poland yang merasa kasihan terhadap enam perenang tersebut. Menurut laporan laman web renang SwimSwam di sana, beberapa perenang Poland telah menandatangani surat terbuka kepada PZP dan meminta agar badan pengurusan Persekutuan itu meletakkan jawatan. Surat tersebut juga telah dimuat naik oleh Alicja Tchorz di akaun Instagram-nya; seperti di bawah:
Aduh, cuba bayangkan korang baru sahaja tiba ke Jepun dengan perasaan penuh bersemangat. Namun diberitahu pula korang tidak boleh bertanding demi negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang meluahkan rasa bimbang jika ada penjual yang menaikkan harga face mask gara-gara masyarakat sudah diwajibkan untuk memakai pelitup muka sejak 1 Ogos yang lalu.
Namun begitu, khabarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan harga siling penutup muka lebih rendah daripada RM1.20 melalui Dewan Rakyat hari ini.
Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.
Menurutnya lagi, melihatkan kepada maklum balas umum, mereka sudah berbincang dan mungkin akan menurunkan lagi harga bawah daripada RM1.20.
Kenyataan ini dibuat bagi menjawab persoalan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), bagi mengetahui apakah langkah yang diambil oleh KPDNHEP untuk memastikan harga pelitup muka diturunkan.
Pada 23 Julai lalu, Nanta mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.
Diharap agar harga face mask ini diturunkan lagi harga kerana tidak semua mampu untuk membelinya. Mana tidaknya, bila harus dipakai setiap hari sudah tentu ia memerlukan kuantiti yang banyak. Bagi yang mampu mungkin tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula mereka yang tidak mampu?
Kami rasa usaha yang dilakukan ini adalah tindakan yang bijak untuk mengurangkan sedikit beban golongan yang tidak berkemampuan.
Kurang dua minggu selepas kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan aplikasi Tik Tok di negara itu, nampaknya Malaysia juga bakal berdepan dengan pengharaman sama.
Motif kerajaan Indonesia berbuat sedemikian adalah disebabkan unsur lucah dalam video aplikasi popular, Tik Tok di kalangan netizen di sana. Di Malaysia juga, sudah banyak pihak yang menyeru agar tindakan sama diambil kerajaan.
Nampak, Kementerian Pertahanan Malaysia menjadi badan atau persatuan PERTAMA yang mengambil tindakan tersebut ke atas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jika merujuk kepada Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia Bil 3/2013: Garis Panduan Media Sosial ATM, anggota ATM sememangnya dilarang menjejaskan imej Kementerian tersebut dalam apa jua cara termasuklah di media sosial.
Perintah ini tidak kiralah sama ada anggota tersebut mempunyai niat sengaja atau tidak sengaja ketika berbuat sesuatu perkara yang menjejaskan imej.
Keputusan tersebut dilihat berikutan beberapa video Tik Tok yang dilihat memakai pakaian uniform sedang melakukan aksi mereka atau rakan mereka. Aksi sebegini tidak selari dengan imej mereka yang seharusnya mempertahankan negara semasa waktu bekerja, yakni semasa memakai uniform rasmi.
Sambil itu, tertera pesanan berbunyi, “Anda bukan artis dan bahan publisitu murahan! Berhenti memalukan diri sendiri dan ATM.”
Ouhh..
Bagi REMAJA, Tik Tok adalah hiburan di waktu senggang dan tidak wajar dilakukan semasa sedang bekerja, di dalam kelas atau pada waktu-waktu yang tidak bersesuaian. Bukan saja di kalangan anggota ATM sahaja tetapi di kalangan semua orang.
Korang rasa, lebih baik haramkan terus Tik Tok di Malaysia atau tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!