Terbaru, penyanyi versatil, Mimi Fly meluahkan rasa bersyukur, terharu dan bangga selepas persembahannya di Festival Muzik ASEAN-Korea 2026 (ROUND) di Filipina pada 18 April lalu menerima sambutan luar biasa daripada penonton antarabangsa.
Memetik laporan Astro Gempak, Mimi atau nama sebenar beliau Shamimi Amalina Norhisham (40) menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna, apatah lagi apabila keseluruhan kos persembahan itu ditanggung menggunakan wang sendiri.
Menurut Mimi, segala perbelanjaan termasuk bayaran penari, pemuzik, tiket penerbangan serta kelengkapan pentas dibiayai sepenuhnya oleh beliau demi memastikan persembahan tersebut mencapai standard yang diimpikan.
“Semuanya duit saya sendiri, bayar penari, pemuzik, tiket penerbangan, kelengkapan, baju penari, semuanya duit poket saya. Saya percaya ini semua aturan Tuhan dan memberi kepuasan yang berbeza,” katanya.
Tambahnya, antara momen paling menyentuh hati berlaku sebaik sahaja persembahan tamat apabila seluruh pasukannya yang terdiri daripada 27 penari tidak dapat menahan air mata, selain menerima ‘standing ovation’ daripada penonton termasuk tetamu kenamaan.
“Saya dan seluruh pasukan saya semuanya menangis di belakang pentas. Saya dapat ‘standing ovation’, malah satu stadium jerit nama saya. Itu sangat menyentuh hati,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa yang sama, Mimi turut mengakui bahawa sokongan penonton di Filipina memberi impak besar terhadap emosinya, terutama apabila kebanyakan daripada mereka tidak mengenali dirinya secara dekat namun tetap memberikan reaksi positif sepanjang persembahan berlangsung.
“Terlalu seronok. Saya rasa ‘crowd’ di sana yang buat saya rasa begitu dihargai. Walaupun mereka mungkin tidak faham bahasa lagu saya, sokongan mereka sangat jujur,” jelasnya lagi.
Ads
Sementara itu, Mimi juga mengambil inisiatif mempelajari bahasa Tagalog sebagai usaha mendekati peminat di sana, selain menjadikan pengalaman membuat persembahan selama 25 minit itu sebagai antara detik penting dalam perjalanan seninya di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum memilih senarai universiti di United Kingdom yang bersesuaian dengan jurusan korang, pastinya research yang teliti perlu korang lakukan terlebih dahulu.
Antaranya termasuklah soal akreditasi, ranking dan tentunya bagaimana maklum balas pelajar yang sedang menuntut di sana.
Seperti kebiasaan pada akhir tahun, The Sunday Times Good University Guide akan membuat kajian mengenai universiti paling popular di kalangan pelajar. Dalam banyak-banyak institusi di United Kingdom (UK), institusi yang dinobatkan sebagai University of The Year for Student Experience pada tahun ini jatuh kepada Dundee University.
Ini bermakna ia adalah salah satu lokasi terbaik di UK untuk golongan pelajar.
Bukan itu saja, pada awal tahun ini juga, bandar Dundee juga dinobatkan sebagai Tempat Terbaik Untuk Menetap di Scotland.
Wow, nampaknya mungkin selepas ini lebih ramai pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pengajian ke sana.
Menurut presiden Persatuan Pelajar Dundee University iaitu Josh Connor, dia berkata, "Anugerah ini tidak mengejutkan bagi mereka yang sedang belajar di sini. Kami adalah satu komuniti, satu keluarga dan itulah sebab utama ramai pelajar yang menggemari pengalaman di sini.
"Kami bukan saja mengambil berat tentang kebaikan pelajar, tetapi juga akan perkara yang membimbangkan mereka. Dari situ, kami cuba untuk memperbaiki bahagian yang perlu" katanya lagi.
Selain kemesraan komuniti pelajar, Dundee University juga mempunyai rekod bagus untuk kualiti pengajaran. Kampusnya juga terletak berdekatan dengan bandar lalu memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di sana.
Menurut presiden Persatuan Warganegara Malaysia di sana iaitu Kexin See pula, dia memahami mengapa Dundee popular di kalangan pelajar.
