Tular baru-baru ini mengenai siasatan kes pelajar tingkatan tiga yang dipukul beramai-ramai di Kemensah Height Embun, Kemensah Taman Melawati di Ampang, pada 8 Mei.
Difahamkan, kejadian berlaku setelah berlaku perselisihan faham kononnya mangsa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior tingkatan tiga.
Insiden mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, dicekik dan ditendang pada bahagian belakang badan itu telah dirakam menggunakan kamera telefon pintar oleh salah seorang daripada 15 pelajar yang menyaksikannya.
Ia kemudiannya terlepas ke pengetahuan khalayak media sosial dan bertukar tular sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen juga mendapati segelintir warganet menunding jari menyalahkan drama hit, Projek: High Council yang ditayangkan di Astro First sebagai pencetus kepada budaya buli dalam kalanagan pelajar sekolah menengah.
Menerusi drama 10 episod itu, ia memaparkan isu-isu sebenar yang terjadi di pesekitaran sekolah berasrama penuh lelaki dan warganet merasakan ramai remaja mulai terikut-ikut dengan perbuatan buli yang dipaparkan oleh karakter drama berkenaan.
Ads
Kesempatan REMAJA menemui salah seorang pelakonnya, Hazeeq Dean baru-baru ini diguna bagi mendapatkan pandangannya berkenaan insiden tersebut dan dakwaan yang dilempar ke atas Projek: High Council.
Pelakon & pemenang tempat kelima pencarian Hero Remaja 2020, Hazeeq Dean.
“Bagi Hazeeq, perbuatan (buli) sangatlah kebudak-budakan. Hazeeq pun kecewa apabila mendapat tahu mereka bukan sahaja membuli tapi tanpa segan silu merakam perbuatan tersebut. Tidakkah tukang rakam itu pun merasa bersalah apabila mereka seakan mengagungkan budaya buli?
“Apabila kita berada di pihak luar, kita tidak tahu apakah masalah yang tercetus antara pelaku dan pelajar yang dibuli, Mungkin ada sebab mereka lakukannya. Namun, itu tidak bermaksud masalah akan selesai hanya dengan membuli dan memukul.
“Bila kamu bergaduh dan tunjuk pula kepada semua orang yang kamu bergaduh, apa yang kamu nak buktikan pada mata dunia sebenarnya? Kamu bukan fighter, sebenarnya. Kamu individu yang gagal,” ulas pelakon tinggi lampai itu.
Ads
Tambah Hazeeq, rasa ‘bangga’ atau ‘puas’ yang mungkin dirasakan oleh pembuli tidak akan bertahan lama.
“Percayalah, bila mereka lihat semula video yang dirakam itu, mereka akan menyesal dan malu.”
“Saya sebenarnya kecewa dengan budak-budak yang menonton Projek: High Council dan nak jadi seperti watak-watak di dalam High Council. Ia sebenarnya adalah drama yang mengajar rakyat untuk tidak menjadi seperti watak yang ditonjolkan.
“Bila seseorang itu menjadi pembuli, pembelasah atau seperti watak saya yang ditonjolkan sebagai perogol di sekolah; itu sebenarnya adalah ciri-ciri orang yang gagal. Sebagai pelajar, budaya buli itu bukan untuk dicontohi tetapi untuk diambil sebagai iktibar,” katanya.
Terdahulu, pelakon utama Projek: High Council iaitu Nadhir Nasar juga menolak pandangan bahawa perbuatan buli di sekolah ditiru daripada babak-babak yang dipertontonkan dalam drama hit itu.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan peserta termuda di pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula minat berlakon selepas menonton banyak filem dan drama Korea sewaktu PKP tahun lalu.
Pernah mencuba dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 tetapi tidak berjaya, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi finalis Hero Remaja 2021.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan di Hero Remaja 2021 sebagai peserta paling muda dan ingin mencabar dirinya untuk lebih bersinar dan bersaing dengan finalis yang lain.
Siapa sangka anak muda ini juga mempunyai minat untuk mencuba dalam bidang masakan. Jelas Syazani, sepanjang PKP ini dia banyak mencuba resipi yang dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial di Instagram dan antara yang menjadi kegemarannya adalah kek pisang.
