Sejak dahulu lagi, dunia hiburan Hollywood tidak pernah senyap daripada cerita-cerita konspirasi yang melanda bintang popular di sana.
Baik penyanyi, kumpulan muzik, pelakon ataupun pihak produksi, memang banyak sangat cerita konspirasi yang berlegaran apabila timbul musibah yang melanda mereka. Kalau nak cerita satu-persatu tu, memang berepisod lah jawabnya!
Kami enggan sebenarnya untuk menggelar kru produksi drama bersiri muzikal popular, GLEE sebagai mangsa keadaan di Hollywood.
Namun jujurnya, pelbagai ujian telah menimpa para pelakon GLEE sejak ia mula ditayangkan sehinggalah ia menamatkan siaran pada musim keenam.
Antara ujian yang pernah menimpa mereka termasuklah kematian pelakon utamanya Cory Monteith yang membawakan watak Finn Hudson disebabkan penggunaan bahan terlarang secara berlebihan.
Ia berterusan dengan kematian Mark Salling yang membawakan watak Noah ‘Puck’ Puckerman. Di dalam siri tersebut, Noah merupakan antara kawan karib kepada Finn. Selepas tamat musim keenam, Mark pula yang meragut nyawa sendiri pada tahun 2018 selepas ditahan memiliki pornografi kanak-kanak.
(Dari kiri) : Cory Monteith dan Mark Stalling.
Banyak lagi sebenarnya ujian yang melanda mereka terutama kes saman, kes jenayah dan terbaru pada pertengahan tahun ini, Lea Michele yang dikecam selepas didakwa tidak sensitif terhadap isu perkauman di Amerika Syarikat.
Jadi apabila seorang pelakon GLEE iaitu Naya Rivera (Santana Lopez yang merupakan watak kegemaran penulis) berdepan dengan satu lagi isu pada hari ini, we could not help but to think – when will these trials end?
Kehilangan Misteri Naya Rivera
Naya dilaporkan hilang tanpa jejak setelah pihak berkuasa menemui anak lelakinya yang berusia 4 tahun keseorangan di atas sebuah bot yang terletak di tengah-tengah Tasik Piru, California semalam.
Ads
Tasik Piru yang terkenal dengan aktiviti menaiki bot sebagai tumpuan rekreasi.
Apabila pihak berkuasa mengesahkan kehilangan tersebut dan akan meneruskan usaha mencari Naya, satu-persatu pelakon GLEE memohon agar para peminat serta orang ramai mendoakan agar Naya ditemui semula dalam keadaan selamat.
Susulan video tular memaparkan tiga lelaki dipercayai pencipta kandungan media sosial yang memberi nasi berlauk tulang ayam kepada seorang gelandangan baru-baru-ini kini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas aduan orang ramai yang mempertikaikan etika serta niat di sebalik penerbitan video tersebut.
Menurut MCMC, pihaknya tegas serta memandang serius tindakan menghasilkan serta menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan dan menjana tontonan di media sosial.
“Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, tambah Suruhanjaya lagi, siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah.
Jelas MCMC, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pada masa yang sama, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Terdahulu, tiga individu terbabit telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa rakaman itu telah mendapat persetujuan lelaki gelandangan tersebut serta menjelaskan bahawa makanan lengkap diberikan selepas rakaman dibuat.
Sementara itu, ketiga individu berkenaan juga berharap agar netizen memaafkan perbuatan itu, namun MCMC menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan ruang siber tidak disalahgunakan dan kekal harmoni di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingin mencipta rekod peribadinya sempena bulan kemerdekaan Malaysia, remaja berusia 13 tahun rela ‘ditemani’ 5 ekor ular sawa.
31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila. Menariknya, sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut tak lama lagi, remaja bernama Adam Harith Mohd Ridzuan mahu mencipta rekod peribadinya dengan tinggal bersama 5 ular sawa dalam sebuah bilik selama 6 jam 40 minit.
Sumber Gambar : Via Harian Metro
Menurut laporan, Adam akan membaca buku, menyiapkan kerja sekolah atau bermain permainan video sepanjang tempoh berkenaan. Tambahnya, dia sudah biasa bermain dengan haiwan peliharaan ayahnya itu sejak kecil lagi dan tahu serba sedikit mengenai tingkah lakunya.
Kedengaran pelik dan bahaya, menurut remaja ini untuk tinggal dalam bilik bersama ular berkenaan memang perlukan keberanian namun yang paling penting, dia mahu mengajak generasi muda supaya sayangkan haiwan.
Adam dijangka ditemani ular sawa batik ‘reticulated phyton’ dan ‘burmese phyton’ yang mempunyai berat antara 100 hingga 300 kilogram dan sepanjang kira-kira tiga hingga lapan meter bermula jam 8 pagi pada 31 Ogos ini.
Fuh, berani betul ye…tapi korang yang tidak ada pengalaman bersama binatang berbisa ini jangan pula gatal-gatal nak tiru aksi Adam ni okay!
Sebelum ini kerajaan telah pun memperkenalkan program SAVE1.0 dan 2.0 yang membabitkan pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Kini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sekali lagi telah melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 iaitu pemberian e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga 2022.
Penyediaan insentif e-rebat ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna elektrik melaksanakan amalan cekap tenaga, sekali gus menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga dan bil elektrik.
Terdapat dua kategori peralatan di bawah program ini iaitu kategori satu membabitkan peti sejuk dan penyaman udara, manakala kategori dua televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi.
Walau bagaimanapun, rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian tahun ini berdasarkan ‘first come first serve basis’. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0. Penebusan dan pembelian barangan elektrik ini boleh dilakukan sekarang sehingga Disember 2022.
Bagaimana cara nak memohon?
Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Cepat guys, ‘first come first serve basis’ kalau lambat nanti melepas. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.