Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan masyarakat di Malaysia kini lebih gemar menonton drama Korea, khususnya bagi anak-anak muda.
Bukan hanya kerana para pelakon mempunyai raut wajah yang kacak dan menawan, ia juga adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan banyak teladan yang diperoleh menerusi hasil karya drama atau filem mereka.
Namun begitu, isu ini dibangkitkan dalam Parlimen apabila Senator Mohd Apandi Mohamad menegaskan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kerana terdorong dengan pengaruh k-drama. Ini kerana, katanya ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.
“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.
Ads
Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsi oleh Harian Metro ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersikap sarkastik dengan kenyataan itu.
Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Jangan hanya sewenang-wenangnya menunding jari jika tidak dapat mengemukakan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu.
Cinta sememangnya tidak mengenali erti susah payah. Jika hati sudah terpaut, sapa saja perkara sanggup kita lakukan.
Orang kata, lautan api sanggup kita renangi, gunung tinggi sanggup didaki..
.. or in this case, motosikal sanggup ditunggang..?
Seorang remaja lelaki menjadi tular di media sosial Indonesia setelah videonya menangis di hadapan sebuah kedai menjadi topik utama warganet di negara seberang itu
Video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama @fakta.indo ini langsung tidak ‘filter’ kesemua emosi dan perasaan sedih remaja tersebut semasa dia menceritakan usahanya untuk bertemu dengan seorang gadis yang dikenalinya menerusi permainan digital Mobile Legends tidak berakhir dengan baik.
Kata remaja tersebut, dia sanggup menunggang motosikal sejauh 236 kilometer dari Pekanbaru, Riau hingga ke di Kota Padang Panjang di Sumatra Barat semata-mata untuk bertemu gadis yang mencuri hatinya itu setelah mereka semakin rapat semasa bermain secara maya. Biarpun masing-masing belum pernah melafazkan perasaan cinta masing-masing, remaja lelaki ini begitu yakin gadis tersebut juga menyimpan hati padanya.
Namun, setelah mengembara sejauh itu, bertemu dengan gadis tersebut dan akhirnya meluahkan perasaannya, si gadis pula dengan mudah menolak cintanya!
Kedengaran seseorang bertanya kepadanya, “Adakah dia memanggil kamu jahat? Adakah dia menolak cinta kamu”, dan dia menjawab ya sambil menganggukkan kepalanya. Remaja yang dikelilingi oleh orang ramai di Padang Panjang itu turut ditawarkan minuman mirip Teh ‘O Ais.
Sambil itu, suara di belakang kamera itu juga menasihatinya agar ‘move on’ saja dari gadis tersebut dan pastinya akan ada orang lain yang akan meminatinya selepas ini.
Entah siapa yang merakamkan video remaja ini menangis, Wallahualam. Namun apa yang pasti, video tersebut telahpun mula tular di Malaysia sehinggakan ramai yang bersimpati terhadap nasib remaja yang mempunyai niat romantik ini.
TAPI, tidak kurang juga yang berpendapat remaja ini terlalu ‘buta’ dengan perasaan cintanya sehinggakan tidak berfikir panjang untuk hanya melakukan panggilan video atau video call sebelum mengambil keputusan untuk menunggang motosikal sejauh itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan ‘push bike’ dilihat mampu memberikan pilihan terbaik kepada golongan ibu bapa untuk menentukan hala tuju anak mereka sebelum memilih karier sukan yang diminati di masa akan datang.
Walaupun baru berusia 6 tahun, jaguh cilik sukan pushbike, Maleeq Dragster apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai juara terbanyak kejohanan pushbike kanak-kanak.
Maleeq atau nama penuhnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd. Muzri
Catat rekod luar biasa
Maleeq Dragster atau nama sebenarnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd Muzri mencatat rekod luar biasa dengan 14 kejuaraan, termasuk memenangi gelaran juara dunia kategori lima tahun di Run Bike Series(RCS) Championship di Tokyo, Jepun.
Lebih menakjubkan, selain mampu mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut di Jepun, Wan Ayden Maleeq turut mencatat kemenangan di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Singapura.
Gelaran juara dunia kategori lima tahun di RCS Championship, Tokyo, Jepun.
Kemenangan Maleeq
Bahkan si cilik ini juga merangkul pelbagai kejuaraan tempatan, antaranya M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 2024 Langkawi, M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 2024 Petronas dan M8 Magnificent Race 2024.
Wan Ayden Maleeq yang kebiasaannya hanya melakukan latihan rapi pada waktu malam kerana tidak mahu mengganggu hari persekolahan, menewaskan pelumba-pelumba cilik antarabangsa dalam Rockfish Cup International Championship 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Dengan catatan rekod luar biasa ini, bapanya, Datuk Seri Wan Muhd. Muzri menyifatkan kejayaan Maleeq sebagai bukti potensi sukan pushbike dalam membentuk generasi muda.
Sebagai ibu bapa, kami berbangga dengan Maleeq. Dia juga memberi inspirasi kepada adik-beradik serta rakan-rakan seperjuangan untuk lebih berdaya saing. Semoga ini menjadi pemangkin untuk melahirkan seorang ahli sukan negara yang berjaya pada masa hadapan.
Maleeq bukan sahaja mencipta rekod baru untuk Malaysia, malah mengangkat martabat sukan pushbike tempatan ke peringkat lebih tinggi agar setanding dengan sukan kanak-kanak lain di dunia. Semoga dia terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dan menjaga nama baik Malaysia di persada antarabangsa.
Wan Muhd Muzri yang juga Presiden The M8 Cycling Club berkata anaknya itu akan terbang ke Jepun sekali lagi bulan ini bagi menyertai Kejohanan Run Bike Series (RCS).
Kemalangan yang berlaku di taman tema bukanlah sesuatu yang baru kerana sering kali kita mendengar kes-kes yang melibatkan pengunjung tercampak daripada roller coaster dan sebagainya. Namun begitu, masih ramai yang tetap terus mengunjungi taman tema untuk berhibur dan menghilangkan stres.
Terbaru, sebuah kemalangan melibatkan 16 pengunjung dan tiga daripadanya kritikal selepas buaian yang dinaiki mereka terhempas ketika beroperasi.
Kemalangan itu berlaku di sebuah taman hiburan di daerah Shaoyang di wilayah Hunan pada Sabtu lalu. Sebuah video bukti berjaya dirakam menunjukkan bagaimana ‘kerusi terbang’ itu tiba-tiba jatuh ke tanah dan menyebabkan beberapa orang cedera.
Seorang pengunjung memberitahu The Beijing News bahawa dia sedang beratur untuk menaiki permainan tersebut, namun tiba-tiba dia mendengar bunyi penggera ketika kerusi berayun di udara. Ayunan buaian tersebut menjadi lebuh pantas lalu jatuh ke tanah.
Menurut pihak berkuasa tempatan, permainan ‘kerusi terbang’ itu hilang kawalan akibat gangguan mekanikal menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki mereka.
Sebilangan besar yang cedera adalah dikalangan penonton dan mereka semua dihantar terus ke hospital. Ekoran daripada kejadian itu, taman tema tersebut ditutup sementara menunggu siatasan mengenai punca kemalangan.
Haish, bila dengar berita kemalangan di taman tema ni buat kita rasa takut pula. Hm, tapi kalau memang dah berkungjung ke taman tema tu tak sah pula kalau tak main permainan mereka kan? Hiks!