“Sebenarnya kalau ikutkan rutin saya, setiap kali selepas bangun tidur saya akan melayari media sosial dahulu untuk mengetahui berita-berita semasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita,”
“Selepas itu, saya akan cuba mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sendiri. Contohnya memasak. Why not kita cuba benda baru daripada tak buat apa-apa di rumah kan?,” jelas Syazani.
Walaupun menjadi peserta paling muda dalam edisi Hero Remaja kali ini, Syazani tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia merasakan rendah diri kerana baginya setiap peserta pasti mempunyai kelebihan masing-masing.
Korang juga boleh mengundi Syazani untuk Hero Remaja Favorite 2021 di www.remaja.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena ujibakat Hero Remaja 2020 yang bakal berlangsung bulan Disember ini, REMAJA mencuri sedikit masa daripada finalis Hero Remaja terdahulu untuk sesi #throwback pengalaman masing-masing.
Kali ini, kami bercakap dengan pelakon yang baru saja menamatkan zaman bujangnya, Nazrief Nazri.
Foto: Ahmad Shahir Osman
Pelakon drama yang seringkali muncul di pelbagai saluran televisyen ini kini selasa dengan satu-persatu projek drama. Namun, tahu tak dahulu, Nazrief perlu berkorban ‘lebih’ sedikit berbanding finalis lain memandangkan dia bergelar pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak semasa pertandingan.
“Saya tak boleh lupakan pengalaman menyertai Hero Remaja 2011/2012. Pada waktu itu, tempoh masa pertandingan kami agak lama berbanding batch terbaru; iaitu dari bulan Disember hingga September tahun berikutnya.
“Setiap bulan, team Majalah Remaja kenalah tatap 25 muka finalis ni yang turun ke Kuala Lumpur untuk cabaran. (ketawa) Dari situ, kami mula akrab dan barulah kami tahu, Hero Remaja tak semudah yang disangka. Semua aspek kita diuji seperti tahap kecergasan, kebijaksanaan dan macam-macam lagi,” katanya yang dinobatkan sebagai Hero Macho pada tahun itu.
Nazrief (paling kiri, bawah) bersama Saharul Ridzwan, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Azfar sebagai penerima anugerah pada malam finale.
Bila bercakap mengenai pertandingan, tentunya Nazrief ingat lagi perjalanan ulang-aliknya dari universiti ke Kuala Lumpur memandangkan dia enggan menangguhkan pengajian.
“Saya akan mengambil bas dari Lumut Perak dan kemudian menumpang di rumah kawan di KL. Sukar itu memang sukar, sampaikan saya kekurangan duit belanja. Tapi disebabkan minat, pergorbanan itu perlu,
“Saya kira ia berbaloi apabila saya mendapat kedudukan Top 5. Pada tahun itu, tema Hero Remaja adalah superhero. Jadi penjagaan badan itu penting dan untungnya, saya memang sedang menjaga badan pada masa itu. Mungkin itulah rezeki kategori Hero Macho.”
Kami bertanyakan juga sekiranya Nazrief ada apa-apa tip kepada para peserta yang ingin menghadiri ujibakat Hero Remaja 2020 pada 21, 22, 28 dan 29 Disember ini.
“Sejak ujibakat lagi, peserta kena tahu apakah sebab dia menyertai Hero Remaja. Ini agar korang tak terpinga-pinga bila sedang bertanding. Bila ada misi, korang akan lebih bersemangat untuk lakukan sebaik mungkin.
“Hero Remaja adalah platform yang baik untuk menyiapkan kamu sebelum masuk ke industri. Mereka akan membentuk korang menjadi seorang yang berdisplin dan memberikan banyak pendedahan. Jadi make sure segala ilmu yang datang itu diserap sebaik mungkin kerana peluang hanya datang sekali saja,” katanya lagi.
Thank you Nazrief!
Bagi yang merasakan korang ada kualiti yang dicari oleh Hero Remaja 2020, jumpa korang pada sesi ujibakat bermula Sabtu ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
Safwan Nazri dan isteri di majlis perkahwinan mereka.
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Safwan dan isteri dengan kehadiran ‘ bunga’ dalam perkahwinan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...