"Persekitarannya amat mesra-pelajar. Ia mempunyai bukit, taman dan pantai yang selesa bagi mereka menghabiskan masa hujung minggu setelah sibuk belajar."
Bagi korang yang mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian pada tahun 2020, mungkin sekali Dundee University boleh menjadi pilihan utama.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh istimewa 22.02.2022 bukan saja memberi makna terindah buat pasangan muda Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Malah buat pasangan penyanyi bervokal mantap tanah air iaitu Syamel dan Ernie Zakri, mereka turut berkongsi kegembiraan kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan pada jam 10.14 pagi ini.
Syamel dan Ernie Zakri
Menerusi hantaran di Instagram, Syamel telah memaklumkan berita gembira itu dengan penuh kesyukuran sambil memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ernie dan anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” catat Syamel.
Buat masa ini, pasangan duet lagu Aku Cinta itu masih memilih untuk merahsiakan nama bayi mereka. Begitupun, mereka tetap terbuka untuk memuat naik foto yang menampakkan sekilas imej fizikal bayi mereka.
Dalam pada itu, ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di hantaran Syamel. Tidak ketinggalan ialah bapa saudara Ernie yang juga merupakan penyanyi popular, Anuar Zain yang menzahirkan rasa teruja untuk menantikan saat dapat menenung bayi mereka.
“Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku,” katanya.
Lah, dah pangkat atuk rupanya abang Anuar, hehe..
Turut mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua adalah rakan selebriti lain seperti Fizo Omar, Awal Ashaari, Elizad, Tabby Dolla, Hael Husaini, Khai Bahar, Yusuf Bahrin dah ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tradisi Bazar Ramadan di seluruh negara sudah sebati dengan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
Tak kiralah latar belakang, peringkat umur dan bangsa, kita semua pasti akan mengerumuninya setiap kali tiba bulan Ramadan untuk mendapatkan makanan yang sukar dijumpai pada bulan-bulan lain.
Namun persoalannya, dengan situasi semasa wabak Covid-19, adakah wajar jika bazar Ramadan diteruskan pada tahun ini?
*
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka sedang ‘memikirkan’ kaedah baru untuk menggantukan bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
Kata beliau, walaupun ada negeri seperti Terengganu yang memansuhkan bazar Ramadan fizikal pada tahun ini, situasi di Kuala Lumpur adalah berbeza.
“Kita tahu, bazar Ramadan konvensional seperti sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi di Kuala Lumpur kerana wabak. Tetapi kita masih akan memikirkan cara yang sesuai kerana ia merupakan satu keperluaan di sini (Kuala Lumpur).
“Penduduk di bandar yang bekerja amat bergantung kepada makanan sedia dimakan ketika berbuka puasa.
“Kita masihh ada masa lagi untuk fikirkan cara bagi memenuhi permintaan (bazar Ramadan) tanpa melanggari kawalan kesihatan,” kata beliau lagi.
Betul lah tu. Sekiranya bazar Ramadan dilaksanakan, ia perlu selari dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membendung penularan Covid019. Antaranya, perlulah ada sistem untuk mengekalkan jarak 1 meter di antara pengunjung dan soal kebersihan perlu dijadikan keutamaan.
*
Sementara itu, tinjauan REMAJA di media sosial pula mendapati netizen rata-rata lebih rela sekiranya bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan. Mereka berpendapat perlaksaan bazar Ramadan hanya akan mensia-siakan usaha Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari dan memungkinkan berlakunya gelombang Covid-19 ketiga.
“Rindu tu memanglah rindu, tetapi saya lebih pentingkan kesihatan diri sendiri. Saya lebih rela beli secara online, harapnya ramai pengusaha makanan pada bulan Ramadan akan menjualnya secara online & melakukan penghantaran,” kata salah seorang pengguna Twitter.
Betul juga. Walaupun kita mungkin menjaga jarak di antara pengunjung, kita tidak boleh ‘assume’ bahawa pengunjung lain akan melakukan tindakan yang sama. Lihat sajalah keadaan bazar Ramadan pada setiap tahun, sesak!
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!